![]() |
Empat jenis basil dalam petak herba. |
Basil memainkan peranan penting dalam aktiviti berkebun di rumah kami kerana kami gunakan herba tersebut sebagai perisa makan, ramuan masakan, sebagai teh dan sebagai ubat. Selain daripada itu, bunganya menjadi pemanggil serangga pendebunga terutamanya lebah kelulut. Basil juga menjadi penghalau lalat putih yang menjadi masalah utama rakan-rakan yang menanam cili.
Pagi ini, kami merancang untuk tambah kompos ke dalam petak sayur hijau dan ruang pasir di seberang jalan. Harapannya, bulan puasa nanti kami mendapat tuaian paling padat dengan kuaiti tuaian yang tip top. InsyaAllah.
InsyaAllah.Happy Gardening En.Is sekeluarga...
BalasPadamTerima kasih.
PadamBoleh sy tau basil ape yg ade dlm koleksi En.Is kt petak herba tu?:-)
BalasPadamApple basil, holy basil, red basil, Thai basil, sweet basil. Yang tidak kelihatan dalam gambar, sweet basil.
Padam