TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Sabtu, 14 Februari 2015
Gambar Hari Ini -- Daun Moringa
Pokok moringa adalah sayur pohon yang mudah ditanam dan tidak perlu penjagaan yang rapi. Akar, perahan batang, daun, bunga, lenggai dan bijinya boleh dimakan. Daunnya mengandungi asid amino perlu yang lengkap yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan, lebih lengkap dari telur, susu, daging atau ikan. Daunnya enak digoreng, masak sayur air, atau masak lemak.
Amalkan makan sayur daun ini, insyaAllah lebih ceria kerana mendapat pemakanan yang lengkap. Orang yang ceria biasanya panjang umur. Jadikan sayur daun moringa sebagai hidangan tetap untuk keluarga, supaya anak-anak lebih ceria, cerdas dan pintar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam nak order ada x keratan batang or benih untuk pokok Moringa
BalasPadamWaalaikum salam,
BalasPadamKeratan batang dan benih ada dijual. SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected] untuk buat pesanan.
Tumpang tanya, adakah ini pokok kelo yg orang India buat masak kari?
BalasPadamYa.
PadamIni kat tempat saya dipanggil pokok remunggai. Ada baca artikel dalam internet.. getah dari akar pokok ni merbahaya dan boleh membawa maut. Mungkin kalau termakan dalam kuantti banyak kot. Bahagian-bahagian yang lain dari pokok ni, semuanya bermanafaat. Saya sekadar berkongsi. Wallahualam...
BalasPadam