Ahad, 30 November 2014

Pucuk Petai Belalang Dijadikan Ubat?

Pokok petai belalang
Pucuk petai belalang, ada yang memakannya kerana rasa yang enak, ada yang memakan kerana khasiatnya yang padat. Ada pula yang memakannya sebagai ubat. Tapi ada tak yang memakannya sebagai ubat, sementara mendapat manfaat khasiatnya juga, dan puas kerana perut dah kenyang sebab ubat ini dimakan sebagai lauk nasi?
Kalau ada, marilah bercerita,ubat apakah pucuk petai belalang?

Petik, Makan

Tiada yang nafikan, tomato jika ditanamsendiri, rasanya lebih enak daripada tomato pasaraya.  Orang pasaraya, mohon maaf, bukan niat nak kondem, tapi itulah kenyataannya.  Jika makan tomato tanamsendiri, setiap kali buah dikunyah, rasanya yang padat, masam, manis, meledak di permukaan lidah.  Tomato pasaraya, tawar, bengkak air.
Sebenarnya, rasa yang jauh berbeza ini dikaitkan dengan waktu buah dituai dan dimakan.  Tomato tanamsendri dimakan segar, iaitu, petik, makan.  Tomato pasaraya, petik, bungkus, simpan, angkut, simpan, susun atas rak, beli, makan.  Banyak sangat prosesnya.
Ingat ya, nak tomato yang enak, petik, makan.
----------------------
Set Tomato Ceri yang mengandungi 5 jenis tomato ada stok.  Hanya RM30, poslaju percuma.

Gambar Hari Ini -- Buah Tomato Ceri Ranum


Tomato Ceri, dah ranum.
Tomato ini dari jenis indeterminate, iaitu jenis memanjat dan tidak ditentukan.  Pokok dari kategori ini tumbuh lama dan menghasilkan buah dalam jangka waktu yang panjang.  Walaupun pokok dah tua, dan buahnya tidak lebat, ia tetap mengurniakan buah yang enak rasanya.
Ada kemungkinan buah tak banyak kerana saya dah lama abaikan pokok ni.  Ia tidak lagi disiram atau dibubuh baja.  Mujurlah sekarang musim hujan, pokok tidak mati kehausan.

---------------------
Senarai benih tomata yang masih ada stok:

TOMATO (10 benih/pek)
1. Tomato Belon (RM5/pek)
2. Tomato Besar 303 (RM2/pek)
3. Tomato Besar OP (RM2/pek)
4. Tomato Ceri 318 (RM2/pek)
5. Tomato Ceri OP (RM2/pek)
6. Tomato Ceri Ruby Red  (RM5/pek)
7. Tomato Ceri Season Red (RM5/pek)
8. Tomato Determinate (RM5/pek)
9. Tomato King Cup (RM5/pek)
10.Tomato King Kong (RM5/pek)
11.Tomato Plum (RM5/pek)
12.Tomato Red Heart (RM10/pek)
13.Tomato Red Rock (RM5/pek)

Rabu, 26 November 2014

Tanamsendiri Seleri/Saderi/Daun Sup Apium graveolens

Tanamsendiri Seleri/Saderi/Daun Sup
Apium graveolens

Asalnya seleri adalah tanaman kawasan dingin, kini telah ditanam di seluruh dunia, termasuk ngara kita.  Bila sebut seleri, sebenarnya ada tiga jenis iaitu jenis batang, jenis daun dan jenis akar.  Di negara kita, yang panas dan lembab, biasanya ditanam seleri daun, yang juga dikenali sebagai daun saderi atau daun sup.  Dalam Bahasa Inggeris, seleri daun dikenali sebagai Chinese Celery.
Kami di tanamsendiri.com hanya membekalkan benih seleri daun.  Rakan-rakan mungkin tertanya mengapa sebelum ini saya jarang promote benih seleri.  Sebenarnya kami ada tanam dan berjaya tuai.  Tapi bila dijual, kami terima banyak maklumbalas dari pembeli.  Ia agak sukar untuk rakan-rakan yang baru tanamsendiri di rumah.
Kini trend sudah berubah, dah banyak group berkebun muncul dan rakan-rakan mula gemarkan cabaran menanam.  Seleri perfect untuk mereka yang inginkan cabaran kerana menanam seleri boleh dikatakan pada tahap intermediate.

Ada yang mungkin bertanya, apakah khasiat seleri daun?
Jika nak disenaraikan nutrien yang ada di dalamnya, panjang cerita pula.  Bau daun seleri harum, sesuai dimasak sup.  Lazimnya daun seleri dimakan oleh mereka yang ingin kuruskan badan.  Nak pinggang ramping bagai kerengga, bentuk badan macam biola, makanlah seleri.
Ia juga kaya dengan bahan anti-kanser, elok untuk hindar barah.

Secara semulajadi seleri tumbuh di tepi paya.  Ini kerana seleri gemarkan tanah yang ringan, kaya dengan bahan organik serta sentiasa lembap.  Ia gemarkan tanah yang kaya dengan nitrogen, fosforus, dan kalium.  Jadi gunakan tanah yang dalam, lembap tetapi tidak basah serta kaya dengan bahan organik.

Jika sediakan tanah untuk menanam seleri, isikan 5cm baja organik, batu fosfat, abu kayu dan rumpai laut dan cangkul atau gaulkan hingga sebati.  Biarkan tanah selama 2 minggu supaya bahan organik mula mereput dan sebati dengan tanah.

 Seleri tidak gemarkan panas terik, jadi pilih kawasan yang teduh. Jika tanam di tanah, buat parit dengan lebar 30 cm dan dalam 30 cm.  Kemudian isikan tanah yang campuran disediakan tadi.

Sebelum menyemai, rendam benih di dalam air suam bermalam untuk aktifkannya.  Semai di dalam bekas semaian atau terus ke tanah.  Jika semai ditanah, tutu dengan pelepah kelapa atau plastik sungkup untuk yang beranyam untuk kurangkan panas dari terik matahari.

Jika semai dalam bekas semaian, kukuhkan dulu semaian dengan menjemur selama 2 jam di tempat panas seminggu sebelum mengalihkannya.  Alih setelah cambahan mempunyai 4 helai daun atau 2 minggu selepas benih bercambah.

Anda boleh semai rapat.  Dari waktu-kewaktu jarangkan sambil menuai.  Henti menjarang bila jarak antara pokok mencecah 10 cm.  Biasanya tuaian dibuat antara 75 hingga 120 hari, mengikut keadaan.



Selasa, 25 November 2014

Labu Kundur

Labu kundur, antara benih yang paling tak laku yang saya pernah jual. Benih dibeli mahal, tanda pokoknya amat berharga, tapi tak popular di kalangan rakan-rakan gardening. Padahal, pokok ini berbuah lebat. Isinya boleh dibuat teh kundur, dan boleh dimasak bersama gula dan dikeringkan dijadikan halwa. Pernah minum teh kundur yang nyaman menyejukkan badan? Halwa kundur? Mungkin juga kerana saya sendiri tidak pernah pamerkan hasilnya melalui Internet.

Kali ini, persembahkan.....LABU KUNDUR.



Gambar Hari Ini -- Patch No 1, Ruang Seberang Jalan

Setiap hari pasti saya akan tunjukkan patch ini sehigga pokok penuh dan mendapat tuaian yang lumayan, insyaAllah. Sebabnya, saya memang teruja dengan perkembangan yang berlaku dengan dalam ruang ini.  Adunan tanah yang digunakan begitu serasi dengan tumbuhan di dalamnya hinggakan pokok tumbuh 2 hingga 3 kali lebih besar dari pokok dalam ruang yang lain.
Pagi ini memang ada mengutip beberapa ekor kekabuh timun sedang memakan daun timun tapi kerosakan tak banyak.  Kekabuh seperti tahu saya akan menangkapnya.  Bila saya tiba, berterbangan kekabuh timun mencari perlindungan.



Versi 3D

Gambar Hari Ini -- Hempedu Bumi, Andragraphis

Pokok hempedu bumi, Andrographis

Pokok hempedu bumi, Andrographis kata herbalis.  Tau kegunaannya?

Isnin, 24 November 2014

Pokok Cili Daun Semakin Kuning

Pokok cili ini daunnya semakin kuning. Apakah puncanya dan bagaimanakah cara menyelesaikannya?
Cadangan?

Pokok cili dengan daun yang kuning.

Patch No 1, Ruang Di Seberang Jalan

Timun dan collard tumbuh dengan subur.
Patch no 1 iaitu ruang di seberang jalan dah semakin penuh.  Dua hari lepas pokok collard diserang siput babi.  Alhamdulillah pokok collard dah kembali subur dengan daun yang besar dan pokok semakin mantap.  Pagi tadi saya ternampak beberapa ekok kekabuh timun (yang warna oren) muncul memakan daun timun.  Pokok timun ini subur, biasanya serangan tidak ketara kerana bila perosak kenyang ia akan beredar.  Tapi serangan kekabuh timun agak merisaukan kerana ada kalanya ia menyerang dalam kumpulan yang banyak dan memakan dengan kantiti yang banyak.  Tapi pokok subur, jadi saya berharap selepas makan sedikit kekabuh akan beredar.  Jika pagi esok ia masih kelihatan, saya akan pasang jaring halus di waktu maghrib kerana seranagn kekabuh ini dasyat di waktu maghrib.

Tuaian Hari Ini -- Bayam Malabar, Collard, dan Kangkung

Tuaian hari ini
Tuaian hari ini, versi 3D

Tuaian Hari Ini -- Bayam malabar, collard, dan kangkung. Semuanya dituai ketika masih muda. Goreng dengan ikan bilis enak ni.

Anak Pokok Bayam Malabar

Anak pokok bayam balabar.
Bayam malabar (Basella alba) dipercayai banyak khasiatnya.  Ada yang tanam kerana khasiatnya.  Saya tanam kerana rasanya yang enak.  Bayam malabar mudah ditanam.  Biasanya bila disemai menggunakan benih, ambil masa satu minggu untuk bercambah.  Boleh juga semai menggunakan keratan batang.

Ahad, 23 November 2014

Rezeki Tanpa Waswas

Satu daripada keindahan berkebun tanpa menggunakan racun ialah kita boleh kutip apa-apa sahaja yang muncul yang boleh dimakan tanpa perasaan waswas.  Hari ini rasa nak makan masak lemak cili padi pucuk petal belalang (petang padang) dengan cendawan kulat telinga kera.
Di seberang jalan, pokok petai belalang telah ditebas 2 minggu yang lalu.  kini, pucuk baru mulai tumbuh melalui tunggul yang tinggal.  Pada mulanya saya risau, kerana terpaksa pastikan tiada yang tumbuh kembali.  Kemudian terlintas pula, pucuk petai belalang adalah makanan berkhasiat yang enak dimakan, jika tahu masak.  Di pasar kajang, segenggam 200g harganya RM2.  Bukan sayur yang murah dan saya risau nak membuangnya?  Amatlah tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Terlintas pula nak masak dengan kulat telinga kera.  Bila belek kayu reput yang berselerak dalam ruangan menanam, alhamdulillah.... Seperti orang mengantuk disorongkan bantal.

http://youtu.be/zI53qY-5494

http://youtu.be/LE0_dEJb6-A



Tuaian hari ini, pucuk petai belalang dan kulat telinga kera.

Tuaian hari ini, versi 3D.
Inilah hasilnya, masak lemak cili padi petai belalang dengan kulat telinga kera.

Masak lemak cili padi petai belalang dengan kulat telinga kera.






Jumaat, 21 November 2014

Siput Babi Mula Menyerang Dengan Lebih Agresif

Hari ni dah 3 hari hujan tak turun. Semalam dah terlebih panas dan ada tanaman yang menunjukkan tanda stress kurang air, jadi disebabkan malam semalam tidak hujan, saya keluar awal pagi untuk menyiram.
Patch no 1 menunjukkan ada tanda diserang siput. Kerosakan lebih daripada biasa.
Bila dibelek bahagian bawah daun, masih ada beberapa ekor anak siput sebesar ibu jari sedang memakan daun. Siput tersebut dikutip dan dimusnahkan.

Daun collard rosak sedikit akibat dimakan siput babi.  Siput babi masih ada di permukaan bawah daun ketika gambar ini diambil.


Kemudian saya mula mencari tempat siput bersembunyi. Rupa-rupanya tak jauh. Oleh sebab kawasan baru aja dibersihkan, siput menyorok di dalam daun-daun reput di permukaan tanah. Daun reput sengaja dibiarkan untuk dijadikan sungkup untuk tambah bahan organik serta melindungi tanah daripada proses sejatan, tujuannya supaya kurang air hilang melalui sejatan.

Siput babi menyorok dalam lapisan organik bahagian tumbuhan yang mereput.

Gambar Hari Ini -- Ruang Bermain Di Depan Rumah

Ruang bermain di depan rumah.  Oh ya, mulai minggu depan Tanamsendiri.com akan posting 2 versi gambar iaitu gambar biasa dan gambar 3D.  Jika ada spek 3D (anaglyph, sebelah merah sebelah hijau), inilah masanya untuk digunakan.


Ruang depan rumah versi 3D


Khamis, 20 November 2014

Soalan pengunjung -- Tanaman Musim Tengkujuh

Salam En. Iskandar,
ada suggestion tak, apa yang sesuai disemai musim hujan ni?
----------------------------
Waalaikum salam,
Musim hujan banyak yang sesuai sebab pokok akan dapat air yang cukup. Cuma pastikan tanah elok salirannya sebab jika air bertakung, akar akan lemas dan pokok mati. Juga elakkan letak tanaman di tempat cucur atap. Daun akan rosak jika terkena air yang deras.
Saya tanam kangkung, ia paling cepat membesar. Yang lain, kailan, sawi, bayam, pendek kata semuanya sesuai. Waktu ni sayur kekwa dan borage pun galak pertumbuhannya.

Rabu, 19 November 2014

Ruang Seberang Jalan Depan Rumah

Patch no 1 dah 70% siap. Langkah berikutnya ialah memasang tali sokongan untuk pokok timun. Kemudian keluarkan terung dari bekas dan penuhkan ruang dengan kompos masak. Apakah saya maksudkan dengan kompos masak?


Patch No 1

Kompos masak ialah bahan organik yang diperam hingga terurai. Ada antara rakan yang bertanya, dia kerat batang pisang, cincang dan tabur tempat menanam, adakah itu kompos? Bukan, itu bukan kompos. Nak jadi kompos kena peram dulu sehingga terurai.

Kompos yang dihasilkan dengan memeram keratan rumpai dengan tanah selama 4 bulan di dalam guni.


Isnin, 17 November 2014

Haiwan Ternakan Untuk Mengawal Perosak


Kebiasaannya kita akan cemas jika kompos dijangkiti anai-anai.  Ini kerana anai-anai mampu masuk ke dalam rumah dan memusnahkan apa sahaja bahan organik yang ada di dalam laluannya.  Ini termasuk perabot, buku dan pakaian.
Jika anai-anai ada di dalam kompos, saya biarkan aja kerana ia mencepatkan proses penguraian kompos. Bagaimana pun, saya lepaskan anak ayam untuk mengutip (memakan) anai-anai yang tersasar keluar dari timbunan kompos. Biasanya saya beli anak ayam dari kedai pet. Harganya RM2.50 hingga RM3.00 seekor. Tiga hingga lima ekor dah cukup untuk pastikan tiada anai-anai merebak ke tempat lain.
Bila anak ayam dah besar, kira kira satu bulan, saya akan sembelih. Ayam yang dibela memakan anai-anai cepat besar. Dagingnya tidak berlemak.
Extreme? Ya, tapi praktikal.

Pokok Bunga Matahari Berbunga Lebat


Sebagaimana yang saya jelaskan dulu, benih bunga matahari yang kami edarkan adalah baka yang ditanam untuk makanan, samada untuk kuaci atau minyak masak. Walau pun saya cuit buang tunas sisi untuk hasilkan bunga yang besar, selepas bunga utama kering, tunas sis terus juga keluar dan menghaslkan bunga yang besar. Jadi waktu pokok menghasilkan bunga yang mekar kekal lama, berbaloi tunggu. Saya perhatikan, buna yang baru keluar dari tunas sisi tetap menghasilkan biji yang berisi.
Kalau macam ni, elok dieruskan meletak baja supaya pokok kekal hidup sehingga tiada lagi bunga baru dihasilkan.

Keratan Mulberi Untuk Dijual


Keratan mulberi masih ada stok.  Untuk minggu ini, pesan 5 set atau lebih, poslaju percuma.  Available hanya 50 set.
Pokok adalah dari baka berbuah lebat dengan warna merah tua bila ranum.  Pokok berbuah sepanjang tahun selepas dibaja dan dipangkas.  Daun mulberi juga boleh dimakan, dengan dimasak  sebagai sayur atau dikeringkan dibuat teh.
Pesan segera.  Whatsapp 0175009364 atau email [email protected] atau mesej melalui fb.
Kiriman ke mana sahaja di Malaysia.  Kendalian poslaju RM10 atau beli 5 set ke atas poslaju percuma.
1 set ada 5 keratan.

Beli 1 set, bayar RM20 (RM10 untuk kenndalian poslaju)
Beli 2 set bayar RM30 (RM10 untuk kendalian poslaju)
Beli 3 set bayar RM40 (RM10 untuk kendalian poslaju)
Beli 5 set, bayar RM50 (poslaju percuma)
Beli 10 set, bayar RM100.

Pokok boleh ditanam dalam pasu atau polibeg.  Gunakan tanah kebun yang elok salirannya.  Letak tempat cerah.  Mulberi tahan panas.

Bunga Matahari Boleh Disimpan Untuk Dibuat Benih


Pokok bunga matahari, selepas bunganya mekar, jangan dibuang jika ingin kumpul benih. Biarkan bunga kering di pokok. Bila tangkai mula kering dan pecah, petik bunga dan keringkan di tempat yang redup atau terlindung dari matahari yang terik.

Soalan pengnjung -- Oregano dan Cuban Oregano

En. Iskandar, salam
Apakah perbezaan antara oregano dengan cuban oregano?  Adakah ia pokok yang sama?
------------------------------------
Pokok oregano dengan pokok cuban oregano adalah dua pokok yang berlainan.  Lihat gambar dan perhatikan perbezaannya.


Khamis, 13 November 2014

Soalan pengunjung, Tentang Pengganti Booster Cili

Soalan pengunjung --
En Iskandar,
Bagaimanakah caranya nak galakkan pokok tomato, cili, terung, limau nipis berbuah tanpa menggunakan booster atau baja yang dibeli?
---------------------------
He he, susahlah macam ni.  Saya jual booster.
OK, macam ni.  Kalau ada tanam pisang, bila tebang pokok pisang untuk ambil buah, cincang batang pisang tersebut kepada cebisan kecil.  Gaul dengan hampas kopi dan teh terpakai.  Tabur dalam bekas tanaman menutup permukaan tanaman sedalam 2 inci. Jika tidak tanam pokok pisang, boleh ganti dengan kulit pisang.
InsyaAllah pokok akan berbunga dalam masa 2 minggu.  Tentang berbuah, pastikan berlaku pendebungaan.  Jika tiada pendebungaan, bunga akan luruh.

Tentang Meletak Iklan Tanpa Kebenaran

Mohon maaf,
Iklan dalam laman ini ditegah kecuali mendapat izin terlebih dahulu.
Komen mengandungi iklan akan dibuang.

Selasa, 11 November 2014

Belalang dan Semut

Gambar menunjukkan anak belalang dan semut menyerang pokok turi. Minggu lepas ada sehari walaupun mendung tidak hujan. Suhu pula tinggi dan saya tidak siram kerana menyangka hujan akan turun. Akibatnya pokok bermalam dalam keadaan layu dan lemah. Apabila pokok lmah perosak akan mula menyerang. Anak-anak belalang ini tlah memakan daun pokok turi dan semut pula mula mengangkut koya koya untuk diternak. Saya kutip anak belalang dan musnahkannya. Semut dan koya koya pula, saya sembur dengan air untuk tanggalkannya daripada pucuk. Saya akan ulangi selama beberapa hari hingga semua perosak tidak kelihatan lagi.

Cara paling mudah untuk menghalang tanaman daripada serangan perosak ialah pastikan ia subur dan menerima air, baja dan cahaya secukupnya.

Belalang dan semut di atas pokok turi.


Isnin, 10 November 2014

Tuaian Hari Ini -- Sayur Buah



Tuaian hari ini, sayur buah. Ok juga walaupun jumlah tak banyak. Petola ular ditanam memanjat kaopi yang dpasang ada ruang parking depan rumah. Pokok cili kerinting, terung putih dan terung telunjuk juga ditanam di depan rumah. Semuanya ditanam dalam bekas, iaitu di dalam pasu atau polibeg. Allhamdulillah, menjadi.

Makhluk Perosak -- Siput Babi dan Lintah Bulan

Ada rakan yang mmengadu diserang siput babi hingga habis semua tanaman.

Dalam keadaan cuaca sekarang yang lembab, siput babi dan lintah bulan akan membiak dengan cepat.  Biasanya haiwan ini memakan tumbuhan yang mati yang sedang mereput.  Bagaimanapun bila bahan tersebut berkurang, siput babi dan lintah bulan mungkin akan menyerang tanaman.  Serangan mampu memusnahkan seluruh tanaman dalam masa yang singkat.  Biasanya siput babi dan lintah bulan menyerang di waktu malam.
Di waktu siang, ia menyorok di celah batu, kayu, dan di dalam sungkup untuk melindungi diri daripada terik matahari.

Serangan siput boleh dikenalpasti dengan memerhati tinggalan lendir cerah di tempat laluannya.

Cara paling mudah untuk melawan siput babi dan lintah bulan ialah dengan mengutipnya di waktu malam atau awal pagi atau selepas hujan.

Boleh juga pasang perangkap, iaitu isi air gula yang dicampur susu diisi hingga penuh di dalam cawan pakai buang atau tin susu pekat manis dan ditanam di dalam tanah hingga ke paras 2 cm dari paras tanah.  Anda perlu pasang banya perangkap untuk pastikan kaedah berkesan.

Anda juga boleh pasang penghalang, iaitu tabur kulit telur yang dilumatkan di sekeliling tanaman sebagai sempadan, atau tabur pellet racun siput (metaldehyde).

Khamis, 6 November 2014

Status Kiriman Pesanan Anak Pokok Asparagus

Pesanan anak pokok asparagus yang due awal bulan november akan dikirim hari ini. Anak pokok tersebut akan diterima esok atau sabtu.
Anak pokok dikirim dalam bungkusan botol, keluarkan anak pokok dan semai di dalam bekas kecil menggunakan tanah yang kaya dengan kompos. Asing-asingkan anak pokok dan tanam janya satu pokok atau satu rumpun sahaja dalam satu bekas. Setiap bekas mempunyai 5 atau 10 rumpun mengikut jumlah anak pokok yang dipesan. Jika belum sempat tanam, biarkan anak pokok di dalam bekas kiriman hingga sedia untuk dialih.

Gambar Hari Ini -- Cambahan Cili Pablano

Cambahan pablano. Saya ada semai pelbagai jenis cili. Walau bagaimanapun, cili yang paling saya gemar tanam ialah cili kulai, cili tabasco dan cili pablano. Ini kerana cili tersebut cepat bercambah dan pertumbuhannya amat galak. Jika cukup baja dan persekitaran serasi, pokok akan menghasilkan buah yang lebat.


Anak Pokok French Bean baka Bunga Putih

Anak pokok french bean baka bunga putih; anak pokok ini disemai dengan hanya meletakkan benih di atas tanah semaiana yang lembap tanpa menanam benih tersebut. Benih tumbuh dengan cepat. Bagaimanapun diperhatikan terdapat akar yang terdedah di bahagian permukaan tanah. Untuk kukuhkan kedudukan pokok, saya akan tutup bahagian akar yang terdedah menggunakan kondisyener tanah yang kaya dengan nutrien.


Rabu, 5 November 2014

Benih Baru

Soalan Pengunjung;
Ada benih baru bulan ni En. Iskandar?
-----------------------------------------------------------------
Sebenarnya ada, tapi belum buka packing yang diterima.
1) Labu Manis (pumpkin) Baka Awal, buah bulat rata di bahagian tangkai dan bawahnya, dengan purata jisim 1.5kg. Kulit menjadi kuning coklat bila ranum dengan isi yang tebal berwarna jingga. Isi lemak manis dengan sari wangi.1 pek ada 5 benih dijual dengan harga RM5.
2) Jagung manis gergasi menghasilkan buah dengan saiz yang besar. Is berwarna kuning susu dengan sari manis. 1 pek ada 5 benih dijual dengan harga RM2.
3) Benih buah naga kuning dengan kulit berwarna kuning dengan isi berwarna putih lutcahaya dengan rasa yang manis dengan sari madu. 1 pek ada 5 benih dijual dengan harga RM5.
Sila share maklumat ini. Esok kami akan umumkan beberapa benih yang akan diedarkan secara percuma melalui laman facebook.com/Tanamsendiri. Hanya 100 set disediakan, jadi jangan ketinggalan.

Semaian Timun Di Tepi Pagar

Timun kali ini ditanam terus ke tanah. Timun yang disemai adalah dari 3 baka iaitu timun jepun, timn mini dan timun wonder, iaitu timun saiz besar. Benih disemai dekat dengan pagai dengan haraan ia akan memanjat di pagar. Untuk hasilkan pokok yang berbuah dengan banyak gunakan baja yang kaya dengan nitrogen. Elakkan penggunaan baja yang keya dengan kalium. Pokok timun mudah terkena serangan bakteria yang menyebabkan penyait reput batang atau reput akar. Jika ini berlaku, timbus pangkal pokok dengan timbunan tanah kompos. Pokok mungkin masih dapat diselamatkan dengan berbuat demikian.


Anak Pokok Collard


Anak pokok collard dah tunjukkan cirinya, saiz dah mula membesar.  Jika dialih ke dalam bekas besar dan dibaja secukupnya, insyaAllah saiznya akan mnjadi sangat besar.  Saya akan siram dengan teh kompos setiap 3 hari.

Gambar Hari Ini -- Cili Pablano


Alhamdulillah, pablano dah lebat kembali. Bila dah tuai, gunting ranting mati, sembur booster dan siram dengan larutan teh kompos. InsyaAllah akan berbuah lebat. Biarkan 1 atau dua bunga sahaja untuk setiap node supaya buah cepat besar. Nah lihatlah sendiri hasilnya. Puas hati tanam. Depan rumah aja...

Selasa, 4 November 2014

Gambar Hari Ini -- Bunga Matahari


Bunga matahari, jika ditanam di laman rumah, apabia bunganya mekar, pasti laman akan ceria.
Gambar menunjukkan bunga matahari dari maka besar.  Pokok ini agak berbeza sedikit jika dibandingkan dengan bunga matahari besar yang dijual di nurseri.  Ini kerana kelopaknya lebih nipis dan biji yang dihasilkan lebih besar.  Baka ini adalah dari jenis bunga matahari yang ditanam untuk menghasilkan makanan, maksud saya untuk menghasilkan minyak masak dan kuaci.
Kami jual benihnya.  Lima pek hanya RM10.  SMS/WhatsApp 0175009364 untuk buat pesanan.

Soalan Pengunjung -- Semai Benih French Bean Tapi Gagal Bercambah

Soalan pengunjung;
Salam En. Iskandar,
Saya semai kacang buncis exactly macam yang Encik beritahu. Satu pun tak tumbuh. Bila saya check, kacang jadi lembik berbau busuk.
Apa puncanya? Dan bagaimana menyelesaikannya?
----------------------------------
Waalaikum salam,
Saya suspect embrio kacang mati ketika merendam akibat kandungan klorin yang tinggi. Kemungkinan juga benih mati dan dimakan bakteria atau fungus di dalam tanah.  Sebab itu ada mengeluarkan bau yang busuk.
Saya tidak syorkan dimatikan tanah kerana kita ingin menanam secara organik dan kita perlukan tanah yang hidup. Jika kita bunuh hidupan yang membunuh benih (patogen), kita mungkin juga akan membunuh sekali hidupan yang bermanfaat.
Saya syorkan diubah kaedah semaian kerana kaedah yang digunakan tidak serasi (dalam kes ini).
Adun tanah semaian. Boleh beli tanah semaian yang diadun khas, atau adun sendiri. Rumusan tanah semaian boleh didapati dari Ebook "Menyediakan Tanah Semaian."
Isikan dalam bekas semaian atau jika tidak mahu berlaku jangkitan antara bekas, isikan di dalam cawan pakai buang. Pastikan cawan ditebuk di bawahnya supaya air dapat mengalir dan tidak bertakung.
Lembapkan tanah semaian dengan menyembur air secara berkabut sahaja. Tanah biar lembap tapi tidak terlalu basah atau air bertakung.
Letakkan 2 benih di atas tanah tanpa menanamnya. Biarkan di tempat cerah. Pastikan tanah tidak kering walaupun terkena cahaya dan terdapat aliran udara.  Tujuan didedah pada cahaya terang dan aliran udara ialah supaya kulat tidak dapat membiak dan memakan benih.
Selepas sehari periksa bekas. Jika tanam kacang buncis atau french bean, mata tunas akar sepatutnya akan kelihatan selepas sehari. Sembur air di atas benih dan pastikan akar tumbuh ke arah tanah.
Selepas 2 atau 3 hari cambahan akan kelihatan.
Gambar menunjukkan cambahan french bean selepas 4 hari disemai menggunakan kaedah yang dibincangkan.
Gunakan kaedah ini hanya apabila kaedah semaian biasa gagal.

Cambahan french bean pada hari ke 4 selepas benih disemai.


Semaian baru -- Bayam Malabar

Bayam Malabar, atau Basella alba adalah tumbuhan yang berasal dari negara kita.  Mungkin sebab itu kita jarang perasan akan kehadirannya.  Walaupun diabaikan, pokok itu banyak khasiatnya.  Selain daripada enak dimakan sebagai ulam dan sayur, ia juga mempunyai nilai perubatan.  Daripada kajian yang dibuat pada  tikus makmal. bayam malabar mampu membaiki organ dalam badan yang rosak akibat serangan penyakit diabetes dan darah tinggi.
Dalam gambar ini, saya semai pokok daripada benih.  Sebenarnya bayam malabar juga boleh ditanam menggunakaan keratan batang.


Tuaian Hari Ini -- Bunga Kobis, Cili Pablano, Daun Basil dan Dill


Tuaian hari ini, untuk dicicah sambal cili.  Cauliflower agak terlambat dituai, bunganya dah mula keluar bintil bintil untuk penghasilan debunga.  Rasanya masih enak.  Yang daun tirus itu daun dill.  Tuaian juga termasuk cili pablano dan daun basil.