TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Selasa, 20 Januari 2015
Pokok Jagung Manis Dah Mantap
Jagung manis belum kelihatan lagi bunganya tapi pokok dah nampak dah benar-benar sedia. Tengok sendiri batangnya yang kasar. Kalau macam ni, lepas tuai boleh kerat-kerat batang atau jeraminya buat kayu pembilang untuk anak kecil belajar. Saya rancang daunnya yang kering nanti dibuat bongkah cendawan.
Bengkel atas talian untuk cendawan dari dapur terpaksa diberhentikan kerana walaupun follower ramai, tak ada seorang pun yang buat spawn sebagaimana dibincangkan. Niat saya dulu lepas saya buat, follower akan ikut dan kami guide activiti sehingga cendawan dapat dituai. Kalau saya seorang aja yang buat, dah hilang keseronokan buat bengkel atas-talian.
Bagaimana pun bahan yang dibincangkan ada dikompil. Kami akan edarkan bahan tersebut dalam bentuk ebook bila dah siap nanti. Buat masa ini masih lagi menyiapkan ebook "Buat Kompos Sendiri."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan