Ahad, 4 Januari 2015

Siput Babi Haiwan Perosak

Alamak siput babi masih ada. Saya dah buang semua perangkap siput babi kerana serangan dah di tahap minima. Pagi ini, tanaman dalam beberapa petak rosak sedikit dimakan siput.
Siput babi, adalah antara cabaran untuk kita yang berkebun di rumah. Haiwan ini walaupun bergerak secara perlahan, mampu pergi jauh kerana ia cekal bergerak secara berterusan. Jika diserang secara berkumpulan, siput babi mampu memusnahkan semua sayur dalam petak sayur dalam masa yang singkat. Walaupun siput babi kelihatan lembut seperti jeli, siput bari mengandungi otot yang kuat, serta mempunyai gigi yang banyak. Setiap ekor siput babi mempunyai 1000 gigi yang kecil tetapi tajam!





Sibut babi aktif di waktu malam dan selepas hujan. Kebiasaannya haiwan ini menyorok di bawah pasu, di celah batu, di dalam peti surat dan mana-mana tempat berlindung. Ia juga menyorok di dalam tanah.
Jika terjumpa siput babi, kutip buang atau musnahkan (pecahkan cangkerang).


Jika tidak mahu gunakan perangkap atau racun, ada tak cara untuk mengawal secara biologi?
Jawapannya ada. Pecahkan aja cangkerangnya dan biarkan ia mereput. Bau siput babi yang mati akan menarik perhatian pemangsanya. Bila pemangsa siput babi menyedari akan kehadiran perosak tersebut, pemangsa akan berkunjung dan akan mula mengutip siput babi untuk dimakan. Ruang tempat saya berkebun, walaupun di dalam taman perumahan, kadang ada bangau dan musang kasturi datang berkunjung. Ia akan datang mengutip siput babi yang masih ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan