Selasa, 30 September 2014

Cili Pablano


Cili Pablano dah ranum. InsyaAllah esok akan tuai. Pokok yang ada dah tak banyak, kerana ramai yang berkunjung bawa baliik pokok cili pablano. Alhamdulillah laris. InsyaAllah saya akan semai dalam 200 benih lagi. Jika berminat boleh buat pesanan. 10 anak pokok dijual dengan harga RM20. Tunggu 4 minggu untuk penghantaran.

Terung Putra dah berbuah

Pokok Terung Putra

Oh wow, terung putra pun dah mula berbuah.  Rahmat hujan.  Ada pengunjung menegur, bekas kecil sangat, mana nak berbuah banyak.  Betul tu saya setuju.  Masalahnya ruang tanaman sempit, saya tak dapat guna bekas yang besar.  Sekarang sedang fikir-fikir nak buat akuaponik untuk maksimakan penggunaan ruang.

Cambahan Collard

Cambahan collard

Cambahan Collard (Sawi Kailan Jepun) yang disemai dalam dulang rata. Tanah lembap (moist) dan tidak terlalu basah. Yang penting pokok tidak terlindung daripada cahaya matahari.
Jangan manjakan cambahan. Ia tahan penderaan. Jika dimanjakan, pokok yang dihasilkan juga manja.
Jika wonder rumusan untuk tanah semaian, saya ada jual ebook berjudul "Menyediakan Tanah Semaian". Harganya hanya RM20 satu salinan. Laris ebook tersebut. Saya tidak rahsiakan apa-apa, semuanya dicerita di dalam ebook tersebut.

Gambar Hari Ini -- Bendi Dalam Cup

Bendi dalam cawan plastik.
Kalau dalam cup pun boleh hasilkan buah... bayangkanlah.

Pokok ini benih disemai di dalam dulang semaian modular. Bila tumbuh daun ke 3 saya alih ke dalam cawan menggunakan tanah kompos. Tunas utama dikerat untuk menggalakkan pertumbuhan tunas sisi. Saya letak cawan di tempat cerah dan telah terlupa. Semalam baru terperasan kehadiran pokok tersebut. Mujurlah sekarang hujan setiap selang sehari, kalau tidak pasti pokok akan mati kehausan.

Soalan Pengunjung; Anak Pokok Salad

Salam En. Iskandar.
Kalau anak pokok salad dah tubuh macam ni ke pindah atau biar aja?
---------------------
Waalaikum salam,
Boleh biarkan sebahagian.  Sebahagian lagi elok dialih  supaya pokok tidak tumbuh dengan padat dan berebut ruang, baja, cahaya dan air.  Jangan cabut pokok.  Gunakan penyodok atau sudu yang nak dibuang, alih bersama tanah untuk kurangkan kerosakan pada akar.

Terima kasih Puan Sakina, kerana sudi berkongsi gambar.


Anak pokok salad.  Gambar milik Puan Sakina.


Sabtu, 27 September 2014

Benih Untuk Dijual -- Set Sayur Besar

Set Sayur Besar
Harga, RM30 sahaja.
Mengandungi
1. 2 pek collard (nilai RM4)
2. 2 pek terung giant naga (nilai RM10)
3. 2 pek tomato beef (nilai RM10)
4. 2 pek cili paprika (nilai RM10)
5. 2 pek bendi singa (nilai RM4)
6. 2 pek giant sunflower (nilai RM4)

Nilai RM42, poslaju percuma.
Panduan menanam percuma.

Jimat RM22. Mana lagi nak dapat? Hanya ada 20 set.
Bayar ke mana-mana akaun berikut, kemudian SMS/WhatsApp 0175009364 nama, alamat, no mobile, maklumat bayaran, serta benih yang dipesan.

Maybank
Abdul Rahman bin Iskandar
162441150114

CIMB
Zaitun Ismail
7017583738 atau
atau

Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754

Rujukan emel, [email protected]
Rujukan no mobile 0175009364

Produk DiCuba -- Bacto-10

Bacto-10 ini dihadiahkan oleh Sdr Ahmad Shukri dan isteri yang berkunjung ke laman tempohari.  Produk ini dikatakan mengandungi bakteria baik yang bertinda sebagai inokulator yang akan membiak dalam tanah.  Ia mampu mengikiikat nitrogen serta menghasilkan enzim yang membantu akar menyerap nutrien.  Sembuan dibuat seminggu sekali.
Saya ada cuba produk ini.  Anak cili di sebelah kanan disembur dengan Bacto-10 manakala anak pokok di sebelah kiri tidak disembur.  Saya akui ada perbezaan dalam pertumbuhan anak pokok tersebut.

Untuk maklumat lanjut serta pesanan, sila hubungi Sdr Ahmad Shukri Zulkifli atau isteri dinombor 01132316263.



Tuaian Hari Ini -- Sawi Choy Sum, Petola Ular, Bendi, Cili Kerinting, Remayung, Gelam Pasir

Tuaian pagi ini; rencah mee.
Sawi dituai muda untuk jarangkan pokok dalam ruang 1 kaki X 1 kaki.


Soalan Pengunjung; Booster Cili

Soalan pengunjung;
En. Iskandar, bagaimanakah caranya untuk gunakan booster yang dibeli dari Tanamsendiri.com?

Booster dirumus khas untuk membantu pokok cili, terung dan tomato untuk menghasilkan bunga dengan lebih lebat serta putik buah yang kukuh dan tidak mudah gugur.  Ia mengandungi nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan untuk menghasilkan enzim yang membantu akar menyerap baja.  Booster juga mengandungi bahan untuk membina klorofil, iaitu bahan yang digunakan untuk menyerap tenaga cahaya serta membuat makanan.

Bancuh 1 sudu teh booster cili di dalam 1 liter air.  Simpan di dalam penyembur dan set muncung kepada semburan berkabut (mist).  Sembur pada daun di sebelah petang atau malam sahaja.  Elakkan sembur di sebelah pagi kerana lebihan larutan booster yang terkena cahaya panas boleh menyebabkan daun cili melecur.

Jika setelah sembur terdapat tanda daun melecur, itu tanda larutan terlalu pekat.  Tambah air untuk cairkan larutan.

Rabu, 24 September 2014

Tuaian Hari Ini-- Ringkas Aja, Untuk Ramuan Bubur Nasi


Alhamdulillah.... Ringkas aja.  Sempurnakan bubur nasi.  Yummy.

Gambar Hari Ini--Cili Pablano Makin Gah

Cili pablano ditanam secara organik.
Imej tanaman organik amat berbeza dengan penampilan cili ini.  Jika kami boleh hasilkannya, rakan-rakan pasti juga dapat hasilkannya, malah mungkin lebih elok dari apa yang kami hasilkan.

Sabtu, 20 September 2014

Tuaian Hari Ini -- Pelbagai Sayur

Tuaian hari ini, ada pelbagai jenis sayur.
Alhamduillah, hari ini dapat merasa lagi sayur segar hasil tanamsendiri di rumah.  Ramai antara kita gemar makan di luar.  Bagaimanapun saya pasti tiada masakan yang mampu tandingi masakan hasil sayur tanamsendiri.  Rasa sayur tanamsendiri yang segar akan membuatkan kita tidak puas makan.

Khamis, 18 September 2014

Cili Pablano Mula Meranum


Alhamdulillah, cili pablano dah mula meranum.  Kali ini buah cili tumbuh dengan sempurna tanpa serangan perosak.  Ada yang bertanya, guna racun apa?
Aduh, terguris bila terima soalan begitu.  Di tanamsendiri kami tak guna racun.  Kalau nak sembur serangga pun, kami guna campuran sabun pencuci dan minyak masak.  Semburan tersebut bukannya racun. Serangga mati sebab lemas, bukan sebab terkena bahan toksik.
Macamana nak lebatkan buah cili?  Saya sembur booster cili.  Ia mengandungi bahan yang diperlukan oleh tumbuhan untuk membina enzim yang membantu pokok menyerap baja dengan lebih efisien.
Bahan yang kami gunakan?  Bahan dari dapur (foodgrade).
Booster cili masih ada stok, RM10 aja.
Benih cili pablano hanya RM10 untuk 2 pek yang mengandungi 10 benih dalam setiap pek.
endalian poslaju, RM10.  Esok awal-awal lagi SMS/WhatsApp 0175009364 sebab benih dah makin kurang.

Anak Pokok Untuk Dijual -- Pesanan Awal, Asparagus

Anak pokok asparagus ini disemia 6 bulan dahulu.

Pokok Asparagus yang kami tanam dalam kotak gabus begitu cepat pertumbuhannya.  Pokok ini disemai 6 bulan yang lalu.  Setiap rumpun berasal daripada satu benih.  Perhatikan rumpun sebelah kiri lebih banyak batang yang tumbuh berbanding rumpun di sebelah kanan menandakan ruang dalam tanah mempengaruhi pertumbuhan pokok asparagus.
Ramai yang beli benih asparagus tetapi mengadu benih tidak bercambah.  Pada pendapat saya, bukan tak bercambah tapi belum tiba waktunya untuk bercambah.  Ini kerana benih asparagus dalam keadaan biasa ambil masa 5 minggu untuk bercambah.
Jika tidak mahu risau menunggu benih samada bercambah atau tidak, biar kami aja yang cambahkan.
Buat pesanan sekarang dan kami akan kirim anak pokok 8 minggu dari sekarang.  Untuk pesanan awal, satu anak pokok harganya hanya RM2.  Pesanan minima 10 pokok. Tambah RM10 untuk kendalian poslaju.  Untuk anak pokok, tiada had pesanan.
Pastikan selepas buat bayaran dan mengirim nama, alamat, no hp serta maklumat pembelian, saya berikan no trekking poslaju serta tarikh anak pokok akan dikirim.

Rabu, 17 September 2014

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Timun Jepun oleh Puan Dayang Suhaini

Alhamdulillah. Hari ini kita dapat nikmati gambar kiriman Puan Dayang Suhaini. Gambar menunjukkan pokok timun jepun yang ditanam memanjat pokok mangga. Tak sangka, pokok timun jepun mampu memanjat pokok sehingga setinggi itu dan masih mampu menampung buah timun yang berat.
Menakjubkan.
Kata Dayang lagi pokok mangga tersebut dah lima tahun tapi masih belum berbuah. Tiada masalah, cantas beberapa dahan, letak baja organik banyak-banyak dan tunggu aja. InsyaAllah akan berbunga dan berbuah dengan lebat.
Terima kasih Dayang Suhaini, kerana sudi berkongsi gambar.

Selasa, 16 September 2014

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Tomato Ceri Milik Puan Farah


Alhamdulillah, hari ini kita dapat tatap beberapa gambar kiriman Puan Farah.  Saya teruja bila terima kiriman ini kerana pokok tomato ceri yang disemai Puan Farah telah menghasilkan buah yang hampir sedia untuk dituai dan buah tersebut kelihatan amat segar dan tanpa cela.

Buah tomato ceri akan ranum selepas sebulan berputik.  Walaupun lama menunggu, tomato adalah antara tanaman yang "berbaloi" jika ditanam kerana rasanya yang enak, tidak seperti buah tomato yang dijual di pasaraya.  Rasanya amat berbeza.  Mungkin faktor baka dan kaedah menanam.  Paling best jika tomato ditanam menggunakan kaedah organik

Oy ya, jika buah terasa terlalu masam, untuk batch berikutnya tabur sedikut kapur untuk tinggikan sedikit pH tanah satu atau dua minggu sebelum tuai.

Terima kasih Puan Farah kerana sudi berkogsi gambar.

Soalan pengunjung; abu kertas

Soalan Pengunjung;
En. Iskandar,
Boleh tak saya gunakan abu kertas yang telah dibakar sebagai baja?
----------------------------
Boleh, kertas dibuat dari tumbuhan.  Jadi, kertas mengandungi nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan.  Biasanya abu kertas mengandungi 5% fosforus dan 2% kalium.  Ia adalah baja yang larut dalam air yang elok digunakan, tetapi guna secara perpada-pada kerana abu kertas bersifat alkali.  Ia meningkatkan pH tanah.
Pilih kertas yang tidak mempunyai cetakan yang banyak kerana bimbang dakwat cetakan mengandungi toksik yang berbahaya.

Soalan Pengunjung -- Tinja Arnab

Soalan pengunjung;
Salam En. Iskandar, saya ada bela 10 ekor arnab sebagai haiwan peliharaan.  Ia menghasilkan tinja (tahi) yang banyak.  Adakah tinja arnab boleh dibuat baja?
-------------------
Waalaikum salam,
Tinja arnab boleh dibuat baja.  Ia selamat digunakan.  Gaulkan dengan tanah terlebih dahulu dan biarkan selama dua minggu sebelum digunakan.

Ahad, 14 September 2014

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Pokok Mulberi


Gambar Oleh Rakan Pengunjung -- Alhamdulillah, hari ini kita dapat nikmati gambar yang dikirim oleh Puan Norhalimawati Mat Hussin. Gambar menunjukkan pokok mulberi yang ditanam di laman rumah. Saya teruja lihat gambar ini sebab pokok yang ditanam dengan keratan kelihatan begitu kukuh. Kata Puan Norhalimawati Mat Hussin, pokok ini menghasilkan buah yang lebat. Puas makan..

Ada rakan yang bertanya, kalau dibiarkan pokok mulberi, berapakah ketinggiannya. Sebenarnya tinggi, tapi janganlah dibiarkan tumbuh tinggi kerana jika tinggi bagaimana nak tuai buahnya. Kerat bila pokok mencapai ke paras yang selesa untuk mengutip buah. Lagipun jika lepas kerat dan ditambah baja, putik buah akan tumbuh dengan lebat.
Oh ya, daun mulberi boleh dibuat sayur. Jika dikeringkan boleh dibuat teh. Memang enak.

Rabu, 10 September 2014

TOMATO



“Ada orang kata tanang tomato ni payoh. Ambe tak mboh tanang kalu pokok tu payoh. Ambe tanang hok mudoh-mudoh jer. Kalu orang tu kater tanang tomato payoh, dia wat nawok jer. Tanang tomato mudoh jer. Tak dok rahsia pong, saper saper pong buleh tanang tomato.”

Tomato atau nama latinnya Lycopersicon esculentum dipercayai berasal dari kawasan Amerika Selatan naik ke kawasan Amerika Tengah. Ia dibawa ke Eropah dalam kerun ke 16. Pada awalnya tomato ditanam sebagai pokok perhiasan. Lama juga ambil masa sebelum orang eropah memakan buahnya.

Mengapa Tanamsendiri Tomato?
Buah tomato yang ditanamsendiri secara organik dan dimakan segar mempunyai rasa yang enak, jauh beza dari rasa tomato yang dibeli yang mempunyai rasa yang tawar dan membosankan. Tomato tanamsendiri enak dimakan sebagai salad, sebagai ulam, di dalam burger, atau dimasak dalam lauk nasi.

Lagipun buah tomato berkhasiat. Benih tomato mudah bercambah, tak cerewet sangat dan buah dapat dituai dalam masa yang singkat. Buah tomato dapat dituai 80 hingga 120 hari selepas benih disemai.

Menyediakan Tanah
Nitrogen amat diperlukan di peringkat awal pertumbuhan terutamanya untuk pembentukan daun. Nitrogen juga diperlukan untuk pastikan putik buah lekat. Bagaimanapun, apabila pokok sedia untuk berbunga, kurangkan nitrogen kerana ia menyebabkan pokok penggasilkan daun yang lebat tetapi tidak menghasilkan bunga.

Fosforus diperlukan di awal pertumbuhan dan supaya buah yang dihasilkan lekat. Jika pokok kurang mendapat osforus, buah yang dihasilkan lambat matang. Fosforus boleh diperolehi daripada serbuk tulang.

Kalium pula diperlukan ketika pokok masih muda. Tabur sedikit abu hasil daripada pembakaran bahan tumbuhan. Selain daripada itu, tomato juga perlukan kalsium dan sedikit unsur yang lain. Kalsium boleh didapati daripada kulit telur, cangkerang yang dilumatkan, atau daripada kapur tawar. Bahan lain yang dapat membantu termasuk serbuk rumpai laut, kompos dan baja tinja haiwan ternakan.

Merancang
Tomato perlukan cahaya yang banyak. Di negara kita tak perlu dirisaukan sangat sebab kita terima cahaya yang banyak dalam jangkamasa yang lama., kecuali jika kita tanam di dalam bangunan. Jika di luar, tempat teduh pun sudah memadai. Jika terlalu redup, pastikan ada angin. Ini untuk elakkan serangan kulat.

Jika tanam tomato, lepas itu elakkan tanam pokok dari kumpulan yang sama. Ini untuk kurangkan risio serangan penyakit dan serangga perosak. Jadi, lepas tanam tomato elakkan menanam cili, terung, atau ubi kentang. Tanam tanaman yang lain dalam ruang tersebut.

Tomato jenis merimbun (determinate) perlukan masa 6 hingga 8 minggu sebelum dialih dari bekas semaian. Tomato jenis memanjat (indeterminate) perlukan masa 8 hingga 12 minggu sebelum dialih dari bekas semaian. Boleh juga semai terus dari bekas semaian. Untuk hasilkan tuaian yang berterusan, semai benih setiap 8 minggu. Anda boleh semai tunas yang dikerat dan direndam dalam air hingga berakar. Anak pokok daripada keratan tunas lebih cepat besar berbanding semaian daripada benih.

Membeli Semaian
Cara paling mudah dan cepat untuk dapatkan tomato ialah membeli anak pokok yang sedia ada. Ini kerana anda dapat skip proses menyemai. Bagaimanapun, pilihan terhad pada pokok yang sedia ada sahaja. Pilih cambahan yang mantap dan rendah. Cambahan yang lonjong menunjukkan ia tidak menerima cahaya matahari yang cukup. Cambahan lonjong mudah patah ketika mengalih.
Juga, elakkan membeli anak pokok yang ada tanda berbunga awal. Ini kerana ia menunjukkan anak pokok pernah mengalami stress. Paling elok beli cambahan yang masih kecil.

Semaian
Menyemai
Semai di dalam dulang rata sedalam 1 hingga 2 cm. Boleh juga semai dalam blok tanah dan dulang modular. Guna tanah adunan semaian yang diadun khas bersesuaian dengan ekas yang digunakan. (Maklumat tentang tanah adunan semaian ada di dalam Ebook “Menyediakan Tanah Adunan Semaian”, RM20 satu salinan PDF peribadi, SMS/WhatsApp 0175009364 untuk buat pesanan.)
Letakkan bekas semaian di tempat yang terlindung dari hujan yan tdak terlalu sejuk. Benih tomato paling cepat bercambah jika diletakkan di tempat yang panas iaitu suhu antara 24 hingga 30 darjah Celsius.

Bila benih telah bercambah, alih ke tempat cerah. Ini kerana cambahan perlukan cahaya. Tika tidak mendapat cahaya yang cukup, cambahan akan tumbuh tinggi dan lonjong. Ini tidak elok kerana cambahan mudah patah ketika dialih.

Sepasang daun pertama dikenali sebagai daun benih. Rupanya tidak sama dengan daun pokok tomato yang besar, yang dikenali sebagai daun sebenar. Proses fotosintesis berlaku di dalam daun sebenar. Apabila daun sebenar telah kelihatan (daun ketiga dan keempat) , alih anak pokok tomato ke dalam bekas yang beasingan. Saya gunakan bekas pasu 10 cm (4 inci). Tanam lebih dalam, seeloknya pangkal batang ditimbus. Ini kerana bahagian yang tertimbus akan menghasilkan akar sisi. Akar sisi menyerap baja. Jadi, pokok akan dapat menyerap lebih banyak baja.
Ketika ini, pokok telah menjalankan fotosintesis. Jadi ia perlukan air, kelembapan, serta baja. Siran menggunakan air dan larutan the kompos. Letakkan satu sudu baja organik setiap minggu. Jika siram dengan larutan baja, boeh gunakan larutan baja urea menggunakan 1 sudu the baja urea di dalam 5 liter air. Siram sebelah petang.

Apabila pertumbuhan kelihatan lambat sedikit, iaitu akar telah memenuhi ruang dalam pasu kecil, anak pokok mesti dialih ke dalam bekas atau pasu besar, atau alih ke tanah.


Pengukuhan
Jika anak pokok diletakkan di tempat yang teduh, kukuhkan dulu anak pokok sebelum dialih ke tempat panas.  Kukuhkan secara beransur-ansur iaitu, mula-mula kurangkan air supaya akar sedia untuk tubuh jauh.  Kemudian alih ke tempat panas secara beransur, ansur iaitu hari pertama sejam sahaja, esoknya 2 jam, dan sterusnya semakin lama.
Dengan cara ini anak pokok akan terbiasa dengan tempat baru, dan apabila dialih, ia sudah dapat suaikan dengan tempat baru.

Mengalih
Pilih hari yang redup atau alih di sebelah petang.  Tujuannya supaya pokok tidak terkena terik matahari di hari pertama selepas dialih.
Gali lubang lebih dalam dan isikan bahan organik.  Tanam pokok dengan batang bahagian pangkal tertanam sehingga paras darun pertama.  Gunting buang daun pertama. Jika anak pokok tumbuh lonjong (tinggi), tanam bahagian pangkal dan buat alur sedalam 3 hingga 4 cm dan tanam bahagian batang di sepanjang alur sehingga baun pertama.  Gunting buang daun pertama.
Siram dan pastikan tanah sentiasa lembap sehingga pokok kukuh.  Jika perlu pasang pancvang atau sangkar tomato sebagai sokongan batang tomato.

Menanam Terus Tanpa Semaian
Negara kita iklimnya panas sepanjang masa.  Pokok tomato boleh ditanam terus ke tanah jika anda memiliki ruang yang banyak dan tidak kisah jika tidak semua tanah dimanfaatkan.  Boleh tanam di dalam pasu besar atau di atas batas.
Rendam benih selama 2 jam di dalam air suam yang bebas klorin.  Semai benih di dalam lubang sedalam 1 hingga 2 cm.

Jarak
Kebiasaannya jarak antara pokok tomato yang matang adalah di antara 45 cm hingga 90 cm jika ditanam di atas batas.  Jika tanam secara intensif jarakkan antara 45 hingga 60 cm.  Jaraakkan mengikut kesesuaian iaitu mengikut baka tomato serta kesuburan tanah.

Penjagaan
Untuk tuaian yang banyak dan bermutu, pokok tmato perlukan bekalan air dan nutrien (baja) yang mencukupi dan berterusan.  Jika kita bekalkan  apa yang diperlukan oleh pokok tomato dengan cukup, pokok tersebut akan lebih cepat berbunga, menghasilkan buah yang lebat serta besar, insyaAllah.

Menyiram
Daripada pengalaman kami, tomato tahan kering terutamanya jika ditanam di atas batas dan kebiasaannya tidak memerlukan air yang banyak.  Bagaimanapun, jika disira dengan air yag banyak, lebih banyak buah dijhasilkan serta saiznya lebih besar.  Tapi rasa buah yang dihasilkan agak tawar, seperti buah tomato yang dibeli di pasaraya.  Jika kita kurang siram, buahnya lebih jarangdan saiz lebih kecil.  Walaupun begitu, buahnya lebih manis dan enak.

Jika kita tanam tomato di atas batas, akar tomato akan tumbuh jauh ke dalam tanah.  Jadi kita tidak perlu kerap menyiram kerana aka pokok bergerak jauh ke dalam tanah mencari air.  Bagaimanapun, apabila pokok berbuah, elok disiram setiap hari.  Lebih elok lagi, siram dua kali seharri.
Oh ya, ketika menyiram, elakkan daripada menyiram di atas daun kerana daun yang basah mudah dijangkiti kulat.  Kaedah menyiram yang tidak menentu pula boleh menyebabkan buah terkena penyakit reput pangkal buah atau buah merekah akibat bengkak air.
Jadi elok juga jika dipasang sistem irigasi titis menggunakan timer yang melaraskan masa menyiram serta jagkamasa siraman.  Kaedah ini amat praktikal kerana daun tidak basah dan penyiraman adalah seragam.

Kebun Gersang
Pernah, pokok toato ditanam di kawasan yang gersang dengan jumlah hujan yang kurang tanpa sistem irigasi (pengairan).  Buah tomato yang dihasilkan dikatakan lebih manis daripada biasa.  Kita boeh gunakan kaedah ini jika mempunyai tanah yang luas kerana pokok yang ditanam dengan jarak yang lebih jauh dari biasa untuk kurangkan persaingan untuk dapatkan air.
Untuk kurangkan kehilangan air daripada permukaan tanah melalui proses sejatan, tutup permukaan tanah dengan sungkup.

Membaja
Siram pokok dengan baja rumpai laut atau teh kompos sebaik sahaja pokok menghasilkan putik buah yang pertama.  Apabila pokok berbuah, siram dengan the kompos setiap 3 hari.  Uncang teh kompos boleh didapati daripada blog tanamsendiri.com (SMS/WhatsApp 0175009364).

Sungkup
Sungkup adalah lapisan kompos atau bahan yang digunakan untuk menutup permukaan tanah.  Ia mampu mengurangkan rumpai, serta menghalang tanah daripada kehilangan air melalui sejatan.  Ia juga mampu menghalang penyakit daripada merebak.

Penyokong/Pancang
Pokok tomato tidak perlukan penyokong.  Anda boleh biarkan pokok merayap di tanah.  Bagaimanapun kaedah ini mampu mencemarkan atau mencela buah, dan pokok kelihatan kurang kemas dan kurang enak dipandang.  Lagi pun oleh kerana pokok tomato yang tidak disokong menggunakan banyak ruang tanah, kita rugi ruang.  Tidak banyak pokok dapat ditanam dalam ruang yang tertentu.

Jadi, lebih elok jika kita pasang pancang atau kayu penyokong.  Anda boleh juga pasang sangkar dawai menggunakan dawai pagar dengan saiz petak dawai 15 cm (6 inci).  Dengan memasang pancang, kita daat tanam lebih banyak pokok.  Buah pula tidak rosak akibat terkena tanah.  Secara tidak langsung kita dapat hasilkan lebih banyak tuaian dari suatu ruang yang tertentu.  Kawasan tanaman kelihatan lebh kemas dan lebih mudah diurus.

Kebiasaannya pokok tomato dari baka tentu (determinate) ditanam tanpa pancang kerana pokok tersebut dari jenis merimbun.  Jika tanam pokok tomato dari jenis tak tentu (indeterminate), pokok tumbuh tinggi lonjong dan lebih elok dipasang pancang atau sokongan.

Dawai pagai lazimnya boleh dibeli daripada kedai hardware.  Saya lemar gunakan bagai dengan saiz [etak 15 cm dengan lebar dawai untuk buat bulatan sangkar dengan diameter 45cm (1.5 kaki) dan tinggi dawai 90 cm (3 kaki).

Jika kawasan berangi, elok huga diletakkan tiang kayu dan diikat sangkar dawai supaya tidak mudah tumbang.

Untuk kayu pancang, saya gunakan buluh yang dibelah atau kayu bendera setinggi 90 cm (3 kaki).  Kayu petai belalang yang tumbuh melata di kawasan perumahan juga sesuai digunakan.

Maklumat lanjut tentang serangan perosak dan penyakit serta cadangan cara menyelesaikan masalah tersebut ada dibincangkan di dalam Ebook “Mudahnya Tanam Tomato.”

Menuai
Buah tomato lazimnya sedia untuk dituai selepas 45 hingga 75 hari tomato berbunga.  Perbezaan waktu bergantung kepada baka tomato serta kaedah penanaman serta iklim.  Biasanya buah mengambil masa 30 hingga 45 hari untuk menjadi hujau sepenuhnya dan 15 hingga 30 hari lagi untuk meranum.  Buah tomato ranum sepenuhnya selepas seminggu bertukar warna kepada warna merah.  Lazimnya tomato tidak akan ranum jika suhu terlalu sejuk atau terlalu panas.  Maksud saya, jika suhu melebihi 30 darjah Celsius, tomao sukar meranum.

Ada yang kata, buah tomato perlukan cahaya matahari untuk meranum.  Saya berpendapat, bukannya cahaya tetapi haba.  Ini kerana saya perhatikan, kadang-kadang buah tomato yang terlindung daripada cahaya terus lebih cepat ranum daripada buah tomato yang terdedah kepada cahaya terus.

Jika bimbang tomato yang ranum sepenuhnya akan dimakan burung atau haiwan lain, anda boleh petik buah tomato seblum ia ranum sepenuhnya.  Tomato akan terus meranum walaupun telah dipetik.  Walaupun begitu, tomao yang ranum di pokok lebih ranum daripada tomato yang ranum  selepas dipetik.

Simpan buah tomato di tempat yang udara bebas mengalir untuk elakkan buah menjadi rosak atau buruk.  Jangan simpan di dalam peti sejuki.  Buah yang disimpan di luar tahan selama 2 minggu selepas dipetik.

Jika ingin simpan di dalam peti sejuk (beku), celup buah di dalam air mendidih dan siat kulitnya.  Simpan di dalam bekas plastik yang tertutup atau plastik zip dan letakkan di dalam peti ais.  Anda boleh juga simpan puri tomato di dalam peti ais.

Untuk ranumkan buah tomato, letakkan di dalam bekas bersama buah pisang yang telahranum.  Pastikan buah tidak bersentuhan sesama sendiri dan keluarkan buah yang telah rosak.

Pembenihan
Anda boleh membuat benih sendiri.  Kaedahnya dibincangkan di dalam Ebook “Mudahnya Tanam Tomato”.

Maklumat lain yang ada di dalam Ebook:
Kandungan buah tomato hijau dan kandungan buah tomato ranum,
Menanam di dalam bekas,
Suhu dan keperluan waktu,
Keperluan membaja dan menyiram,
Masalah penanaman dan penyelesaiannya,
Penanaman tanpa tanah (hidroponik), serta penyediaan larutan baja,
Anggaran kos pengeluaran dan pendapatan, jika berminat untuk menanam secara komersial.








Isnin, 8 September 2014

Tanamsendiri -- Bunga Matahari

Cara Menyemai Benih Bunga Matahari

Merendam
Rendam benih di dalam air suam dengan suhu antara 40 hingga 60 darjah Celsius sehingga air kembali ke suhu bilik atau selepas 2 jam direndam. Lepas merendam, terus semai.
**Untuk penyediaan air suam, isikan ½ cawan air panas mendidih, tambahkan 2 cawan air paip.

Menyemai
Gunakan tanah adunan semaian atau tanah kompos yang mampu menyimpan air.  Lembapkan tanah, jangan terlalu basah.  Tanam benih dengan bahagian tajam (bahagian tunas akar keluar) ke arah bawah di dalam lubang sedalam 5 cm.  Letakkan 1 hingga 3 benih dalam satu lubang.  Jarakkan antara lubang kira-kira 15 cm.  Jika semai di dalam dulang semaian modular, semai 3 benih dalam satu sel.  Jika gunakan jiffy-7 letakkan 2 benih dalam satu sel.  Benih akan bercambah dalam masa satu minggu.  Selepas benih tumbuh kukuh, kerat cambahan yang lemah.  Tinggalkan 1 atau 2 cambahan dalam 1 lubang.

Mengalih
Sementara itu sediakan bekas yang besar sekurang-kurangnya dengan kedalaman 30 cm.  Jika ingin alih ke tanah, gali lubang sedalam 30 cm dan gaulkan tanah yang digali dengan baja organik (pellet tinja ayam) setebal 5 cm.  Kawasan tersebut akan tertimbun keluar dengan busut setinggi 5 hingga 10 cm.  Siram dan biarkan sehingga cambahan sedia untuk dialih.  Jika ingin tanam dalam bekas, gaulkan 20 cm tanah kebun dengan 5 cm tinja ayam, isikan sehingga ¾ bekas dan siram.

Apabila cambahan telah tumbuh antara 3 hingga 4 helai daun, atau 2 minggu selepas bercambah, ia sedia untuk dialih.  Letakkan bekas semaian di tengah panas 2 hingga 3 jam sehari untuk kukuhkan cambahan.   Pastikan tanah kekal lembap.  Selepas 3 hari, alih cambahan.
Tanah ke tanah atau dalam bekas hingga ke paras set daun pertama.  Lakukan aktiviti mengalih di sebelah petang.  Siram untuk basahkan tanah tapi jangan sampai air bertakung.

Menjaga
Siram setiap hari di sebelah pagi jika tidak hujan.  Apabila kudup bunga utama keluar, kerat tunas sisi, untuk dapatkan bunga dengan saiz yang besar.  Cabut rumpai untuk elakkan persaingan air dan baja.

Menuai
Jika ingin tuai biji, tunggu sehingga pokok kering.

Khamis, 4 September 2014

Beli Benih Dapat Benih?

Salad Itali, cantik rupanya dan enak rasanya.

Beli benih dapat pelbagai benih salad yang mudah tumbuh dan mudah jaga. Semai minggu ini Oktober dan November dah dapat tuai. Benih yang dinamakan benih kongsi diberi percuma, tanda penghargaan dari kami.
Anda juga boleh dapatkan benih Salad Itali atau mana-mana salad dengan memilihnya daripada senarai.  Satu pek benih salad harganya RM2 sahaja.  Untuk buat pesanan, sila SMS/WhatsApp 0175009364.

Isnin, 1 September 2014

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Tomato, Kiriman Puan Haslina Hassan

Hari ini kita dapat menatap gambar kiriman Puan Haslina Hassan.  Gambar menunjukkan satu gugus tomato yang belum ranum.  Buah tomato kelihatan segar tanpa serangan makhuk perosak.
Tanamsendiri tomato memang amat berbaloi kerana buah yang dihasil berbeza rasanya dengan tomato pasaraya.  Ini kerana buah yang dituai dimakan segar.
Terima kash Puan Haslina Hassan kerana sudi berkongsi gambar.