TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Selasa, 20 Januari 2015
Soalan Pengunjung -- Ganti Perlite
Soalan Pengunjung --
Salam En. Iskandar,
Saya ada beli Ebook "Menyediakan Tanah Semaian." Terima kasih sebab beri banyak resepi untuk buat tanah semaian. Bagaimanapun saya berminat resepi yang guna perlite tu. Malangnya bila nak beli perlite, harganya macam bedil. Saya menanam nak jimatkan belanja dapur. :(
---------------------------------
Macam ni. Perlite, batu gunung berapi yang ada liang buih di dalamnya. ia tak ada nutrien. Liang tersebut halus dan tidak dapat ditusuk benih semaian. Sebab itu ia digunakan.
Saudara boleh ganti dengan blok floris yang dijual untuk gubahan bunga. Blok tersebut dijual dengan harga antara RM4.50 hingga RM5. Saudara ricik dengan pisau supaya dapat bentuk yang seperti dalam gambar. Saya dah cuba, ia berfungsi dengan elok.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan