![]() |
Petak Sayur Hijau |
Sayur dalam petak hijau kelihatan begitu subur. Ini kerana setiap petang beberapa hari sebelum ini hujan lebat. Tanaman mendapat air yang cukup. Seperti biasa bila cuaca sesuai untuk pertumbuhan, serangga pula sedia untuk membiak. Pesta "kahwin" serangga sememangnya meriah. Masalahnya kita yang berkebun terpaksa jadi sponsor untuk majlis perkahwinan serangga terutamanya belalang.
Walaupun begitu, kebiasaannya jumlah sayur yang dimakan belalang lazimbya tidak banyak. Cuma entah kenapa kali ini jumlah dan yang makan lebih dari kebiasaan. Daun pokok bayam dan kailan kelihatan begitu ketara cela selepas serangan belalang.
Kedaan sebegini tak lama kerana kami jalankan aktiviti berkebun secara organik. InsyaAllah tak lama lagi burung akan menyedari kehadiran belalang, dan burung akan berkunjung untuk kenduri belalang pula. Apabila burung berkunjung, bilangan belalang akan berkurang dengan mendadak dan jumlah daun yang rosak akan berkurangan.
mmg subur betul lah syr2 tuh... aritu adik dana ada ajar bt racun organik... katanyer bwg putih+cili api+ air campur kan sembur kt pokok yg ada serangga tuh... betul ke cara th yek?
BalasPadamMenjadi tak?
Padam