Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 19 Januari 2015

Bahan Yang Biasa Dimakan Tetapi Mengandungi Racun -- Cekur Manis (Jus Mentah)


Cekur manis, ada orang memanggilnya asparagus melayu (malay asparagus) tidak dinafikan sayur yang enak dimakan serta berkhasiat. Dari segi rasanya, cekur manis tiada tolok bandingnya. Ia antara sayur yang paling enak dan cara memasaknya agak ringkas. Sayur ini juga kaya dengan amino asid perlu, vitamin, serta mineral. Kami sendiri menjadikan sayur ini sebahagian daripada ramuan makanan bayi pertama untuk anak-anak kami. Ia memang elok bukan sahaja untuk bayi malah untuk ibu mengandung kerana khasiatnya membantu pembentukan janin yang sihat dan sempurna. 

Masalahnya bila suatu bahan itu berkhasiat dan enak, akan ada golongan yang taksub yang akan memakannya lebih lebih. Akan ada golongan yang akan buat pernyataan "ia baik untuk kanser" dan golongan yang jaga badan akan memakan atau meminumnya dalam kuantiti yang banyak untuk melawan kanser walaupun individu tersebut tidak mengidap penyakit kanser.

Setiap tumbuhan ada makhluk perosaknya. Ada tumbuhan akan menghasilkan toksin atau racun untuk melawan makhluk perosak tersebut. Pokok cekur manis tidak terkecuali. Ia ada menghasilkan bahan yang beracun untuk melindungi daunnya daripada diserang makhluk perosak. Racun ini sedikit sahaja dan menjadi tawar atau pecah apabila dimasak.

Masalahnya, ada yang kisar (blend) daun cekur manis dan minum sebagai smoothie, tanpa memasaknya terlebih dahulu. Bahan toksik yang ada di dalam daun terkumpul menjadi banyak hingga ke paras berbahaya kerana kuantiti daun yang dikisar banyak. Apabila diminum, toksik tersebut mampu menyebabkan salur pernafasan menjadi sempit dan ini amat berbahaya kepada orang yang ada asma. Ia menyebabkan kesukaran bernafas dan mungkin membawa maut.

Dalam tahun 1990an terdapat beberapa kes kematian di Taiwan dan Jepun akibat meminum jus kesihatan (smoothie) yang dibuat daripada daun cekur manis mentah yang dikisar. Beberapa orang mengadu sukar bernafas dan meninggal tidak lama selepas meminum smoothie cekur manis.

Cekur manis amat berkhasiat, enak dimakan dan elok untuk pertumbuhan kanak-kanak. Tetapi masak atau celur terlebih dahulu sebelum memakannya. Jangan makan mentah dalam kuantiti yang banyak.

4 ulasan:

  1. tq share info yg sgt berguna nih..
    tp kite selalunye mmg akan msk dulu kan cekur manis nih, jarang sgt lak dgr ada org mkn gitu je mentah2... kalu ulat ngn kambing biasalah mkn mentah2 hehehhe

    BalasPadam
  2. ooo yer ke? nasib baik ada info ni.. mmg benar kebanyakan blend jus daun ni bg pengubat penyakit

    BalasPadam