TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Khamis, 1 Januari 2015
Tuaian pertama tahun ini -- Cili dan tomato hijau
Hari ini saya tuai cili dan tomato untuk dijadikan jeruk. Tahun ini kami juga akan membincangkan tentang cara mengawet tuaian supaya dapat dinikmati dalam jangkamasa yang lama.
Rakan-rakan baru yang berkunjung ke laman ini, selamat datang. tanamsendiri.com adalah blog serta laman yang berkait dengan menanam tanaman makanan di rumah. Ia mendedahkan cara-cara untuk menghasilkan makanan sendiri yang bebas racun. Ditanamsendiri, kami sedaya upaya menggunakan kaedah penanaman secara oranik, tanpa menggunakan sebarang racun mahupun kimia ataupun organik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
wah banyaknya hasil tuaian..alhamdulillah.
BalasPadamTuan Is ajar kita buat jeruk cili padi..pernah buat tapi tak tahan lama.
Alhamdulillah.
PadamYa, insyaAllah. Maklumat tentang mengawet tuaian termasuk dalam perancangan kami.
Rasanya soalan Puteri Purnama saya perlu jawab sebelum artikel tentang mengawet ditulis sebab banyak lagi penulisan yang dirancang tersangkut.
PadamSebenarnya agak sukar untuk elakkan jeruk dari tahan lama sebab spora yis dan mikrob lain berterbangan di udara. Biola buka aja, spora atau mikrob lain mungkin akan masuk ke dalam balang jeruk. Walaupun begitu kita boleh lakukan beberapa perkara untuk menghalang bahan cemar merosakkan jeruk.
1. Rebus atau stimkan balang untuk sterikan. Jika tudung logam, bersihkan dengan sabun atau detergen. Untuk kekal steril, jangan pegang dengan tangan. pakai sarung tangan plastik yang steril atau gunakan penyepit yang telah di sterilkan (rebus atau stimkan).
2. Sebelum cili diletakkan cuka, rendam dulu cili di dalam air garam untuk keluarkan air daripada dalam cili. 1 sudu teh garam laut jika balang kecil, 1 sudu besar garam laut jika balang besar. Rendam dalam masa 1 atau 2 jam.
3. Ketika menjeruk dalam cuka, pastikan semua cili berada di dalam cuka dan tidak terdedah kepada udara.
4. Selepas menjeruk, bila dah buka balang, simpan di dalam peti sejuk. Jangan celup dengan jari ketika mengambil jeruk cili.
5. Jika ingin tambah gula, tambah dua hari sebelum dimakan, jangan tambah dari awal sebab gula biasanya mengundang pembiakan yis (kulat).
Diharapkan maklumat ini dapat membantu.