Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 21 April 2015

Aktiviti Waktu Terluang -- Buat Camboh

Hari ni saja nak makan taugeh goreng, camboh goreng kata orang Ganu.  Alamak mahalnya!  Bila naik harga ni?
Hadoi.  Tak apa, hari ni dah nak makan segera, belilah jugok.  Lagi 4 hari makan puas puas.
Kacang hijau untuk buat taugeh RM10 sekilo.
Kacang mata hitam untuk buat kacang rebus gaul kelapa, RM24 sekilo.
Ouch.

Benih kacang mata hitam (cowpea) masih ada stok.  Petang nanti semai untuk tuai kacang muda, stem bersama lenggai (pod), tabur kelapa yang digaul garam.  Makan sambil nonton TV.  Enam minggu dari sekarang.  Hari ni semai dulu.

Taugeh, rendam dalam air suam yang dicampur sedikit garam selama 1/2 jam.  Tuang air garam, rendam dalam air biasa selama sejam.  Lepas tu letak dalam bakul, siram 3 kali sehari.  Hari ke 4, tuai.  Makanlah camboh goreng puas puas.

Puteri (anak bongsu) dengan kacang hijau yang direndam.

10 ulasan:

  1. Owh..gitu buat camboh :-) Boleh cuba ni. Terima Kasih info ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Air garam untuk elakkan kacang berkulat dan nyahklorin. 1 sudu kecil dalam 1 liter air.

      Padam
  2. dah lama tak tanam taugeh...terimakasih ingatkan semula..saya nak buat juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat datang kembali,
      Sababat saya yang juga pakar taugeh.

      Padam
  3. Sy br jd fulltime housewife... teringin plk nak berkebun kat tanah sekangkang kera depan rmh..... maklum la rumah taman... minta tunjuk ajar tuan boleh?

    BalasPadam
  4. Salam tuan Is
    letak dalam bakul tu mcm mana ye? Tak perlu alas kapas ke atau apa?
    maaflah soalan kureng..mmg xpandai sgt hal menanam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam.
      Guna bakul yang jaringnya halus.
      Ya, letak macam itu aja. Unmtuk elakkan sekitar basah, lakukan atas sink atau tadah dulang.

      Padam
  5. Salam tuan Is
    letak dalam bakul tu mcm mana ye? Tak perlu alas kapas ke atau apa?
    maaflah soalan kureng..mmg xpandai sgt hal menanam ni.

    BalasPadam
  6. Salam tuan Is
    letak dalam bakul tu mcm mana ye? Tak perlu alas kapas ke atau apa?
    maaflah soalan kureng..mmg xpandai sgt hal menanam ni.

    BalasPadam