Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 23 Januari 2015

Resepi -- Kuah Salad French Dressing



Salad dah menjadi ni, hari ni kita cerita tentang kuah salad, opps salad dressing. Ya lah, salad tak best sangat kalau tiada salad dressing. Terbaik, salad tanamsendiri sebab dimakan ketika masih segar. Kalau terpaksa beli, pilih yang masih rangup, dan sejuk. Dan jangan rendam dalam cuka, sebab ia akan menyebabkan salad menjadi lejuh. Tak sedap makan.

Sekarang ada berbagai jenis salad dressing. Zaman saya belajar makan salad dulu, yang ada tak banyak. Nak belajar memasak seolah-olah kena masuk cult. He he. Masa tu resepi pun ikut macam arahan dalam kitab, ikut dan jangan ragu.

 Masa tu belajar pun tanya orang tua-tua atau melalui Public TV. Sekarang dah ada Food Channel, chef tak boleh sombong. Siapa-siapa pun boleh memasak. Kalau tak ada Food Channel, Internet ada. Ok, berbalik pada resepi salad dressing.

 Dressing yang saya maksudkan, French Dressing. Tak, saya tak belajar di Perancis, tapi makcik yang ajar saya tu lidah Perancis, sebab dia berasal dari Montreal. Ini resepi yang saya pickup tahun 80an dulu. Ya, millennia yang lalu.

French dressing bahannya ada 4 aja, boleh tambah bahan lain mengikut lidah. Nak tambah belacan pun boleh. Bahan-bahan (untuk satu hidangan):

1) 6 sudu besar minyak, pilih yang terbaik. Boleh guna minyak zaitun, minyak avocado, minyak kacang tanah.... Kalau tak ada, minyak sawit pun boleh. Letak dalam botol cantik cantik... Biar glamour, dan jangan cakap kat orang.
2) 2 sudu besar cuka, elok cuka asli, terbaik balsamic vinegar, cuka kurma pun enak. Kalau tak ada, air asam jawa atau lemon pun ok. Kalau terdesak, cuka petrol pun ok, tapi macam saya katalah, letak dalam botol cantik cantik dan syhhhhh.... jangan cakap kat orang. Oh ya, cuka malta kurang sesuai, salad jadi pahit.
3) Satu sudu the mustard, sebuk biji sawi. Enak kalau guna Dijon mustard.
4) ½ sudu the garam laut, jangan guna garam gunung.

Masukkan kesemua ramuan ke dalam balang dan tutup balang. Goncang hingga semua bercampur. Kalau nak ada rasa bawang putih, goreng bawang putih hingga wangi, dan ambil minyak buat dressing. Jika nak pedas ambil minyak yang digoreng cili padi hingga rangup.

Cara hidang, tuang salad dressing ke atas salad dan hidangkan segera.   Mudah kan?

5 ulasan:

  1. Wah..senang resipi ni En.Is.:-) Nk tnya Mustard tu dr Biji Sawi ke sbnrnya?Kelakar la part yg '.sssyyhhh jgn bgtau org' tersenyum :-) sy sendirian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tapi dah diproses (dijadikan tepung). Jika beli biji sawi, lumatkan dulu. Jangan guna biji sawi yang dijual sebagai benih sebab ia dah direndam dalam racun kulat! Guna yang dijual untuk makanan.

      Padam
  2. Salad Dreesing ni kena simpan dlm peti sejuk @ boleh smpn suhu bilik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk satu serving sahaja. Jika ada baki elok simpan dalam peti sejuk.

      Padam
  3. Kurang jelas la yg mustard tu, hehe.
    Nak guna mustad o serbuk biji sawi?

    BalasPadam