Soalan pengunjung --
Salam En Iskandar, saya ada tanam kacang buncis dan kacang panjang. Alhamdulillah menjadi. Saya nak simpan kacang ni hingga 8 bulan, untuk makan anak-anak dan untuk jimat duit dapur. Kacang buncis sekarang mahal sangat tak termampu nak bagi anak-anak makanan sihat. Soalan saya,
1) Macamana nak simpan kacang supaya tahan lama supaya tahan lama dan tiada perubahan rasa?
2) Macamana nak simpan luar peti sejuk tapi nak ia tahan lama?
----------------------------------
Walaaikum salam,
Wah kalau nak dijawab kedua-dua soalan ni, panjang ceritanya macam cerita Seribu Satu Malam. Hari ini saya jawab soalan no 1 dulu. InsyaAllah bila sempat kita cerita tentang canning, jeruk dalam balang.
Penjelasan untuk soalan no satu.
Kacang panjang dan kacang buncis paling manis dan enak dimakan selepas dituai. Selepas dituai, enzim yang ada didalam kulit lenggai kacang akan bertindak menukar gula di dalam kacang kepada kanji untuk tujuan storan. Sebab itu, semakin lama disimpan, semakin tawar rasanya. Jadi, untuk kekalkan rasa manis kacang, kita perlu hentikan tindakbalas enzim di dalam lenggainya. Kaedah ini mampu mengekakan keenakan kacang panjang dan kacang buncis walaupun tersimpan lama.
Siapkan tupperware atau plastik zip muat bahagian beku dalam peti ais. Lakukan ikut batch, iaitu setiap kali, 0.5 kg kacang panjang atau kacang buncis. Tujuan buat ikut batch supaya suhu sekata.
Kalau ikut cara ni setahun pun tahan tanpa hilang rasa segar. OKlah, hilang sikitlah.
1. Basuh kacang dan potong buang bahagian tangkai. Kerat kira-kira 5 cm (2 inci) untuk satu keratan.
2. Panaskan air kira-kira 2 liter sehingga mendidih.
3. Sementara intu isikan ais di dalam bekas besar. Tambah air. 1/2 liter ais + 1/2 liter air bebas klorin.
4. Apabila air mendidih, padamkan api.
5. Celupkan kacang kira-kira 2 minit ke dalam air panas.
6. Kemudian keluarkan kacang daripada bekas air panas dan tuang ke dalam air sejuk dan biarkan selama 10 minit.
7. Kulit kacang akan kelihatan pudar (hijau muda). Jangan risau. Enzim pada bahagian luar akan terlerai dan aktiviti terhenti di bahagian luar dan memerangkap kesegaran kacang. Masukkan kacang ke dalam bekas plastik, atau plastik zip, susun satu lapisan sahaja.
8. Selepas 1 jam, keluarkan dan leraikan kacang beku supaya tidak melekat sesama sendiri. Masukkan penuh ke dalam bekas plastik atau plastik zip, letakkan tarikh dan simpan dalam peti sejuk.
Mudahkan?
-----------------------------------------
Sila Share, tapi nyatakan sumbernya (dipetik daripada http://www.tanamsendiri.com)
Set Kacang Memanjat hanya RM30.
SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]
TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Khamis, 29 Januari 2015
Cara Simpan Tuaian Kacang Panjang dan Kacang Buncis
Labels:
kacang buncis,
kacang panjang,
simpan,
soalan
Rabu, 28 Januari 2015
Alatan Untuk Dijual -- Jiffy-7
Jiffy-7 atau peat pot digunakan untuk menyemai benih.
Anda hanya perlu rendam Jiffy-7 dalam air suam kira-kira 30 minit iaitu sehingga kembang sepenuhnya. Kemudian isikan benih di dalam lubang. Apabila benih bercambah dan sedia untuk dialih, anda boleh tanam dengan jiffy sekali, jadi risiko kerosakan pada akar dapat diminimakan. Jiffy-7 digunakan hanya sekali sahaja.
1 pek mengandungi 12 unit dijual dengan harga RM10.
Tambah RM10 untuk kendalian poslaju.
SMS/WhatsApp 0175009365 untuk pesanan.

![]() |
Jiffy-7 sesuai digunakan untuk menyemai benih. |
![]() |
Jiffy-7 kembang bila direndam air. Dalam gambar ini Jiffy-7 digunakan untuk menyemai benih kacang botor. |
Labels:
alatan,
benih untuk dijual,
cambahan,
Jiffy-7,
menyemai
Gambar Hari Ini -- Basella alba
Tanamsendiri di rumah, murah rezeki. Makanan segar tak putus. Alhamdulillah.
Isnin, 26 Januari 2015
Bahan Yang Biasa Dimakan Yang Mengandungi Racun -- Biji Epal
Minggu lepas singgah di kedai makan bersama Puteri (anak kecil) untuk minum.
"Puteri nak minum apa?"
"Apple juice," jawab Puteri.
"Oh, that's good for you."
Bila tiba, satu gelas jus epal dalam gelas besar. Sebelum ditolak gelas untuk anak minum, terdapat banyak dalam benda hitam terapung dalam jus. Alamak! biji epal yang lumat dihidangkan bersama jus epal. Kenapa lah tak dipotong dulu dan buangkan biji sebelum dijuskan? Kensel jus epal bersama biji yang lumat!
Dalam keadaan biasa, buah epal selamat dimakan. Bagaimanapun buah epal mengandungi biji iaitu benih yang pokok epal ingin lindungi. Bagaimanakah pokok epal melindungi bijinya daripada dimakan untuk pastikan ia terus dapat membiak? Jawapannya, dengan menghasilkan racun!
Biji epal mengandungi bahan yang apabila terurai menghasilkan hydrogen cyanide, iaitu racun yang amat berbahaya. Jumlah racun yang dihasilkan kecil, iaitu kita perlu memakan biji epal daripada 18 buah epal, barulah racun tersebut mampu membunuh. Bagaimanapun saiz kanak-kanak adalah kecil, jadi jumlah yang perlu untuk memudaratkan mereka adalah lebih kecil berbanding dengan orang dewasa.
Walaupun kebiasaannya biji daripada 4 buah epal tidak akan membunuh seorang kanak-kanak, ia perlu dielakkan kerana ia mampu memudaratkan. Kita kan nak minum jus untuk kesihatan, bukannya untuk meminum racun.
Buah epal selamat dimakan, tetapi bijinya beracun. Jadi jika pesan jus epal di kedai makan, pastikan biji epal dikeluarkan terlebih dahulu sebelum buah dilumatkan.
---------------------------
Sila Share

Ahad, 25 Januari 2015
Soalan Pengunjung -- Benih Tomato Dari Buah DiBeli Di Pasar
Soalan pengunjung --
En. Iskandar, boleh tak kalau saya nak semai benih tomato dari buah yang saya beli di pasar?
Berbuah tak? Sebab hari tu saya cuba tanam, daunnya lebat pokok subur tapi tak berbuah.
--------------------------------
Ok, satu satu. Boleh tak kita tanam benih dari buah yang dibeli di pasar? Rasanya dah terjawab dalam soalan yang kedua. Boleh, kenapa pula tak boleh? Kalau nak pokok yang cepat pertumbuhannya, pilih buah yang ranum sebab benih dalam buah yang ranum lebih matang berbanding buah yang kurang ranum.
Tomato pokok hermafrodit. Kebiasaannya ia akan berbuah. Pokok daun lebat tapi tak berbuah, bukan salah benih tapi salah baja. Maksud saya, pokok terima nutrien yang cukup untuk pertumbuhan daun, bukan pertumbuhan bunga. Tukar baja, tabur baja bunga pula, insyaAllah pokok akan berbunga dan berbuah. Kalau kita tanam benih daripada buah yang dibeli di pasar, ia akan tumbuh dan berbuah. Tiada masalah, cuma buah yang terhasil kemungkinan rupanya tak sama dengan buah induknya, kerana buah yang kita beli di pasar mungkin baka hibrida, iaitu benih kacukan.
Bagi saya, tiada masalah benih paket atau benih dari buah yang dibeli di pasar. Cuma disebabkan kita tak tentu rupa hasilnya, kadang kadang tidak digalakkan. Tapi kalau kita tanamsendiri di rumah untuk main-main, apalah salahnya.
Cuma kalau kita berkebun, tak kan kita nak gamble hasilnya. Sebab itu kita beli benih pek sebab kita dah tahu buah yang akan dihasilkan rupa yang macamana.
Saya sendiri, di zaman kanak-kanak dulu, manalah nak dapat benih tomato dalam peket. Bila nak tanam tomato, saya pergi ke pasar beli buah tomato yang saya idamkan. Walaupun buah yang terhasil tak sama dengan buah induk, kira berbaloi juga, sebab itu yang terbaik yang saya boleh dapat ketika itu. Kata orang tua tua "Tiada rotan akar pun berguna."
Bagaimanapun, jika nak tanam tomato yang kita dah pasti hasilnya dan baka yang sukar dicari di negara kita, kami ada jual. Harga murah aja.
TOMATO (10 benih/pek)
1. Tomato Belon (RM5/pek)
2. Tomato Besar 303 (RM2/pek)
3. Tomato Besar OP (RM2/pek)
4. Tomato Ceri 318 (RM2/pek)
5. Tomato Ceri OP (RM2/pek)
6. Tomato Ceri Ruby Red (RM5/pek)
7. Tomato Ceri Season Red (RM5/pek)
8. Tomato Determinate (RM5/pek)
9. Tomato King Cup (RM5/pek)
10. Tomato King Kong (RM5/pek)
11. Tomato Plum(RM5/pek)
12. Tomato Red Heart (RM10/pek)
13. Tomato Red Rock (RM5/pek)
14. Set Tomato Ceri (RM30/set)
Jika tanam tomato, daun subur tapi tak berbuah, dapatkatkan Booster, hanya RM10 satu unit.
Tambah RM10 untuk kendalian poslaju.
WhatsApp 0175009364 atau email [email protected]
---------------------------------

Jumaat, 23 Januari 2015
Resepi -- Kuah Salad French Dressing
Salad dah menjadi ni, hari ni kita cerita tentang kuah salad, opps salad dressing. Ya lah, salad tak best sangat kalau tiada salad dressing. Terbaik, salad tanamsendiri sebab dimakan ketika masih segar. Kalau terpaksa beli, pilih yang masih rangup, dan sejuk. Dan jangan rendam dalam cuka, sebab ia akan menyebabkan salad menjadi lejuh. Tak sedap makan.
Sekarang ada berbagai jenis salad dressing. Zaman saya belajar makan salad dulu, yang ada tak banyak. Nak belajar memasak seolah-olah kena masuk cult. He he. Masa tu resepi pun ikut macam arahan dalam kitab, ikut dan jangan ragu.
Masa tu belajar pun tanya orang tua-tua atau melalui Public TV. Sekarang dah ada Food Channel, chef tak boleh sombong. Siapa-siapa pun boleh memasak. Kalau tak ada Food Channel, Internet ada. Ok, berbalik pada resepi salad dressing.
Dressing yang saya maksudkan, French Dressing. Tak, saya tak belajar di Perancis, tapi makcik yang ajar saya tu lidah Perancis, sebab dia berasal dari Montreal. Ini resepi yang saya pickup tahun 80an dulu. Ya, millennia yang lalu.
French dressing bahannya ada 4 aja, boleh tambah bahan lain mengikut lidah. Nak tambah belacan pun boleh. Bahan-bahan (untuk satu hidangan):
1) 6 sudu besar minyak, pilih yang terbaik. Boleh guna minyak zaitun, minyak avocado, minyak kacang tanah.... Kalau tak ada, minyak sawit pun boleh. Letak dalam botol cantik cantik... Biar glamour, dan jangan cakap kat orang.
2) 2 sudu besar cuka, elok cuka asli, terbaik balsamic vinegar, cuka kurma pun enak. Kalau tak ada, air asam jawa atau lemon pun ok. Kalau terdesak, cuka petrol pun ok, tapi macam saya katalah, letak dalam botol cantik cantik dan syhhhhh.... jangan cakap kat orang. Oh ya, cuka malta kurang sesuai, salad jadi pahit.
3) Satu sudu the mustard, sebuk biji sawi. Enak kalau guna Dijon mustard.
4) ½ sudu the garam laut, jangan guna garam gunung.
Masukkan kesemua ramuan ke dalam balang dan tutup balang. Goncang hingga semua bercampur. Kalau nak ada rasa bawang putih, goreng bawang putih hingga wangi, dan ambil minyak buat dressing. Jika nak pedas ambil minyak yang digoreng cili padi hingga rangup.
Cara hidang, tuang salad dressing ke atas salad dan hidangkan segera. Mudah kan?
Labels:
french dressing,
kuah salad,
resepi,
salad dressing
Khamis, 22 Januari 2015
Benih Kongsi Hari Ini
Benih percuma minggu ini ialah benih sawi pahit berbentuk bola. Ia enak dibuat sup. Setiap pek ada dalam 30 benih. Selain daripada sebagai tanaman makanan, ia juga cantik sebagai hiasan.
Ada 10 pek sahaja. Kiriman melalui posbiasa.
Jika berminat, berikan nama melalui Ulasan. Kemudian, berikan nama dan alamat melalui emel [email protected] atau whatsapp 0175009364. Saya akan cross refer message dengan comment. 10 comment pertama akan terima benih tersebut.
Benih kongsi diberi percuma sepenuhnya. No strings attached.

Selasa, 20 Januari 2015
Labu Kundur dah ada bunga jantan dan bunga betina
Pokok labu kundur lebihan jualan yang saya alih ke dalam kotak styrofoam dah mla berbunga sejak seminggu yang lalu. Minggu ini kelihatan bunga betina, alhamdulillah. Diharapkan nanti adalah buah yang akan lekat.
Kelihatan daun cela dimakan kekabuh timun, iaitu kekabuh kecil saiz ladybird yang berwarna oren. Serangan kekabuh ni memang dasyat. Ramai daripada rakan yang mengadu pokok yang mereka tanam mati akibat serangan.
Saya tidak meracun, memadai tangkap dan musnahkan bila terserempak. Cuma saya pastikan pokok teguh supaya mampu bertahan.
Pokok Jagung Manis Dah Mantap
Jagung manis belum kelihatan lagi bunganya tapi pokok dah nampak dah benar-benar sedia. Tengok sendiri batangnya yang kasar. Kalau macam ni, lepas tuai boleh kerat-kerat batang atau jeraminya buat kayu pembilang untuk anak kecil belajar. Saya rancang daunnya yang kering nanti dibuat bongkah cendawan.
Bengkel atas talian untuk cendawan dari dapur terpaksa diberhentikan kerana walaupun follower ramai, tak ada seorang pun yang buat spawn sebagaimana dibincangkan. Niat saya dulu lepas saya buat, follower akan ikut dan kami guide activiti sehingga cendawan dapat dituai. Kalau saya seorang aja yang buat, dah hilang keseronokan buat bengkel atas-talian.
Bagaimana pun bahan yang dibincangkan ada dikompil. Kami akan edarkan bahan tersebut dalam bentuk ebook bila dah siap nanti. Buat masa ini masih lagi menyiapkan ebook "Buat Kompos Sendiri."
Gambar Hari Ini -- Bunga Turi
Tidak dinafikan daun turi enak dimakan. Ada pelbagai cara memasaknya. Selain daripada daunnya, kami juga gemar memakan kelopak bunganya. Cicah kicap makan dengan nasi. Memang best!
Kehadiran Koya Koya
Jika pokok tidak menerima air yang cukup ia akan berada dalam keadaan stress atau tertekan. Ketika stress, pokok akan menjadi lemah dan menghasilkan bau yang menarik perhatian pemangsanya. Minggu lepas, kawasan rumah kami panas tahap luarbiasa selama beberapa hari. Akbibatnya pokok menjadi lemah kerana suhu yang melampau serta kekurangan air kerana tanah kekeringan.
Minggu ini, koya koya mula kelihatan. Serangga ini diternak oleh semut hitam. Sebab itu kelihatan beberapa ekor semut hitam berdekatan koya koya. Jika berlaku keadaan seperti ini, jangan cemas. Lembapkan span dengan minyak masak dan sapu pada batang dan di bawah daun untuk tanggalkan koya-koya. Amalkan beberapa hari sehingga tiada lagi kya koya kelihatan.
Kebiasaannya selepas seminggu, burung atau pemangsa koya koya akan sedar kehadirannya dan mula berkunjung mengutip koya koya. Anda hanya perlu pastikan pokok tidak lagi berada di dalam keadaan stress supaya tidak lagi diserang koya koya. Oleh kerana semut adalah penternak koya koya, pastikan jumlah tidak banyak dalam laman kebun di depan rumah.
Soalan Pengunjung -- Ganti Perlite
Soalan Pengunjung --
Salam En. Iskandar,
Saya ada beli Ebook "Menyediakan Tanah Semaian." Terima kasih sebab beri banyak resepi untuk buat tanah semaian. Bagaimanapun saya berminat resepi yang guna perlite tu. Malangnya bila nak beli perlite, harganya macam bedil. Saya menanam nak jimatkan belanja dapur. :(
---------------------------------
Macam ni. Perlite, batu gunung berapi yang ada liang buih di dalamnya. ia tak ada nutrien. Liang tersebut halus dan tidak dapat ditusuk benih semaian. Sebab itu ia digunakan.
Saudara boleh ganti dengan blok floris yang dijual untuk gubahan bunga. Blok tersebut dijual dengan harga antara RM4.50 hingga RM5. Saudara ricik dengan pisau supaya dapat bentuk yang seperti dalam gambar. Saya dah cuba, ia berfungsi dengan elok.
Kucing Buat Ona?
Kucing buat hal lagi dalam laman kebun depan rumah?
Kucing tak seperti anjing. Ia tak patuh pada tuannya. Ia jenis haiwan yang anggap tuannya sebagai rakan, bukan sebagai tuan. Ia juga haiwan yang suka menipu. Orang dulu-dulu dah faham benar perangai haiwan ni, sebab tu ada perumpamaan seperti "alim alim kucing." Sebenarnya kucing boleh dilatih, cuma cara melatih berbeza daripada melatih anjing kerana tabiatnya yang berbeza. Untuk hindar kucing daripada melakukan perkara yang tak baik dalam laman kebun di depan rumah, anda perlu tahu punca sebabnya kucing lakukan yang sedemikian.
Dapat ebook "Kucing Sahabat Taman." Ia mungkin dapat membantu.

Pokok Ketapang Dan Stesyen Teksi
Soalan Pengunjung --
Salam En. Iskandar, ada jual tak daun ketapang? Kat mana saya boleh dapat daun ni?
----------------------------------
Aduh nak buat apa daun ni? Tiada. Saya tak tanam pokok ni.
Pokok ketapang biasanya banyak tumbuh liar di pesisiran pantai. Kalau belah pantai barat, biasanya ada dekat stesyen teksi. Saya tak tahu apa rahsianya tapi orang teksi suka buat tempat menunggu di bawah pokok ketapang.
Kalau di Semenyih ni, nak cari pokok ketapang, cari tempat teksi menunggu.
Oh ya, kalau nak daun ketapang untuk buat rooting stimulant, saya ada jual pekatan rooting stimulant yang berfungsi 5 kali lebih elok daripada rooting gel. 1 botol 50mL yang digunakan untuk hasilkan 10L larutan rooting stimulant kami jual dengan harga RM10.
Beli satu botol rooting stimulant ni, buat 10L, simpan dalam botol. Sebelum alih anak pokok, spray pada tanah yang nak di alih. Nak buat keratan semaian atau tut, spray pada batang pokok.
Kadang-kadang sayur lambat besar sebab akar dah tua dan tidak lagi efisien untuk serap nutrien. Spray rooting stimulant, akar baru tumbuh selepas beberapa hari. Sayur dapat serap baja dengan lebih efisien, dan pertumbuhan galak semula.
Secara tak langsung bahan ini menjimatkan sebab kadar kehilangan baja kerana pokok tidak serap dengan efisien dapat di minimakan.
Jangan lupa ya, produk baru kami, rooting stimulan. RM10 untuk pekatan 50mL. Tak perlu susah-susah cari pokok ketapang. WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]

ketapang,
penggalak akar,
rooting stimulant,
soalan
Isnin, 19 Januari 2015
Bahan Yang Biasa Dimakan Tetapi Mengandungi Racun -- Cekur Manis (Jus Mentah)
Cekur manis, ada orang memanggilnya asparagus melayu (malay asparagus) tidak dinafikan sayur yang enak dimakan serta berkhasiat. Dari segi rasanya, cekur manis tiada tolok bandingnya. Ia antara sayur yang paling enak dan cara memasaknya agak ringkas. Sayur ini juga kaya dengan amino asid perlu, vitamin, serta mineral. Kami sendiri menjadikan sayur ini sebahagian daripada ramuan makanan bayi pertama untuk anak-anak kami. Ia memang elok bukan sahaja untuk bayi malah untuk ibu mengandung kerana khasiatnya membantu pembentukan janin yang sihat dan sempurna.
Masalahnya bila suatu bahan itu berkhasiat dan enak, akan ada golongan yang taksub yang akan memakannya lebih lebih. Akan ada golongan yang akan buat pernyataan "ia baik untuk kanser" dan golongan yang jaga badan akan memakan atau meminumnya dalam kuantiti yang banyak untuk melawan kanser walaupun individu tersebut tidak mengidap penyakit kanser.
Setiap tumbuhan ada makhluk perosaknya. Ada tumbuhan akan menghasilkan toksin atau racun untuk melawan makhluk perosak tersebut. Pokok cekur manis tidak terkecuali. Ia ada menghasilkan bahan yang beracun untuk melindungi daunnya daripada diserang makhluk perosak. Racun ini sedikit sahaja dan menjadi tawar atau pecah apabila dimasak.
Masalahnya, ada yang kisar (blend) daun cekur manis dan minum sebagai smoothie, tanpa memasaknya terlebih dahulu. Bahan toksik yang ada di dalam daun terkumpul menjadi banyak hingga ke paras berbahaya kerana kuantiti daun yang dikisar banyak. Apabila diminum, toksik tersebut mampu menyebabkan salur pernafasan menjadi sempit dan ini amat berbahaya kepada orang yang ada asma. Ia menyebabkan kesukaran bernafas dan mungkin membawa maut.
Dalam tahun 1990an terdapat beberapa kes kematian di Taiwan dan Jepun akibat meminum jus kesihatan (smoothie) yang dibuat daripada daun cekur manis mentah yang dikisar. Beberapa orang mengadu sukar bernafas dan meninggal tidak lama selepas meminum smoothie cekur manis.
Cekur manis amat berkhasiat, enak dimakan dan elok untuk pertumbuhan kanak-kanak. Tetapi masak atau celur terlebih dahulu sebelum memakannya. Jangan makan mentah dalam kuantiti yang banyak.
Jumaat, 16 Januari 2015
Gambar hari Ini -- Tomato Determinate
Tomato determinate, masih ada lagi sikit sikit. Yang ini dituai hari ini rasa lebih manis sedikit berbanding tuaian tomato sebelum ini. Mungkin kerana pokok terima kurang air berbanding dengan tomato sebelum ini kerana hari dah semakin panas dan hujan dah semakin berkurangan.
Khamis, 15 Januari 2015
Berangan Sekejap
Malam ni ke pasaraya imej "murah" nak beli serbuk kopi, kerana malam ni sambung menulis. Jenguk bahagian "produce" capai salad iceberge, saiz dua tapak tangan, padat. RM7.50.
Ish biar betul.
1 pek salad general (iceberge) yang mengandungi 50 benih, RM2. Kalau belanja 5 pek, iaitu RM10, dapat 250 benih. Katalah 20% aja dituai matang. sebab yang lain tuai muda. Itu 50 salad,ikut harga pasaran, RM350....
Dah macam skim cepat kaya ni....
**Poof** tersentap, senyum sendirian. Dah rasa macam Mat Jenin. Esok semai salad. Bulan depan puas makan.

Gambar Hari Ini -- Tomato Determinate
Tomato determinate tumbuh merimbun dan berbuah lebat, kemudian buahnya akan jarang-jarang. Ketika buah dah jarang, elok dibuat persediaan untuk ganti pokok. Pokok ini tinggal 1 biji buah ranum dan 2 putik buah yang masih kecil. Saya dah semai tomato dari jenis baru iaitu tomato red rock, tomato king kong dan tomato king (masih kecil). Pokok ini (yang dan tua) akan diganti dengan pokok yang baru.
Rabu, 14 Januari 2015
Terung Putih Berbentuk U
![]() |
Terung putih cela akibat dimakan siput ketika masih putik. |
Terung putih snow naga jadi bengkok berbentuk U. Ketika buah masih kecil bahagian tengahnya digigit siput. Akibatnya terung menjadi bengkok. Siput nampak lembik dan tidak bermaya. Walaupun begitu ia mampu memamah tanaman yang berserat dan liat. Ia mempunya jumlah otot yang banyak dan kenyal, dan setiap ekor siput ada 1,000 gigi yang tajam. Jangan pandang remeh pada siput. Percayalah, ia berupaya.
Tumbuhan Yang Melata Tapi Tak Ramai Yang Nak Makan -- Gelam Pasir
![]() |
Pokok gelam pasir. |
Gelam pasir, rupa daunnya seakan-akan ros jepun kerana ia dari keluarga yang sama, iaitu Portulaca. Pokok ini tumbuh melata, di celah-celah batu, di tanah berpasir dan sebagai rumpai di dalam pasu bunga. Gelam pasir atau nama Inggerisnya purslane atau nama latinnya Portulaca oleracea mempunyai daun yang kecil berbentuk bujur sebesar syiling 5 sen tebal berair serta lembut.
Saya kutip pokok yang tumbuh liar dan tanam di dalam pasu. Selepas beberapa minggu anak pokok baru tumbuh dengan lebih subur berbanding induk asalnya.
Apakah khasiat gelam pasir?
Daun serta batangnya yang lembut serta berair boleh dimakan. Boleh makan sebagai salad atau masak seperti masak bayam. Daunnya kaya dengan asid lemak omega-3, lebih daripada minyak ikan! Ia baik untuk jantung. Gelam pasir berasal daripada India dan merebak ke seluruh dunia sebagai rumpai yang liar. Ia tahan kering dan cuaca yang melampau, mungkin sebab itu ia mudah tersebar. Kini gelam pasir ditanam di kebun dan ada dijual di pasar. Daunnya yang ada rasa masa sememangnya enak dimakan mentah sebagai ulam dan salad. Bunganya yang berwarna kuning juga boleh dimakan. Ada juga orangyang mengutip benihnya yang hitam halus untuk dibuat teh herba. Gelam pasir tidak mengandungi kalori yang tinggi, jadi ia elok untuk mereka yang menghitung kalori. Kandungan kalorinya hanya 16 kcal/100g, kaya dengan serat, vitamin, dan mineral.
Daunnya yang segar kaya dengan asid lemak omega-3 (asid α-linolenic) iaitu 350 mg bagi setiap 100g. Banyak tu, lebih banyak daripada sayur sayur yang lain. Dari kajian yang dibuat, memakan gelam pasir dapat kurangkan risiko serangan sakit jantung, angin ahmar, membantu pertumbuhan janin yang sihat yang mampu mengahalan sindrom ADHD, autisma, dan lain-lain penyakit kesan daripada pertumbuhan biasa pada kanak-kanak.
Gelam pasir kaya dengan sumber Vitamin A, iaitu antioksidan yang bertenaga yang amat penting untuk daya pengelihatan. Ia juga penting untuk kesihatan sel badan yang memastikan kesihatan kulit, paru-paru dan bahagian dalam mulut dan tekak.
Gelam pasir juga kaya dengan vitamin C, vitamin B-complex misalnya riboflavin, niacin, pyridoxine dan carotenoid, minerals, termasuk ferum, magnesium, kalsium, kalium, dan mangan.
Gelam pasir juga kaya dengan pigmen alkaloid yang dinamakan betalain, iaitu antioksidan yang menghalang mutasi pada sel badan dan dikatakan elok untuk menghindari badan daripada terkena penyakit kanser.
Terbaik, makan gelam pasir yang segar. Mana nak dapat yang segar? Tanamsendiri.
Labels:
gelam pasir,
khasiat,
Portulaca oleicera,
purslane
Isnin, 12 Januari 2015
Kulit Pisang Sebagai Baja
Pisang adalah makanan berkhasiat yang kaya dengan vitamin dan mineral. Jika amalkan memakan pisang, kita pasti akan mempunyai banyak kulit pisang yang terkumpul. Jangan dibuang kulit tu, rugi. Buat baja. Kulit pisang kaya dengan kalium dan fosforus yang diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan serta pembentukan bunga dan buah.
Caranya begini.
1. Letakkan kulit pisang di dalam dulang logam, susun dalam kedudukan terhampar untuk luaskan permukaan kulitnya.
2. Letakkan di dalam ketuhar (oven) dan panaskan hingga kulit bertukar menjadi hitam.
3. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan sejuk. Kulit pisang akan menjadi keras dan mudah dipatahkan.
4. Masukkan di dalam pengisar (blender) dan kisar hingga menjadi tepung berwarna hitam.
5. Simpan di dalam bekas plastik (tupperware) di tempat kering.
Tabur di bahagian pangkal pokok kira-kira satu sudu besar untuk satu pokok sayur buah (cili, tomato, terung) 2 kali seminggu.
Boleh juga di campur dengan air siraman dan disiram pada pokok sayur buah.

Bahan yang biasa dimakan yang mengandungi racun – Ubi kayu (yang mentah)
Musim hujan begini kalau pekena ubi kayu rebus cicah kelapa bersama ikan kering atau ikan masin memang best. Kira macam dejavu lah bila ada rentak rintik-rintik hujan begini, sebab zaman kanak-kanak dulu musim tengkujuh orang kampung tak kelaut. Kami dibesarkan di kampung nelayan. Jadi bekalan ikan adalah dari stok ikan yang direndam garam di dalam tempayan atau ikan kering. Ubi kayu pula hasil tuaian orang ulu, terpaksa tuai kerana air mula naik dan bertakung. Kalau tak dituai, pasti ubi akan rosak terjeruk dalam air banjir.
Ia menjadi makanan biasa bila tiba musim tengkujuh.
Kalau tanya orang yang lebih lama lagi, mereka akan merintih kerana di zaman perang jepun, ubi kayu menjadi makanan ruji akibat bekalan beras yang terputus. Oleh kerana ketika itu aktiviti memasak dilakukan dengan cepat atau untuk jimat kayu api (orang dulu guna dapur kayu untuk memasak), kadang-kadang ubikayu yang dimasak belum empuk betul. Akibatnya berlaku kematian akibat keracunan.
Jika memasak dengan cara yang betul ubi kayu selamat dimakan. Ia kaya dengan karbohidrat (kanji), kalsium, fosforus, serta vitamin C. Daunnya pula kaya dengan protein (lysine).
Bagaimana pun, ubi kayu mengandungi bahan yang berpotensi menjadi racun, iaitu cyanogenic glucosides (sebatian linamarin dan lotaustralin). Bahan ini apabila terurai membebaskan hydrogen cyanide (HCN) iaitu bahan yang sangat beracun. Jadi ubi kayu itu sendiri tidak beracun tetapi apabila berlaku proses menguraian melalui enzim yang ada di dalam ubi kayu itu sendiri atau daripada aktiviti mikrob di dalam sistem pencernaan kita, membebaskan racun yang amat berbahaya.
Di kampung saya dulu, ada orang tua yang tunjukkan jenis ubi kayu yang beracun. Sebenarnya semua ada mengandungi bahan potensi beracun cuma kandungannya berbeza. Satu kilogram ubi kayu jenis manis mengandungi kira-kira 50mg bahan potensi beracun manakala ubi kayu jenis pahit mengandungi 400mg.
Jika sedikit bahan ini masuk ke dalam badan kita, ia mampu menyebabkan kerosakan pada otak, kelenjar pituitari, pankreas, dan ginjal (buah pinggang). Jika banyak, bahan ini mampu membunuh. Tanda tanda keracunan ubi kayu termasuk pernafasan yang laju, tekanan darah jatuh, denyut nadi yang layu, pening, sakit perut, ceret beret, keliru, serta muntah.
Orang lama yang biasa makan ubi kayu tahu akan risiko keracunan dan mereka tahu cara untuk memasaknya. Masalah timbul apabila orang tidak tahu menyediakannya. Pada pendapat saya, ubi kayu rebus selamat dimakan. Anda cuma perlu pastikan ia empuk. Masalahnya jika membakar (memanggang) ubikayu. Kadang-kadang ubi tersebut masak dengan tidak sekata. Ini amat berbahaya.
Oh ya, saya pilih untuk ketengahkan ubi kayu minggu ini sebagai makanan beracun kerana saya ada terbaca satu laman yang mencadangkan supaya dilumatkan pucuk ubi kayu mentah untuk dijadikan ubat ceret beret. Mana dapat idea ni, bahaya kalau dituruti. Ia boleh menyebabkan maut.
Bukti keracunan? Oh memang dah banyak. Pernah syarikat yang menjual kerepek ubi dari Australia terpaksa menarik balik satu batch kerepek yang dijual di Hong Kong kerana mengandungi kandungan hydrogen cyanide yang tinggi. Di Bohol, Filipina, tahun 2005, 27 kanak-kanak yang tinggal di sebuah asrama maut kerana pihak yang menyediakan makanan tidak kupas kulit ubikayu dengan semupurna. Aktiviti bakteria di dalam kulit menyebabkan kandungan racun yang tinggi dihasilkan.
Jadi jika nak makan ubi kayu rebus, pastikan dikupas kulitnya dan direbus hingga empuk. Jika nak makan pucuk ubi kayu, rebus atau celur dulu. Jangan sekali-kali dibuat ulam daun yang mentah.
---------------------------
Sila share

Ahad, 11 Januari 2015
Pendebungaan labu manis secara manual
Jika tanam pokok labu manis, labu air, labu kundur, timun, melon, peria dan lain-lain, bunga jantan dan bunga betina adalah berasingan. Peringkat awal, sebelum serangga pendebunga muncul anda perlu bantu pendebungaan. Video ini boleh dijadikan panduan.
https://www.youtube.com/watch?v=pjz1DfPw1fg
https://www.youtube.com/watch?v=pjz1DfPw1fg
Labels:
labu manis,
pendebungaan,
pendebungaan manual
Jumaat, 9 Januari 2015
Berikan Anak Anak Yang Terbaik
Berikan anak anak yang terbaik.
Berikan mereka ilmu untuk hasilkan makanan sendiri.
Di masa hadapan, ia suatu kelebihan.
Kelas bermula sebaik sahaja sicilik mampu membuat langkah pertama.
Jangan ketinggalan.
Lokasi, di depan rumah mu, bertanah atau mencecah awan.
Yuran percuma.
Pensyarah, alam semesta.
Fasilitator, kamu -- ibu dan bapa.

Khamis, 8 Januari 2015
Tuaian Hari Ini -- Kangkung
Kangkung yang dipetik segar enak dibuat ulam. Kami hanya petik, basuh, dan hidangkan sebagai ulam bersama sambal cili. Kalau tuai kangkung segar tanpa menggunakan racun, bagaimana pula anda hidangkannya?
Labels:
kangkung,
raja sayur,
water convulvus,
water spinach
Rabu, 7 Januari 2015
Tumbuhan Yang Melata Tapi Tak Ramai Yang Nak Makan -- Remayung
Jika tuan-tuan/puan-puan tanya saya, kalau berpeluang tanam satu lagi pokok aja tepi rumah, tak kiralah atas tanah ker, dalam pasu ker, pokok apakah yang saya akan tanam?
Satu lagi pokok yang saya akan tanam ialah remayung. Mungkin rakan-rakan pernah dengar nama lain, Basella, Bayam Memanjat, Bayam Malabar, Bayam India, Sayur Maharaja, Choy Saan. Di kampung saya dulu ramai rang tanam pokok ni sebagai pokok hiasan. Orang kampung tak makan, sebab mereka tak tahu. Kata bomoh, pokok ubat. Orang kampung tanam sebab rupanya cantik. Daun seperti sireh tetapi tebal, dengan urat daun yang ketara, daun patah bila dilipat dan di dalamnya ada lendir. Buah merah saiz kecil dengan cecair merah seperti dakwat. Pokok ada dua warna, jenis hijau dan jenis merah. Jika tidak dikerat tunas utama, pokok ini akan mula memajat dengan melilit.
Sebenarnya remayung boleh dimakan sebagai sayur. Di India, Sri Lanka dan Cina, orang da makan sejar beribu tahun dahulu. Di zaman dahulu, ada maharaja cina yang terlalu gemarkan memakan sayur remayung hingga diharamkan rakyat memakannya. Remayung hanya dibenarkan ditanam di taman terlarang. Sebab itu ia juga dikenali sebagai sayur maharaja.
Daun dan batang remayung dimakan. Ada yang tidak gemarkan memakan sayur ini kerana berlendir. Kalau tak mahu berlendir, jangan masak terlalu lama. Memadai toss (masak sekejap) aja. Remayung enak dimasak seperti memasak bayam. kami gemar makan remayung yang digoreng bersama ukan bilis dan bawang serta bawang putih. Sayur ini kaya dengan Vtamin A, Vitamin D, Vitamin Cmineral, folate, beta carotene dan pelbagai antioksidan lagi. Ia tidak mengandungi kolesterol dan rendah kalori. Sesuai untuk mereka yang jaga badan.
Selain dari dimakan sebagai sayur, ada yang memakan remayung sebagai makanan kesihatan, ada yang memakannya sebagai ubat.
Gabungan tiga antioksidan di dalamnya (ß-carotene, lutein, zea-xanthin) membantu mengekalkan keremajaan badan serta melindungi badan daripada serangan penyakit.
Remayung juga menyembuhkan badan daripada penyakit serta kerosakan organ dalaman. Lendir remayung yang pekat bertindak sebagai serat cecair yang membantu melancarkan pergerakan dalam sistem pencernaan serta mengurangkan sembelit. Jumlah Vitamin A yang tinggi menegangkan kulit dan mengekalkan daya pengelihatan, juga melindungi badan daripada serangan barah paru-paru dan mulut serta tekak, serta kolon. Kandungan Vitamin C yang tinggi mampu melindungi kulit daripada jangkitan kuman, menyembuhkan luka serta menghindar badan daripada dijangkiti selesema. Remayung kaya dengan zat besi mampu menghindar serta memulihkan badan daripada penyakit anemia iaitu penyakit kurang darah.
Remayung juga kaya dengan vitamin B-complex iaitu folate, vitamin-B6 (pyridoxine), dan riboflavin. Bahan ini diperlukan untuk menghasilkan DNA dipercayai melindungi janin daripada kecacata berkait dengan saraf. Jadi, remayung elok dimakan oleh wanita yang sedang hamil.
Daun remayung juga kaya dengan mineral iaitu bahan penting dalam sel dan cecair badan yang mampu membantu badan mengawal tekanan darah serta kadar degupan jantung.
Remayung juga elok untuk tulang. Jika diamalkan makan berterusan mampu menghindar dari penyakit reput tulang.
Untuk dapat manfaat yang sepenuhnya, remayung elok dimakan ketika masih segar, jadi rakan-rakan elok tanamsendiri di rumah. Kami ada bekalkan benihnya.

basella,
bayam india,
bayam malabar,
choy saan,
khasiat,
remayung,
sayur maharaja
Selasa, 6 Januari 2015
Tuaian Hari Ini --Tomato Hijau
Tomato hijau, untuk dijeruk dalam cuka asli. Kali ni teringin nak makan jeruk tomato dengan jeruk cili padi.
Isnin, 5 Januari 2015
Bahan biasa dimakan yang ada racun -- Daun dan Biji Durian Belanda (Isinya selamat dimakan)

Perlu diingatkan bahawa tujuan posting berkait dengan makanan beracun bukanlah berniat jahat untuk menakut-nakutkan pengguna. Tujuan saya buat posting topik ini adalah supaya rakan-rakan berhati-hati ketika memilih dan menyediakan makanan terutamanya wanita yang sedang hamil serta anak-anak.
Isi dan jus durian belanda atau juga dikenali sebagai soursop atau graviola memang best. Rasanya memang enak, seperti gabungan nenas, strawberi dan limau nipis dan jusnya pula likat seperti santan dicampur pisang. Durian belanda juga kaya dengan khasiat, misalnya vitamin C, vitamin B1 dan vitamin B2 serta mempunyai nilai perubatan.
Jus durian belanda dikatakan mampu untuk mengurangkan demam, ceret beret dan disenteri. Sejak dulu lagi orang telah gunakan isi durian belanda sebagai ubat. Selain sebagai ubat demam dan ceret beret, durian belanda juga digunakan sebagai ubat cacing. Jika isi durian belanda dimakan atau dibuat jus diminum sebagai ubat, memang ada manfaatnya. Misalnya ia mampu mengembangkan salur darah dan ini mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, jika anda sedang memakan ubat darah tinggi, elakkan memakan durian belanda kerana ini mungkin boleh menyebabkan tekanan darah anda turun terlalu rendah dan ini amat berbahaya. Anda perlu minta nasihat doktor dahulu jika ingin mengamal memakannya. Durian belanda juga mampu mengembangkan salur pernafasan dan ini elok untuk pesakit asma. Ada juga kajian yang dibuat menunjukkan durian belanda mampu menambahkan penghasilan susu, dan ini elok untuk ibu yang menyusukan anaknya.
Semua yang dinyatakan di atas elok belaka, bagaimanapun ada kajian yang dibuat menunjukkan durian belanda mampu menyebabkan penghasilan aktiviti toksik dalam badan yang memudaratkan janin. Jadi jika anda seorang wanita yang hamil, elakkan memakan isi durian belanda atau meminum jusnya secara berlebihan.
Kadang-kadang bila kita makan buah yang rasanya enak, kita akan cuba ambil bahagian lain atas alasan kesihatan, dan sebagai ubat untuk penyakit yang kita belum hidapi.
Sebagai langkah mencegah, kata orang yang mempromosikan produk durian belanda. Masalah ni, sebab kalau kita belum pening kepala, adakah kita akan telan Panadol?
AWAS, hanya isi durian belanda selamat dimakan. Daun, biji kulit batang dan akar mengandungi racun. OK, izinkan saya ulaskan apa yang saya maksudkan.
Secara tradisi, syampu biji durian belanda dijadikan ubat kutu. Serbuknya pula digunakan untuk membunuh pepijat, serangga kecil yang bila dipicit berbau busuk.
Serbuk daunnya pula digunakan dalam syampu kucing/anjing untuk menghapuskan kutu.
Bimbang juga kerana saya pernah terbaca ada orang yang amalkan meminum teh daun durian belanda atas alasan untuk menghindar penyakit kanser. Soalan yang mudah, adakah anda sanggup bancuh bahan untuk bunuh kutu dan minum atas niat untuk menyembuhkan penyakit yang anda belum hidapi? Jika anda seorang pesakit kanser, tidak menjadi kesalahan meminum teh durian belanda sebagai ubat. Setakat ini belum ada bukti yang jelas yang menunjukkan teh daun durian belanda mampu mengubat pesakit kanser. Semua kajian yang dibuat masih di peringkat awal.
Daripada kajian yang dibuat, durian belanda mengandungi beberapa jenis bahan alkaloid neurotoksik, antaranya dinamakan annonacin. Bahan ini mampu merosakkan saraf dan jika diamalkan meminum teh daun durian belanda, boleh mengidap penyakit Parkinson, iaitu penyakit saraf akibat daripada kerosakan sel sel saraf. Dari bacaan saya, dalam tahun 80an ramai orang Filipina dan di kawasan Amerika Latin yang mengamalkan meminum teh daun durian belanda (untuk elakkan penyakit kanser) dan ramai daripada mereka menderita akibat terkena penyakit Parkinson (atypical Parkinson Disease).
Ada juga beberapa kes di Indonesia, ibu bapa memberikan anak mereka meminum teh durian belanda, atas niat sebagai minuman kesihatan dan anak mereka mati akibat keracunan. Ini kerana badan anak yang kecil tidak mampu menampung jumlah toksik yang masuk ke dalam badan mereka. Daun serta biji durian belanda juga mengandungi toksik muricine, yang mampu menyebabkan kerosakan pada mata.

Ahad, 4 Januari 2015
Gambar Hari Ini -- Salad Merah
Alhamdulillah, salad merah fire red dah semakin mantap. Bukan saja ia membekalkan ulam dan salad yang enak, warnanya juga mampu menambah seri laman rumah.
Selain dari salad merah, salad coral merah, bayam merah, bayam merah autumn dan bayam malabar merah juga mampu mencorakkan merah di laman rumah kita.
----------------------------------------------
Set Sayur Merah, dapatkannya. Hanya RM30. SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]
Labels:
gambar hari ini,
salad merah,
set sayur merah
Siput Babi Haiwan Perosak
Alamak siput babi masih ada. Saya dah buang semua perangkap siput babi kerana serangan dah di tahap minima. Pagi ini, tanaman dalam beberapa petak rosak sedikit dimakan siput.
Siput babi, adalah antara cabaran untuk kita yang berkebun di rumah. Haiwan ini walaupun bergerak secara perlahan, mampu pergi jauh kerana ia cekal bergerak secara berterusan. Jika diserang secara berkumpulan, siput babi mampu memusnahkan semua sayur dalam petak sayur dalam masa yang singkat. Walaupun siput babi kelihatan lembut seperti jeli, siput bari mengandungi otot yang kuat, serta mempunyai gigi yang banyak. Setiap ekor siput babi mempunyai 1000 gigi yang kecil tetapi tajam!
Sibut babi aktif di waktu malam dan selepas hujan. Kebiasaannya haiwan ini menyorok di bawah pasu, di celah batu, di dalam peti surat dan mana-mana tempat berlindung. Ia juga menyorok di dalam tanah.
Jika terjumpa siput babi, kutip buang atau musnahkan (pecahkan cangkerang).
Jika tidak mahu gunakan perangkap atau racun, ada tak cara untuk mengawal secara biologi?
Jawapannya ada. Pecahkan aja cangkerangnya dan biarkan ia mereput. Bau siput babi yang mati akan menarik perhatian pemangsanya. Bila pemangsa siput babi menyedari akan kehadiran perosak tersebut, pemangsa akan berkunjung dan akan mula mengutip siput babi untuk dimakan. Ruang tempat saya berkebun, walaupun di dalam taman perumahan, kadang ada bangau dan musang kasturi datang berkunjung. Ia akan datang mengutip siput babi yang masih ada.

Jumaat, 2 Januari 2015
Soalan Pengunjung -- Cara Menyimpan Mulberi Untuk Buat Jem
Mohon share cara menyimpan mulberry dalam peti sejuk. Saya simpan dan kumpul untuk buat jem, tapi buah yang saya simpan tak tahan, jadi lembik.
--------------------------------------
Kadang-kadang buah mulberi yang dituai tidak cukup untuk dimasak, jadi terpaksa simpan dan kumpul dulu sehingga jumlah buah yang terkumpul cukup. Caranya begini.
1. Isikan buah mulberi ke dalam plastik zip atau plastik sanwic. Jumlah buah cukup untuk susun buah menjadi satu lapisan sahaja. Jika ada buah yang lebih isikan dalam plastik yang baru.
2. Susun plastik di dalam peti sejuk (ruang beku) supaya buah tersusun satu lapisan sahaja.
3. Selepas 2 atau 3 jam, keluarkan plastik yang berisi buah mulberi beku, dan goncang plastik supaya buah mulberi tidak melekat sesama sendiri.
4. Isikan buah yang telah beku di dalam bekas plastik (tupperware), tutup dan simpan dalam peti sejuk (ruang beku).
5. Bekukan buah yang baru dituai dengan cara yang sama dan simpan di dalam bekas plastik.
6. Apabila buah telah cukup untuk dibuat jem, keluarkan dan masa buah yang masih beku. Dengan cara ini rasa buah mulberi tidak terbebas keluar sebelum dimasak kerana terperangkap di dalam buah yang beku.

Khamis, 1 Januari 2015
Tuaian pertama tahun ini -- Cili dan tomato hijau
Hari ini saya tuai cili dan tomato untuk dijadikan jeruk. Tahun ini kami juga akan membincangkan tentang cara mengawet tuaian supaya dapat dinikmati dalam jangkamasa yang lama.
Rakan-rakan baru yang berkunjung ke laman ini, selamat datang. tanamsendiri.com adalah blog serta laman yang berkait dengan menanam tanaman makanan di rumah. Ia mendedahkan cara-cara untuk menghasilkan makanan sendiri yang bebas racun. Ditanamsendiri, kami sedaya upaya menggunakan kaedah penanaman secara oranik, tanpa menggunakan sebarang racun mahupun kimia ataupun organik.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015
Selamat menyambut tahun baru, 2015.
Tahun ni mari kita sama-sama berkebun di rumah.
Satu kaki persegi atau satu pasu seminggu.
Akhir tahun ni ada 52 kaki persegi ruang tanaman.
Tidak mustahil. Tiada ruang, kita buat vertical gardening.

Langgan:
Catatan (Atom)