Pegaga (Centella asiatica) adalah herba yang banyak tumbuh di kawasan basah di kampung yang biasa dimakan sebagai ulam. Herba ini mempunyai rasa yang enak serta unik dan amat popuar di pantai timur. Biasanya pegaga dihidangkan sebagai ulam laksam. Memang pegaga best.
Ada pembaca bertanya, adakah pegaga selamat dimakan?
Pegaga ada dalam masyarakat kita lama dahulu dan ia sememangnya selamat dimakan, jika dimakan sebagai ulam dan dimasak sebagai sayur.
Jadi, mengapa minggu ini saya pilih pegaga?
Beberapa tahun dahulu saya pernah diberitahu oleh rakan yang amalkan memakan herba yang ada jenis pegaga yang tidak boleh dimakan. Saya tidak pasti jenis yang mana, mungkin jenis pegaga yang dijadikan hiasan. Sebab dari pengetahuan saya, jika dimakan secara biasa, pegaga selamat dimakan.
Seperti biasa, bila suatu bahan itu berkhasiat, akan ada golongan yang taksub yang akan makan lebih lebih. Jadi, kita cerita tentang khasiatnya terlebih dahulu.
Sebenarnya pegaga bukan hanya herba yang dimakan sebagai ulam dan sayur. Sejak dulu lagi pegaga dimakan sebagai ubat, terutamanya dalam perubatan sinseh dan ayurveda. Ini kerana ada bahan di dalam pegaga yang mampu mengurangkan bengkak serta melancarkan perjalanan darah. Kesan daripada ini, pegaga dikatakan boleh cepatkan proses menyembuh luka, mengurangkan kesan penuaan serta mengembalikan nafsu seks. Ada juga artikel yang mengatakan orang yang rambut uban jika amalkan makan pegaga rambut akan hitam kembali.
Jadi, dalam keadaan biasa pegaga selamat dimakan. Bagaimanapun ada kajian yang dibuat tentang kesan sampingan memakan pegaga secara berlebihan melalui smoothie. Khabarnya meminum air pegaga berlebihan boleh merosakkan hati. Jadi, jika ada menghadapi penyakit yang berkaitan dengan hati, misalnya hepatitis, elakkan meminum air pegaga. Ada juga kajian menunjukkan bahan di dalam pegaga mampu bergabung dengan ubat yang dimakan, misalnya analgesik (ubat penahan sakit) mampu menyebabkan kerosakan pada hati. Jadi, jika sedang memakan ubat serta pil penahan sakit, elakkan meminum air pegaga.
Orang yang menjalani pembedahan dan meminum pegaga akan merasa terlebih mengantuk dan akan tidur berlebihan. Disarankan, jika telah disuntik ubat bius, jangan minum air pegaga. Tunggu sehingga 2 minggu selepas pembedahan barulah makan pegaga seperti biasa.
Ada juga kajian yang menimbulkan isu risiko keracunan logam berat, misalnya arsenik. Pada pendapat saya ini berkait dengan kaedah penanaman dan penyediaan herba tersebut. Jika ingin memakan ulam dan sayur mentah atau ingin buat smoothie, tanamsendiri. Jika ingin beli, beli daripada orang yang anda percaya sahaja. Basuh betul betul dan jika ingin buat smoothie, elakkan memakan pegaga yang telah disembur pestisid.
-----------------
Sila share
Tiada ulasan:
Catat Ulasan