Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 2 Januari 2015

Soalan Pengunjung -- Cara Menyimpan Mulberi Untuk Buat Jem

Mohon share cara menyimpan mulberry dalam peti sejuk. Saya simpan dan kumpul untuk buat jem, tapi buah yang saya simpan tak tahan, jadi lembik.
--------------------------------------
Kadang-kadang buah mulberi yang dituai tidak cukup untuk dimasak, jadi terpaksa simpan dan kumpul dulu sehingga jumlah buah yang terkumpul cukup. Caranya begini.
1. Isikan buah mulberi ke dalam plastik zip atau plastik sanwic. Jumlah buah cukup untuk susun buah menjadi satu lapisan sahaja. Jika ada buah yang lebih isikan dalam plastik yang baru.
2. Susun plastik di dalam peti sejuk (ruang beku) supaya buah tersusun satu lapisan sahaja.
3. Selepas 2 atau 3 jam, keluarkan plastik yang berisi buah mulberi beku, dan goncang plastik supaya buah mulberi tidak melekat sesama sendiri.
4. Isikan buah yang telah beku di dalam bekas plastik (tupperware), tutup dan simpan dalam peti sejuk (ruang beku).
5. Bekukan buah yang baru dituai dengan cara yang sama dan simpan di dalam bekas plastik.
6. Apabila buah telah cukup untuk dibuat jem, keluarkan dan masa buah yang masih beku. Dengan cara ini rasa buah mulberi tidak terbebas keluar sebelum dimasak kerana terperangkap di dalam buah yang beku.

2 ulasan: