TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Selasa, 20 Januari 2015
Labu Kundur dah ada bunga jantan dan bunga betina
Pokok labu kundur lebihan jualan yang saya alih ke dalam kotak styrofoam dah mla berbunga sejak seminggu yang lalu. Minggu ini kelihatan bunga betina, alhamdulillah. Diharapkan nanti adalah buah yang akan lekat.
Kelihatan daun cela dimakan kekabuh timun, iaitu kekabuh kecil saiz ladybird yang berwarna oren. Serangan kekabuh ni memang dasyat. Ramai daripada rakan yang mengadu pokok yang mereka tanam mati akibat serangan.
Saya tidak meracun, memadai tangkap dan musnahkan bila terserempak. Cuma saya pastikan pokok teguh supaya mampu bertahan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
En.Is..sy smpai skrg tk kenal bunga Jantan @ Betina yg mana 1. Video polination Labu kt Youtube sy dh tgok. Tp kn video tu tk jelas kedudukan bunga jantan & betina.Jd sy tggu agen pendebunga la nmpknya.
BalasPadamLihat pada pangkal bunga. Jika ada buah kecil, itu bunga betina. Jika terus ada tangkal, tiada buah kecil, itu bunga jantan,
PadamOwh..begitu tipsnya.Terima Kasih En.Is.Happy Gardening.:-)
BalasPadamKalau pokok labu tak ada bunga jantan? Kena tgu bga jntan keluar ye?
BalasPadam