Khamis, 26 Mac 2015

Tanaman sayur pun cantik

Laman sayur di depan rumah.

Ada yang beritahu saya, dia hanya tanam bunga sebab bunga ceriakan laman rumah.
Saya tanya, tanam bunga apa?

"Bunga kertas." Jawabnya.

"Kenapa tak tanam bunga matahari, kan ceria juga?"

Lagipun dapat burung makan bijinya, atau boleh buat kuaci. Lagi pun rama-rama dan kumbang akan singgah. Laman lagi ceria.

"Malas lah Bang. Bunga kertas mudah jaga. Bunga matahari manja."

Kalau malas, kenapa tak tanam bunga plastik aja. Bidas saya, tapi tak bersuara. Bidas dalam hati aja.
Sebenarnya laman sayur di rumah juga menceriakan. Saya jarang terserempak orang terleka bila lalu dekat rumah yang ada bunga kertas. Tapi laman sayur, kereta laju jadi perlahan, motor nyaris terbabas, orang jogging pun berlari anak. Tak puas pandang.

Jika kreatif, kita boleh olah susunan mengikut warna tanaman. Sayur kailan yang hijau kebiruan amat serasi dengan warna silver bunga kucai.
Kita juga boleh bermain dengan nada warna. Sawi warrior hijau mudah, sawi menang hijau tua, sawi hk hijau terang, berbunga kuning pula tu.

Jika semai borage, daun hijau muda, bunga biru terang, daun bawang pula hijau tua dengan bawang biru tua. Kena pula dengan lobak yang oren.
Kadang kadang menyusun tanaman sayur dalam petak seperti artis dengan kanvas juga...

1 ulasan:

  1. betul3 sgt setuju... sbb syr or herba pun ada mcm2 color n jenis bile di tanam mmg geram bile tgk subur semuanya

    BalasPadam