Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 31 Mac 2015

Tanamsendiri Mentimun (Cucumis sativus)

Mentimun berasal daripada India.  Pokok mentimun sesuai di tanam di negara kita yang iklimnya panas dan lembap.

Dapatkan benih daripada blog ini, iaitu tanamsendiri.com secara atas-talian.  Setiap pek 5 benih dijual dengan hanya RM2 satu pek.  Set timun juga ada dijual, harganya hanya RM30, poslaju percuma.

Benih mentimun berbentuk seperti bola ragbi tetapi pipih.


Tanah
Tanam di atas tanah yang elok salirannya, iaitu tanah yang tidak menakung air apabila hujan lebat.  Jika tanam di dalam bekas, gunakan bekas atau pasu yang besar dengan kedalaman 20 hingga 30 cm.

Lokasi
Pokok mentimun berbatang lembut, tanam di tempat yang tidak terkena angin yang kencang.  Jika tinggal di kawasan yang berangin, tanam pokok jagung di sempadan pokok mentimun untuk menhadang angin yang kencang.

Pokok mentimun tahan panas.  Pilih lokasi cerah dengan cahaya yang tidak terhalang, atau teduh sedikit tetapi cerah.

Menyemai
Benih mentimun boleh disemai di dalam bekas semaian, misalnya dulang semaian, kotak susu yang dikerat, tin susu pekat manis yang ditebuk di bahagian bawah, atau jiffy-7.
Benih juga boleh disemai secara terus di tanah atau di dalam bekas yang besar.  Jarakkan 60 cm di antara lubang.  Semai 2 biji benih di dalam satu lubang sedalam 2 cm.

Jika semai di dalam bekas semaian, semai 2 benih di dalam satu bekas sedalam 2 cm.

Sembur air dengan penyembur dilaraskan dengan semburan berkabut untuk lembapkan tanah.

Selepas seminggu benih bercambah, kerat cambahan yang lemah.  Biarkan hanya satu pokok tumbuh dalam satu lubang.

Melindung Cambahan
Jika semai terus di atas tanah, lindungi cambahan daripada serangan makhluk perosak.  Serkup cambahan dengan botol plastik yang dikerat 2, atau telengkupkan bakul plastik supaya siput, lintah bulan, tikus, ayam, kekabuh mentimun, dan belalang tidak dapat masuk memakan cambahan.

Jika semai di dalam bekas semaian, letakkan di tempat yang selamat daripada serangan makhluk perosak.

Mengalih Semaian
Jika menyemai di dalam bekas semaian, cambahan sedia untuk dialih selepas 2 minggu atau selepas daun sebenar iaitu daun yang menyerupai daun pokok dewasa tumbuh.

Kukuhkan dahulu cambahan, iaitu letak bekas di tempat yang inmgin ditanam sekurang-kurangnya 2 jam sehari di waktu tengahari selama 2 atau 3 hari atau sehingga batang pokok kelihatan kukuh.

Lakukan aktiviti mengalih di sebelah petang untuk menghindari terik matahari di hari pertama kerana akar belum serasi dengan tempat yang baharu.  Apabila cambahan kelihatan kukuh, alih ke dalam lubang sedalam 7 hingga 10 cm.  Tanam hingga ke paras 1 cm di bawah daun benih, iaitu set daun yang pertama.

Timbus tanah tetapi jangan dimampatkan tanah.  Ketika mengalih, pastikan akar tidak rosak atau terusik.  Seeloknya gunakan bekas semaian yang khas atau jiffy-7 untuk kurangkan kemungkinan akar rosak ketika mengalih.

Memasang Pancang
Pokok mentimun adalah pokok yang memanjat menggunakan sulur paut.  Sulur paut ialah bahagian yang tumbuh seperti sesungut mencari tempat berpaut.  Di hujungnya berbentuk spring dan mudah tersangkut apabila tersentuh objek yang berdekatan.

Oleh sebab itu mentimun sesuai ditanam di tepi pagar terutamanya pagar dawai kerana ia dapat memanjat pagar tersebut.

Jika ingin pokok mentimun tumbuh memanjat, pasang pancang kayu, sangkar dawai atau apa-apa struktur yang boleh dipanjat oleh pokok.

Bagaimana pun, jika mempunyai kawasan yang luas, pokok timun boleh dibiarkan pokok tumbuh merayap di tanah tanpa memanjat.

Buah mentimun yang sedia untuk dituai.


Menyiram
Mentimun perlukan air yang banyak terutamanya apabila pokok mula menghasilkan bunga dan sepanjang waktu ketika sedang berbuah.

Membaja
Apabila pokok mula berbuah, mula tabur baja yang kaya dengan kalium.  Gunakan sukatan yang disyorkan oleh pengeluar baja.

Menuai
Tuai apabila buah telah matang untuk dituai, iaitu apabila saiz mencecah saiz yang paling besar.  Jangan tunggu ranum kerana apabila buah mula meranum, isinya menjadi pahit dan apabila buah menjadi kuning dan lembut, isinya menjadi masam.
Kerat tangkai buah menggunakan gunting kebun yang bersih untuk elakkan pokok terkena penyakit.

Kerapkan menuai kerana pokok mentimun yang kerap dituai meghasilkan buah yang lebih lebat.

Makhluk Perosak
Pokok mentimun lazimnya di serang kekabuh mentimun yang bersaiz kcil sebesar ladybird dan kulitnya berwarna oren.  Ia memakan daun dan menyerang dengan teruk di waktu maghrib.

Siput dan lintah bulan menyerang di waktu malam, biasanya memakan seluruh anak pokok, atau daun pokok yang matang.

Kadangkala, daun juga di serang lalat putih serta kutu labah labah.

Fahami tabiat makhuk perosak yang menyerang pokok mentimun dan atur strategi untuk menghalang pokok rosak akbat merangan makhluk tersebut.

Untuk maklumat yang lebih lengkap tentang cara mentimun, cara menanam, cara menyimpan, resepi, serta cara membuat benih, dapatkan ebook “Tanam Sendiri Mentimun.”

Khamis, 26 Mac 2015

Tanaman sayur pun cantik

Laman sayur di depan rumah.

Ada yang beritahu saya, dia hanya tanam bunga sebab bunga ceriakan laman rumah.
Saya tanya, tanam bunga apa?

"Bunga kertas." Jawabnya.

"Kenapa tak tanam bunga matahari, kan ceria juga?"

Lagipun dapat burung makan bijinya, atau boleh buat kuaci. Lagi pun rama-rama dan kumbang akan singgah. Laman lagi ceria.

"Malas lah Bang. Bunga kertas mudah jaga. Bunga matahari manja."

Kalau malas, kenapa tak tanam bunga plastik aja. Bidas saya, tapi tak bersuara. Bidas dalam hati aja.
Sebenarnya laman sayur di rumah juga menceriakan. Saya jarang terserempak orang terleka bila lalu dekat rumah yang ada bunga kertas. Tapi laman sayur, kereta laju jadi perlahan, motor nyaris terbabas, orang jogging pun berlari anak. Tak puas pandang.

Jika kreatif, kita boleh olah susunan mengikut warna tanaman. Sayur kailan yang hijau kebiruan amat serasi dengan warna silver bunga kucai.
Kita juga boleh bermain dengan nada warna. Sawi warrior hijau mudah, sawi menang hijau tua, sawi hk hijau terang, berbunga kuning pula tu.

Jika semai borage, daun hijau muda, bunga biru terang, daun bawang pula hijau tua dengan bawang biru tua. Kena pula dengan lobak yang oren.
Kadang kadang menyusun tanaman sayur dalam petak seperti artis dengan kanvas juga...