TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Selasa, 20 Januari 2015
Kehadiran Koya Koya
Jika pokok tidak menerima air yang cukup ia akan berada dalam keadaan stress atau tertekan. Ketika stress, pokok akan menjadi lemah dan menghasilkan bau yang menarik perhatian pemangsanya. Minggu lepas, kawasan rumah kami panas tahap luarbiasa selama beberapa hari. Akbibatnya pokok menjadi lemah kerana suhu yang melampau serta kekurangan air kerana tanah kekeringan.
Minggu ini, koya koya mula kelihatan. Serangga ini diternak oleh semut hitam. Sebab itu kelihatan beberapa ekor semut hitam berdekatan koya koya. Jika berlaku keadaan seperti ini, jangan cemas. Lembapkan span dengan minyak masak dan sapu pada batang dan di bawah daun untuk tanggalkan koya-koya. Amalkan beberapa hari sehingga tiada lagi kya koya kelihatan.
Kebiasaannya selepas seminggu, burung atau pemangsa koya koya akan sedar kehadirannya dan mula berkunjung mengutip koya koya. Anda hanya perlu pastikan pokok tidak lagi berada di dalam keadaan stress supaya tidak lagi diserang koya koya. Oleh kerana semut adalah penternak koya koya, pastikan jumlah tidak banyak dalam laman kebun di depan rumah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan