![]() |
Pokok gelam pasir. |
Gelam pasir, rupa daunnya seakan-akan ros jepun kerana ia dari keluarga yang sama, iaitu Portulaca. Pokok ini tumbuh melata, di celah-celah batu, di tanah berpasir dan sebagai rumpai di dalam pasu bunga. Gelam pasir atau nama Inggerisnya purslane atau nama latinnya Portulaca oleracea mempunyai daun yang kecil berbentuk bujur sebesar syiling 5 sen tebal berair serta lembut.
Saya kutip pokok yang tumbuh liar dan tanam di dalam pasu. Selepas beberapa minggu anak pokok baru tumbuh dengan lebih subur berbanding induk asalnya.
Apakah khasiat gelam pasir?
Daun serta batangnya yang lembut serta berair boleh dimakan. Boleh makan sebagai salad atau masak seperti masak bayam. Daunnya kaya dengan asid lemak omega-3, lebih daripada minyak ikan! Ia baik untuk jantung. Gelam pasir berasal daripada India dan merebak ke seluruh dunia sebagai rumpai yang liar. Ia tahan kering dan cuaca yang melampau, mungkin sebab itu ia mudah tersebar. Kini gelam pasir ditanam di kebun dan ada dijual di pasar. Daunnya yang ada rasa masa sememangnya enak dimakan mentah sebagai ulam dan salad. Bunganya yang berwarna kuning juga boleh dimakan. Ada juga orangyang mengutip benihnya yang hitam halus untuk dibuat teh herba. Gelam pasir tidak mengandungi kalori yang tinggi, jadi ia elok untuk mereka yang menghitung kalori. Kandungan kalorinya hanya 16 kcal/100g, kaya dengan serat, vitamin, dan mineral.
Daunnya yang segar kaya dengan asid lemak omega-3 (asid α-linolenic) iaitu 350 mg bagi setiap 100g. Banyak tu, lebih banyak daripada sayur sayur yang lain. Dari kajian yang dibuat, memakan gelam pasir dapat kurangkan risiko serangan sakit jantung, angin ahmar, membantu pertumbuhan janin yang sihat yang mampu mengahalan sindrom ADHD, autisma, dan lain-lain penyakit kesan daripada pertumbuhan biasa pada kanak-kanak.
Gelam pasir kaya dengan sumber Vitamin A, iaitu antioksidan yang bertenaga yang amat penting untuk daya pengelihatan. Ia juga penting untuk kesihatan sel badan yang memastikan kesihatan kulit, paru-paru dan bahagian dalam mulut dan tekak.
Gelam pasir juga kaya dengan vitamin C, vitamin B-complex misalnya riboflavin, niacin, pyridoxine dan carotenoid, minerals, termasuk ferum, magnesium, kalsium, kalium, dan mangan.
Gelam pasir juga kaya dengan pigmen alkaloid yang dinamakan betalain, iaitu antioksidan yang menghalang mutasi pada sel badan dan dikatakan elok untuk menghindari badan daripada terkena penyakit kanser.
Terbaik, makan gelam pasir yang segar. Mana nak dapat yang segar? Tanamsendiri.
Gamba kena google la ya En.Is.
BalasPadam:-)
Saya letakkan gambar.
PadamOwh.ada..td gmba tgok tk de. :-)Mgkn gmba lmbt load :-)
PadamSalam...
BalasPadamSaya ingin mencuba tanam sendiri. Bagaimana saya boleh dapatkan beginner set.
Or do I need to make payment in advance then contact you through whatsapp.
Waalaikum salam.
PadamUntuk buat pesanan WhatsApp 0175009364 atau Emel [email protected]
En. Iskandar,
PadamSaya sudah buat pembayaran dan whatsApp details.
Maimon Top
Terima kasih.
Padamterima kasih..tak tau pon sebelum ni boleh dimakan
BalasPadam