Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 5 Januari 2015

Bahan biasa dimakan yang ada racun -- Daun dan Biji Durian Belanda (Isinya selamat dimakan)

Bahan biasa dimakan yang ada racun -- Daun dan Biji Durian Belanda (Isinya selamat dimakan)
Perlu diingatkan bahawa tujuan posting berkait dengan makanan beracun bukanlah berniat jahat untuk menakut-nakutkan pengguna. Tujuan saya buat posting topik ini adalah supaya rakan-rakan berhati-hati ketika memilih dan menyediakan makanan terutamanya wanita yang sedang hamil serta anak-anak.
Isi dan jus durian belanda atau juga dikenali sebagai soursop atau graviola memang best.  Rasanya memang enak, seperti gabungan nenas, strawberi dan limau nipis dan jusnya pula likat seperti santan dicampur pisang.  Durian belanda juga kaya dengan khasiat, misalnya vitamin C, vitamin B1 dan vitamin B2 serta mempunyai nilai perubatan.

Jus durian belanda dikatakan mampu untuk mengurangkan demam, ceret beret dan disenteri.  Sejak dulu lagi orang telah gunakan isi durian belanda sebagai ubat.  Selain sebagai ubat demam dan ceret beret, durian belanda juga digunakan sebagai ubat cacing.  Jika isi durian belanda dimakan atau dibuat jus diminum sebagai ubat, memang ada manfaatnya.  Misalnya ia mampu mengembangkan salur darah dan ini mampu menurunkan tekanan darah tinggi.  Bagaimanapun, jika anda sedang memakan ubat darah tinggi, elakkan memakan durian belanda kerana ini mungkin boleh menyebabkan tekanan darah anda turun terlalu rendah dan ini amat berbahaya.  Anda perlu minta nasihat doktor dahulu jika ingin mengamal memakannya.  Durian belanda juga mampu mengembangkan salur pernafasan dan ini elok untuk pesakit asma.  Ada juga kajian yang dibuat menunjukkan durian belanda mampu menambahkan penghasilan susu, dan ini elok untuk ibu yang menyusukan anaknya.

Semua yang dinyatakan di atas elok belaka, bagaimanapun ada kajian yang dibuat menunjukkan durian belanda mampu menyebabkan penghasilan aktiviti toksik dalam badan yang memudaratkan janin.  Jadi jika anda seorang wanita yang hamil, elakkan memakan isi durian belanda atau meminum jusnya secara berlebihan.

Kadang-kadang bila kita makan buah yang rasanya enak, kita akan cuba ambil bahagian lain atas alasan kesihatan, dan sebagai ubat untuk penyakit yang kita belum hidapi.

 Sebagai langkah mencegah, kata orang yang mempromosikan produk durian belanda.  Masalah ni, sebab kalau kita belum pening kepala, adakah kita akan telan Panadol?

AWAS, hanya isi durian belanda selamat dimakan.  Daun, biji kulit batang dan akar mengandungi racun.  OK, izinkan saya ulaskan apa yang saya maksudkan.

Secara tradisi, syampu biji durian belanda dijadikan ubat kutu.  Serbuknya pula digunakan untuk membunuh pepijat, serangga kecil yang bila dipicit berbau busuk.
Serbuk daunnya pula digunakan dalam syampu kucing/anjing untuk menghapuskan kutu.

Bimbang juga kerana saya pernah terbaca ada orang yang amalkan meminum teh daun durian belanda atas alasan untuk menghindar penyakit kanser.  Soalan yang mudah, adakah anda sanggup bancuh bahan untuk bunuh kutu dan minum atas niat untuk menyembuhkan penyakit yang anda belum hidapi?  Jika anda seorang pesakit kanser, tidak menjadi kesalahan meminum teh durian belanda sebagai ubat.  Setakat ini belum ada bukti yang jelas yang menunjukkan teh daun durian belanda mampu mengubat pesakit kanser. Semua kajian yang dibuat masih di peringkat awal.    

Daripada kajian yang dibuat, durian belanda mengandungi beberapa jenis bahan alkaloid neurotoksik, antaranya dinamakan annonacin.  Bahan ini mampu merosakkan saraf dan jika diamalkan meminum teh daun durian belanda, boleh mengidap penyakit Parkinson, iaitu penyakit saraf akibat daripada kerosakan sel sel saraf.  Dari bacaan saya, dalam tahun 80an ramai orang Filipina dan di kawasan Amerika Latin yang mengamalkan meminum teh daun durian belanda (untuk elakkan penyakit kanser) dan ramai daripada mereka menderita akibat terkena penyakit Parkinson (atypical Parkinson Disease).

Ada juga beberapa kes di Indonesia, ibu bapa memberikan anak mereka meminum teh durian belanda, atas niat sebagai minuman kesihatan dan anak mereka mati akibat keracunan.  Ini kerana badan anak yang kecil tidak mampu menampung jumlah toksik yang masuk ke dalam badan mereka.  Daun serta biji durian belanda juga mengandungi toksik muricine, yang mampu menyebabkan kerosakan pada mata.


8 ulasan:

  1. Di rumah ada pokok ni. Sy juga ada dgr minum jus/buah durian belanda baik utk anti kanser.Sy suka info ini...i follow :-)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum....

    Saya mohon pencerahan berkaitan teh daun durian belanda? Sebaliknya Dr Hamid Arshad ( pakar sakit puan) minta amalkan minum teh daun durian belanda....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Saya telah sampaikan dengan jelas.
      Untuk minum atau tidak, itu pilihan sendiri.

      Padam
    2. Boleh rujuk facebook.com/puriasli

      Padam
  3. Assalammualaikum.

    saya ada pertanyaan, kakak saya sedang mengandung 7 bulan, dan baru disyaki menghidap kanser payudara. boleh tak jika dia mengamalkan minum dan makan durian belanda?jika boleh banyak mana sukatan dalam sehari. Terima Kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam Jannah,
      Maaf sebab lambat respons.
      Saya tak perasan ulasan ini.
      Sila consult doktor.

      Padam
    2. Ulasan tuan blog menunjukkan beliau seorang yg bertanggungjawab. Artikel ditulis dengan jelas tanpa prejudice. Jika perlukan jawapan spesifik tanyalah kepada yang pakar.

      Padam