Soalan pengunjung --
En. Iskandar, saya semai exactly sebagaimana yang En. Iskandar sarankan menggunakan tanah semaian yang dibeli dari tanamsendiri.com. Mengapa benih tidak tumbuh juga?
-------------
Banyak cabaran menyemai benih, walaupun negara kita bukan negara 4 musim. Tapi jangan putus asa. Biar saya jelaskan.
Ok, sekarang, kriteria tanah dah dituruti, kriteri lembapan juga telah dituruti.
Satu lagi perkara yang saya terlepas pandang selama ini kerana sebelum ini cuaca tidak melampau. Suhu adalah faktor yang sama penting. Betul untuk benih bercambah, ia perlukan haba. Lebih tiggi suhu persekitaran, lebih cepat benih tumbuh. Jadi orang yang tinggal di kawasan empat musim sentiasa terpaksa menunggu musim bunga atau apabila bebas daripada fros baru boleh mula menanam.
Kita di Malaysia dirahmati dengan suhu yang tinggi, jadi masalah suhu biasanya tidak dibincangkan kerana ia bukan suatu masalah. Bagaimanapun, suhu yang terlalu tinggi memberitahu benih musim kemarau akan tiba, jika bercambah pokok akan mati kepanasan.
Jadi, pada suhu yang tinggi atau ketika panas melampau, benih akan "tidur'. Sekarang, bulan Januari, di kawasan Selangor telah tiba musim kering atau kemarau. Suhu di siang hari mencecah 32 darjah Celsius, jika dengan kesan kelembapan, suhu yang dirasa mencecah hingga 38 darjah dan kadang-kadang hingga 40 darjah Celsius. Pada suhu ini, sesetengah benih tidak akan bercambah walaupun telah disemai menggunakan tanah yang serasi dengan kelembapan yang mencukupi.
Saya sarankan semai di tempat teduh, kalau boleh di dalam bangunan yang mempunyai suhu yang tidak terlalu tinggi. InsyaAllah benih akan bercambah.
Suhu yang sesuai untuk menyemai sawi ialah 30 darjah Celsius. Benih akan bercambah jika suhu antara 10 hingga 32 darjah Celsius. Pada suhu 35 darjah Celsius ke atas, benih akan tidur.
BalasPadamSaya pernah beli benih kangkung dari en Is tahun lepas. Malangnya semaian kangkung semua gagal. Dari penggunaan tanah biasa ke peatmoss, penggunaan tray semaian ke tanah terus pun gagal. Penggunaan air mineral botol hingga ke tadahan air hujan semua gagal. Benih tak pernah bercambah dan bila saya korek tengok benih jadi busuk. Saya cuba beli benih kangkung dari blogger2 lain dan cambahan semua naik walaupun dengan penggunaan air paip.
BalasPadamTerima kasih kerana notify kami. Kami akan buat uji cambah semula. Sekiranya benih tidak bernas, kami akan keluarkan daripada stok kami.
PadamSila hubungi kami untuk dapatkan benih ganti.