Khamis, 29 Januari 2015

Cara Simpan Tuaian Kacang Panjang dan Kacang Buncis

Soalan pengunjung --
Salam En Iskandar, saya ada tanam kacang buncis dan kacang panjang. Alhamdulillah menjadi. Saya nak simpan kacang ni hingga 8 bulan, untuk makan anak-anak dan untuk jimat duit dapur. Kacang buncis sekarang mahal sangat tak termampu nak bagi anak-anak makanan sihat. Soalan saya,
1) Macamana nak simpan kacang supaya tahan lama supaya tahan lama dan tiada perubahan rasa?
2) Macamana nak simpan luar peti sejuk tapi nak ia tahan lama?
----------------------------------
Walaaikum salam,
Wah kalau nak dijawab kedua-dua soalan ni, panjang ceritanya macam cerita Seribu Satu Malam. Hari ini saya jawab soalan no 1 dulu. InsyaAllah bila sempat kita cerita tentang canning, jeruk dalam balang.


Penjelasan untuk soalan no satu.
Kacang panjang dan kacang buncis paling manis dan enak dimakan selepas dituai. Selepas dituai, enzim yang ada didalam kulit lenggai kacang akan bertindak menukar gula di dalam kacang kepada kanji untuk tujuan storan. Sebab itu, semakin lama disimpan, semakin tawar rasanya. Jadi, untuk kekalkan rasa manis kacang, kita perlu hentikan tindakbalas enzim di dalam lenggainya. Kaedah ini mampu mengekakan keenakan kacang panjang dan kacang buncis walaupun tersimpan lama.

Siapkan tupperware atau plastik zip muat bahagian beku dalam peti ais. Lakukan ikut batch, iaitu setiap kali, 0.5 kg kacang panjang atau kacang buncis. Tujuan buat ikut batch supaya suhu sekata.
Kalau ikut cara ni setahun pun tahan tanpa hilang rasa segar. OKlah, hilang sikitlah.


1. Basuh kacang dan potong buang bahagian tangkai. Kerat kira-kira 5 cm (2 inci) untuk satu keratan.
2. Panaskan air kira-kira 2 liter sehingga mendidih.
3. Sementara intu isikan ais di dalam bekas besar. Tambah air. 1/2 liter ais + 1/2 liter air bebas klorin.
4. Apabila air mendidih, padamkan api.
5. Celupkan kacang kira-kira 2 minit ke dalam air panas.
6. Kemudian keluarkan kacang daripada bekas air panas dan tuang ke dalam air sejuk dan biarkan selama 10 minit.
7. Kulit kacang akan kelihatan pudar (hijau muda). Jangan risau. Enzim pada bahagian luar akan terlerai dan aktiviti terhenti di bahagian luar dan memerangkap kesegaran kacang. Masukkan kacang ke dalam bekas plastik, atau plastik zip, susun satu lapisan sahaja.
8. Selepas 1 jam, keluarkan dan leraikan kacang beku supaya tidak melekat sesama sendiri. Masukkan penuh ke dalam bekas plastik atau plastik zip, letakkan tarikh dan simpan dalam peti sejuk.

Mudahkan?
-----------------------------------------
Sila Share, tapi nyatakan sumbernya (dipetik daripada http://www.tanamsendiri.com)

Set Kacang Memanjat hanya RM30.
SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]

1 ulasan: