Tanpa benih, kita tidak dapat menyemai.
Kami di tanamsendiri menyedari tentang perkara ini. Sebab itulah di dalam perancangan awal, bila menulis siri buku menanam di rumah saya bekalkan benih kepada penerbit untuk diedarkan bersama buku. Ini kerana kami percaya, dengan hanya membaca buku, pembaca masih belum boleh menanam sebagaimana yang ditunjukkan di dalam buku tersebut. Pembaca masih perlukan benih.
Oleh kerana kami juga membuka blog berkongsian pengalaman berkebun di rumah (blog tanamsendiri.com), idea membekalkan benih dibawa bersama dan pembaca dapat mula berkebun dengan mendapatkan benih dari kami. Tanpa benih semua usaha kami hanya akan menjadi sia sia belaka.
Sejak dari kecil lagi, benih membuat saya rasa kagum. Objek kecil ini adalah suatu yang ajaib. Walaupun ia hanya seperti kapsul yang ringkas, objek ini dapat tumbuh menjadi pokok yang membekalkan makanan, ubatan, pakaian, bahan binaan, dan pelbagai kegunaan lagi kepada kita manusia. Malah haiwan juga bergantung kepadanya.
Jika dipotong benih dan diamati, kita akan dapat lihat tiga bahagian utama.
1) Embrio. Struktur yang akan tumbuh akar dan tunas. Bahagian ini yang akan membesar menjadi pokok.
2) Endosperm. Struktur makanan yang membekalkan tenaga dan nutrien untuk pertumbuhan embrio.
3) Kulit. Struktur liat ini melindungi embrio. Walaupun kulit liat, ia membenarkan air dan udara meresap ke dalam benih.
Semua benih pokok mempunyai tiga bahagian ini.
![]() |
Tiga bahagian utama benih. |
-------------------------------
Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Siri 2) – Benih, Bahagian 1 daripada 10
Ada dijual, benih cowpea yang mudah tumbuh dan elok dijadikan bahan untuk ajar anak-anak tentang benih dan percambahan. Cowpea adalah daripada keluarga kacang panjang yang menghasilkan pokok yang merimbun dan tidak semestinya memanjat. Ia boleh ditanam di dalam pasu 6 inci (15 cm). Buahya terbentuk di dalam lenggai yang enak jika direbus atau stim dan ditabur garam.
1 pek 10 benih dijual dengan harga RM2 sahaja. Ia juga dijual bersama set kanak-kanak (RM50 termasuk kendalian poslaju). Set kanak-kanak mengandungi benih Cowpea, Radish, set bawang merah/putih, collard, jagung, kangkung dan kacang tanah. Alatan termasuk penyodok/pencakar, pasu, pasu semaian, jiffy-7, tanah, dan baja oganik juga disediakan.
SMS/WhatsApp/Line/Telegram/WeChat/Viber 0175009364 atau email [email protected] untuk pesanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan