Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 7 Januari 2015

Tumbuhan Yang Melata Tapi Tak Ramai Yang Nak Makan -- Remayung

Jika tuan-tuan/puan-puan tanya saya, kalau berpeluang tanam satu lagi pokok aja tepi rumah, tak kiralah atas tanah ker, dalam pasu ker, pokok apakah yang saya akan tanam?

Satu lagi pokok yang saya akan tanam ialah remayung. Mungkin rakan-rakan pernah dengar nama lain, Basella, Bayam Memanjat, Bayam Malabar, Bayam India, Sayur Maharaja, Choy Saan. Di kampung saya dulu ramai rang tanam pokok ni sebagai pokok hiasan. Orang kampung tak makan, sebab mereka tak tahu. Kata bomoh, pokok ubat. Orang kampung tanam sebab rupanya cantik. Daun seperti sireh tetapi tebal, dengan urat daun yang ketara, daun patah bila dilipat dan di dalamnya ada lendir. Buah merah saiz kecil dengan cecair merah seperti dakwat. Pokok ada dua warna, jenis hijau dan jenis merah. Jika tidak dikerat tunas utama, pokok ini akan mula memajat dengan melilit.

Sebenarnya remayung boleh dimakan sebagai sayur. Di India, Sri Lanka dan Cina, orang da makan sejar beribu tahun dahulu. Di zaman dahulu, ada maharaja cina yang terlalu gemarkan memakan sayur remayung hingga diharamkan rakyat memakannya. Remayung hanya dibenarkan ditanam di taman terlarang. Sebab itu ia juga dikenali sebagai sayur maharaja.

Daun dan batang remayung dimakan. Ada yang tidak gemarkan memakan sayur ini kerana berlendir. Kalau tak mahu berlendir, jangan masak terlalu lama. Memadai toss (masak sekejap) aja. Remayung enak dimasak seperti memasak bayam. kami gemar makan remayung yang digoreng bersama ukan bilis dan bawang serta bawang putih. Sayur ini kaya dengan Vtamin A, Vitamin D, Vitamin Cmineral, folate, beta carotene dan pelbagai antioksidan lagi. Ia tidak mengandungi kolesterol dan rendah kalori. Sesuai untuk mereka yang jaga badan.

Selain dari dimakan sebagai sayur, ada yang memakan remayung sebagai makanan kesihatan, ada yang memakannya sebagai ubat.

Gabungan tiga antioksidan di dalamnya (ß-carotene, lutein, zea-xanthin) membantu mengekalkan keremajaan badan serta melindungi badan daripada serangan penyakit.

Remayung juga menyembuhkan badan daripada penyakit serta kerosakan organ dalaman. Lendir remayung yang pekat bertindak sebagai serat cecair yang membantu melancarkan pergerakan dalam sistem pencernaan serta mengurangkan sembelit. Jumlah Vitamin A yang tinggi menegangkan kulit dan mengekalkan daya pengelihatan, juga melindungi badan daripada serangan barah paru-paru dan mulut serta tekak, serta kolon. Kandungan Vitamin C yang tinggi mampu melindungi kulit daripada jangkitan kuman, menyembuhkan luka serta menghindar badan daripada dijangkiti selesema. Remayung kaya dengan zat besi mampu menghindar serta memulihkan badan daripada penyakit anemia iaitu penyakit kurang darah.

Remayung juga kaya dengan vitamin B-complex iaitu folate, vitamin-B6 (pyridoxine), dan riboflavin. Bahan ini diperlukan untuk menghasilkan DNA dipercayai melindungi janin daripada kecacata berkait dengan saraf. Jadi, remayung elok dimakan oleh wanita yang sedang hamil.

Daun remayung juga kaya dengan mineral iaitu bahan penting dalam sel dan cecair badan yang mampu membantu badan mengawal tekanan darah serta kadar degupan jantung.

Remayung juga elok untuk tulang. Jika diamalkan makan berterusan mampu menghindar dari penyakit reput tulang.

Untuk dapat manfaat yang sepenuhnya, remayung elok dimakan ketika masih segar, jadi rakan-rakan elok tanamsendiri di rumah. Kami ada bekalkan benihnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan