Rabu, 14 Januari 2015

Terung Putih Berbentuk U

Terung putih cela akibat dimakan siput ketika masih putik.

Terung putih snow naga jadi bengkok berbentuk U.  Ketika buah masih kecil bahagian tengahnya digigit siput.  Akibatnya terung menjadi bengkok.  Siput nampak lembik dan tidak bermaya.  Walaupun begitu ia mampu memamah tanaman yang berserat dan liat.  Ia mempunya jumlah otot yang banyak dan kenyal, dan setiap ekor siput ada 1,000 gigi yang tajam. Jangan pandang remeh pada siput.  Percayalah, ia berupaya.

2 ulasan:

  1. wow! dasatt siput ekk.. banyak gigi rupanya walaupun saiz kecik.. dan wow! terung bentuk U.. first time tengok ni,, 😱😱

    BalasPadam