Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 12 Januari 2015

Kulit Pisang Sebagai Baja

Pisang adalah makanan berkhasiat yang kaya dengan vitamin dan mineral. Jika amalkan memakan pisang, kita pasti akan mempunyai banyak kulit pisang yang terkumpul. Jangan dibuang kulit tu, rugi. Buat baja. Kulit pisang kaya dengan kalium dan fosforus yang diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan serta pembentukan bunga dan buah.

Caranya begini.
1. Letakkan kulit pisang di dalam dulang logam, susun dalam kedudukan terhampar untuk luaskan permukaan kulitnya.
2. Letakkan di dalam ketuhar (oven) dan panaskan hingga kulit bertukar menjadi hitam.
3. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan sejuk. Kulit pisang akan menjadi keras dan mudah dipatahkan.
4. Masukkan di dalam pengisar (blender) dan kisar hingga menjadi tepung berwarna hitam.
5. Simpan di dalam bekas plastik (tupperware) di tempat kering.

Tabur di bahagian pangkal pokok kira-kira satu sudu besar untuk satu pokok sayur buah (cili, tomato, terung) 2 kali seminggu.

Boleh juga di campur dengan air siraman dan disiram pada pokok sayur buah.

13 ulasan:

  1. mmm..menarik. Selalunya cerita pasal baja mol nak kena perap dulu. Yang ni express saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada banyak sebab orang berkebun di rumah. Tanamsendiri.com tumpu pada berkebun di rumah untuk jimat belanja dapur serta menghasilkan makanan yang bebas racun.

      Padam
  2. tahniah,good info. setiap ilmu yang berguna dan dimanfaatkan pasti ada ganjarannya di sana..nampak cam sempoi jer tapi sebenarnya saham akhirat tu.

    BalasPadam
  3. singgah follow info yg baik tqvm..

    BalasPadam