Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 26 Januari 2015

Bahan Yang Biasa Dimakan Yang Mengandungi Racun -- Biji Epal

Minggu lepas singgah di kedai makan bersama Puteri (anak kecil) untuk minum.
"Puteri nak minum apa?"

"Apple juice," jawab Puteri.

"Oh, that's good for you."

Bila tiba, satu gelas jus epal dalam gelas besar. Sebelum ditolak gelas untuk anak minum, terdapat banyak dalam benda hitam terapung dalam jus. Alamak! biji epal yang lumat dihidangkan bersama jus epal. Kenapa lah tak dipotong dulu dan buangkan biji sebelum dijuskan? Kensel jus epal bersama biji yang lumat!

Dalam keadaan biasa, buah epal selamat dimakan. Bagaimanapun buah epal mengandungi biji iaitu benih yang pokok epal ingin lindungi. Bagaimanakah pokok epal melindungi bijinya daripada dimakan untuk pastikan ia terus dapat membiak? Jawapannya, dengan menghasilkan racun!

Biji epal mengandungi bahan yang apabila terurai menghasilkan hydrogen cyanide, iaitu racun yang amat berbahaya. Jumlah racun yang dihasilkan kecil, iaitu kita perlu memakan biji epal daripada 18 buah epal, barulah racun tersebut mampu membunuh. Bagaimanapun saiz kanak-kanak adalah kecil, jadi jumlah yang perlu untuk memudaratkan mereka adalah lebih kecil berbanding dengan orang dewasa.

Walaupun kebiasaannya biji daripada 4 buah epal tidak akan membunuh seorang kanak-kanak, ia perlu dielakkan kerana ia mampu memudaratkan. Kita kan nak minum jus untuk kesihatan, bukannya untuk meminum racun.

Buah epal selamat dimakan, tetapi bijinya beracun. Jadi jika pesan jus epal di kedai makan, pastikan biji epal dikeluarkan terlebih dahulu sebelum buah dilumatkan.

---------------------------
Sila Share

2 ulasan:

  1. yang dimaksudkan dengan racun tu, 'isi biji' epal tu ke? kalau telan bijinya tanpa digigit beracun juga atau dikeluarkan bersama tinja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahan yang bila terurai jadi racun paling banyak dalam kulit biji. Jika Biji terkisar, ia terbebas keluar dan mula bertindakbalas menghasilkan hydrogen cyanide. Bahan yang dimaksudkan ialah amygdalin.

      Padam