Soalan pengunjung --
En. Iskandar, boleh tak kalau saya nak semai benih tomato dari buah yang saya beli di pasar?
Berbuah tak? Sebab hari tu saya cuba tanam, daunnya lebat pokok subur tapi tak berbuah.
--------------------------------
Ok, satu satu. Boleh tak kita tanam benih dari buah yang dibeli di pasar? Rasanya dah terjawab dalam soalan yang kedua. Boleh, kenapa pula tak boleh? Kalau nak pokok yang cepat pertumbuhannya, pilih buah yang ranum sebab benih dalam buah yang ranum lebih matang berbanding buah yang kurang ranum.
Tomato pokok hermafrodit. Kebiasaannya ia akan berbuah. Pokok daun lebat tapi tak berbuah, bukan salah benih tapi salah baja. Maksud saya, pokok terima nutrien yang cukup untuk pertumbuhan daun, bukan pertumbuhan bunga. Tukar baja, tabur baja bunga pula, insyaAllah pokok akan berbunga dan berbuah.
Kalau kita tanam benih daripada buah yang dibeli di pasar, ia akan tumbuh dan berbuah. Tiada masalah, cuma buah yang terhasil kemungkinan rupanya tak sama dengan buah induknya, kerana buah yang kita beli di pasar mungkin baka hibrida, iaitu benih kacukan.
Bagi saya, tiada masalah benih paket atau benih dari buah yang dibeli di pasar. Cuma disebabkan kita tak tentu rupa hasilnya, kadang kadang tidak digalakkan. Tapi kalau kita tanamsendiri di rumah untuk main-main, apalah salahnya.
Cuma kalau kita berkebun, tak kan kita nak gamble hasilnya. Sebab itu kita beli benih pek sebab kita dah tahu buah yang akan dihasilkan rupa yang macamana.
Saya sendiri, di zaman kanak-kanak dulu, manalah nak dapat benih tomato dalam peket. Bila nak tanam tomato, saya pergi ke pasar beli buah tomato yang saya idamkan. Walaupun buah yang terhasil tak sama dengan buah induk, kira berbaloi juga, sebab itu yang terbaik yang saya boleh dapat ketika itu. Kata orang tua tua "Tiada rotan akar pun berguna."
Bagaimanapun, jika nak tanam tomato yang kita dah pasti hasilnya dan baka yang sukar dicari di negara kita, kami ada jual. Harga murah aja.
TOMATO (10 benih/pek)
1. Tomato Belon (RM5/pek)
2. Tomato Besar 303 (RM2/pek)
3. Tomato Besar OP (RM2/pek)
4. Tomato Ceri 318 (RM2/pek)
5. Tomato Ceri OP (RM2/pek)
6. Tomato Ceri Ruby Red (RM5/pek)
7. Tomato Ceri Season Red (RM5/pek)
8. Tomato Determinate (RM5/pek)
9. Tomato King Cup (RM5/pek)
10. Tomato King Kong (RM5/pek)
11. Tomato Plum(RM5/pek)
12. Tomato Red Heart (RM10/pek)
13. Tomato Red Rock (RM5/pek)
14. Set Tomato Ceri (RM30/set)
Jika tanam tomato, daun subur tapi tak berbuah, dapatkatkan Booster, hanya RM10 satu unit.
Tambah RM10 untuk kendalian poslaju.
WhatsApp 0175009364 atau email [email protected]
---------------------------------
Sila Share
Tiada ulasan:
Catat Ulasan