Khamis, 31 Julai 2014

Set Eksotik Kailan

Koleksi 15 pek benih kailan yang mudah disemai dan dijaga dari 5 jenis benih kailan yang istimewa. Anda akan dapat menikmati kailan tanamsendiri 6 hingga 8 minggu selepas disemai. Set ini  boleh ditanam dalam bekas tanpa perlukan kawasan bertanah. Kini anda boleh menanam sayur kailan  di rumah walaupun tinggal di tingkat atas pangsapuri.

Set ini mengandungi: 
Kailan Hong Kong (3 pek)
Kailan Tokyo (3 pek)
Sawi Kailan Jepun (3 pek)
Kailan 117 (3 pek)Jepun
Kailan OP (3 pek)

Cara Menanam:

Di mana nak tanam?
Kailan boleh tumbuh sehingga paras pinggang, jadi tanam dalam tempat yang ada ruang yang mendapat cahaya matahari. Anda boleh tanam dalam bekas. Gunakan tanah yang kaya dengan kompos yang elok salirannya.  Anda boleh gunakan tanah kebun yang kaya dengan bahan organik.  Jika tanah mengandungi terlalu banyak tanah liat, tambah sedikit pasir supaya air boleh mengalir melaluinya.  Elok juga tambah bahan organik.  Pellet baja tinja ayam, kondisyenenr tanah atau daun reput sesuai digunakan.

Bila nak tanam?
Negara kita panas sepanjang tahun, bila-bila pun boleh tanam.

Semai
Benih kailan amat kecil iaitu berbentuk bulat dengan jejari kira-kira 2mm.
Semai dalam bekas semaian atau modul semaian sedalam 2 cm. Sembur untuk basahkan benih.  Gunakan tanah kebun yang digaul dengan bahan organik (kompos) atau gunakan tanah semaian.  Benih akan bercambah dalam masa 2 hari.  Jika ingin buat tanah adunan semaian sendiri, boleh dapatkan Ebook “Menyediakan Tanah Semaian.”  Ebook dalam format PDF dan sesuai dibaca menggunakan mobil serta laptop.  Harganya hanya RM20 satu salinan peribadi.

Alih
Alih pokok selepas 6 hingga 8 hari. Hati hati ketika mengalih, jangan rosakkan akar. Jarakkan kira-kira 45 hingga 60cm (18 hingga 24 inci).  Atau letakkan satu atau 2 anak pokok dalam pasu sedalam 25 hingga 30 cm (10 hingga 12 inci).

Penjagaan
Buang rumpai selalu untuk elakkan perebutan nutrien. Siram tetapi jangan terlalu banyak. Baja dengan baja organik.  Jika ingin kekalkan lembapan tanah, tutup permukaan tanah dengan daun reput.

Tuai
Anda tidak perlu tuai seluruh pokok. Petik daun yang segar dan biarkan pokok terus tumbuh.  Gunakan unting dapur yang bersih untuk kerat tangkai daun.

Cendawan Dari Dapur; Senarai Yang Diperlukan


Cendawan Dari Dapur; Dalam aktiviti ini kita bukan sahaja akan bincang cara hasilkan cendawan menggunakan bahan dari dapur, malah kita akan bincangkan cara mengawet cendawan yang berkesan. Ini kerana, jika menjadi, saya pasti rakan-rakan akan hasilkan cendawan lebih daripada yang diperlukan. Jika cara simpan tak kena, cendawan akan rosak atau kualitinya menurun. Selain dari itu, saya berharap rakan-rakan akan kongsi resepi masakan masing-masing.
Niatnya, kaedah yang akan dibincangkan mampu dibuat oleh semua dengan kos penghasilan yang rendah.
Tak, aktiviti ini bukannya untuk menggantikan kaedah komersial. Ia hanya sekadar untuk hobbyist atau untuk menghasilkan makanan (cendawan) dengan murah.
Jangan lupa ya, esok saya akan pamerkan senarai bahan/alatan yang diperlukan.
Sila share/like supaya dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan.

Rabu, 30 Julai 2014

Cendawan Dari Dapur; Sabar Menanti Waktunya

Cecair peluntur dan sabun adalah pembasmi kuman yang berkesan dan mudah diperoleh.

Ramai rakan yang tak sabar untuk sama sama hasilkan cendawan dari dapur. Ada yang dah buat bacaan sendiri dan hubungi saya. Tak sabar tu hingga dah ajukan soalan berkait dengan beberapa isu. Antaranya, isu basmi kuman. Ada yang tanya, mana nak dapat bahan kimia seperti hidrogen peroksida, etanol dan lain lain.
Jangan risau. Jangan taksub sangat dengan semua tu. Nak basmi kuman, sabun kan ada? Peluntur (Clorox) kan ada?
Kita guna bahan dari dapur. Itu janji kami. Bertenang. Nanti kami akan beritahu bahan yang diperlukan.
InsyaAllah 4 Ogos kita mulakan aktiviti. Saya akan senaraikan bahan yang diperlukan pada hari Jumaat 1 Ogos. Ok kan?
----------------------

Sila Like dan Share supaya rakan-rakan anda juga dapat manfaat dari aktiviti tersebut. Jika cut n paste, sila nyatakan sumber; http://www.tanamsendiri.com

Selasa, 29 Julai 2014

Aktiviti Selepas Raya

Alhamdulillah, hari ini kembali menggodek laman Tanamsendiri.  Mohon maaf sebab saya tak dapat response ucapan hari raya dengan serta merta.  Satu-satu, insyaAllah.  Seronok beraya sampai lupa nak buka mobile.
Begitu juga dengan pertanyaan dan pesanan, saya akan semak satu satu.  Esok saya akan mula proses pesanan.  Kiriman akan dibuat pada hari berikutnya.
Oh ya, tentang cara untuk hasilkan sendiri cendawan menggunakan bahan dari dapur, hari ini mula megumpul bahan dari dapur yang boleh digunakan untuk menghasilkan benih cendawan.  Ni kira improvise.  Saya akan mulakan perbincangan pada hari Isnin 4 Ogos.  Jangan lupa, 4 Ogos.  Sila Share!  Jika cut n paste, jangan lupa nyatakan sumber; http://www.tanamsendiri.com

Sebahagian daripada alatan aktiviti menghasilkan cendawan dari bahan dapur.


Khamis, 24 Julai 2014

Cendawan Dari Dapur


InsyaAllah lepas raya, kami akan tunjukkan cara untuk hasilkan sendiri cendawan menggunakan bahan dari dapur serta cara dapatkan benih cendawan daripada cendawan pasaraya.

Selasa, 22 Julai 2014

Menyemai Tetapi Cambahan Tak Muncul, mengapa ya?

Saya ada menerima beberapa aduan daripada rakan-rakan, benih sawi yang disemai tak tumbuh. Bila disoal, saya pun jadi buntu, sebab kaedah menyemai yang digunakan dah betul. Jadi saya pun ambil keputusan untuk ujicambah semula batch benih yang berkaitan.
Selepas disemai menggunakan tanah adunan semaian, saya puun sabar menunggu. Selepas tiga hari, benih kelihatan kembang dan mula pecah. Alhamdulillah, bisik hati, bercambah. Setelah ditunggu, benih tidak bertunas. Mungkin suhu, kerana suhu disiang hari depan rumah saya hampir mencecah 38 darjah. Sebelah malam pula 32 darjah. Panas, benih apa pun boleh mati.
Jadi saya cuba sekali lagi, kali ini tutup dengan jaring plastik hitam. Selepas seminggu, tiada tanda berlaku proses pembibitan.
Saya pun jadi buntu. Stok benih ni banyak. Ruginya kalau dibuang.
Terfikir juga, jangan-jangan air sebab air paip mengandungi klorin. Saya pernah terbaca dalam satu jurnal, jika air mengandungi klorin sesetengah benih mati.
Saya pun tak berharap sangat, jadi tabur benih satu cubit dalam bekas plastik. Walaupun satu cubit, untuk sawi dalam bekas kecil begitu, kuantitinya banyak. Kali ini saya ambil satu cawan air daripada kolam tadahan hujan dan basahkan tanah.
Tiga hari kelihatan tunas akar keluar. Nah tengoklah sendiri. Seminggu kemudian bekas penuh dengan cambahan. Sekarang timbul masalah baru, macamana nak alih ni? Rupa-rupanya air yang saya guna telah menghalang proses percambahan.
Untuk rakan-rakan yang gagal cambahkan sawi, cuba guna air yang telah ditapis, atau air yang telah dididih, iaitu air tanpa klorin.
Oh ya, jika air menjadi faktornya, untuk menyemai benih tembikai, labu, kacang, bunga matahari dan lain-lain, cumai semai terus tanpa direndam terlebih dahulu. Jika ingin rendam, gunakan air yang bebas klorin.

Semaian sawi.  Cambahan rapat sebab benih ditabur padat kerana menyangka benih tidak bernas.  


Isnin, 21 Julai 2014

Tuaian Hari Ini -- Bayam Malabar, Bayam Amaranthus, Timun dan Bunga Telang

Tuaian pelbagai jenis sayur.
Tuaian ini untuk berbuka puasa.  Daun bayam malabar telah dimasak goreng ikan bilis.  Semuanya habis tiada tinggal sisa.  Alhamdulillah.  Selama ini saya goreng dengan bawang putih. Tak sangka bila digoreng bersama ikan bilis.  Sayur lain dijadikan hidangan ketika bersahur.
Alhamdulillah sayur yang ditanam di depan ruma cukup untuk bekalkan sayur di sepanjang bulan ramadhan.  Hanya sayur yang ambil masa yang lama atau tak serasi di kawasan panas sahaja yang kami beli, misalnya celery, dan lobak merah.  Memang jimat belanja dapur.

Sabtu, 19 Julai 2014

Gambar Hari Ini -- Cili Kapitan


Cili kapitan masih belum ranum, tak sabar menunggu. Pokok batch pertama telah habis terjual. Biasanya saya tak jual pokok yang dah berbuah sebab bimbang pokok mati selepas berbuah, kerana pokok berbuah tak tahan kejutan ketika dialih. Tapi bila ingatkan rakan datang dari jauh dan ingin bawa balik kampung, saya jual juga. Tapi hati berdebar aja bimbang pokok mati selepas dialih.
Ya, saya dah jelaskan pada rakan tersebut risiko mengalih pokok cii yang dah berbuah.
Lihatlah sendiri saiz buah muda ni. Barangkali bila dah ranum besar mana ya?

Khamis, 17 Julai 2014

Tuaian Cendawan

Cendawan, hasil tuaian hari ini.

Alamak, dua tiga hari ni alpa. Tak periksa bongkah cendawan. Rupa-rupanya dah banyak yang matang.

Tak, saya tak jual bongkah cendawan.  Buat masa ini saya sedang kemaskini ebook, "Cendawan dalam Balang Jem", iaitu ebook tentang menanam cendawan di rumah, disasarkan pada mereka yang ingin tanamsendiri cendawan di rumah.  Untuk hobbyist.  Cara penanaman tak ortodoks sebab kaedah diubah suai ikut pengalaman kami yang suka menggodek dan tidak ikut mainstream.  Semua maklumat berdasarkan pengalaman ketika belajar dulu.  Ijazah pertama saya dulu, Biology.  Jadi saya lebih fokus kepada the biological side.

Rabu, 16 Julai 2014

Gambar Hari Ini -- Cambahan Labu Manis Orangeman


Cambahan labu lemak manis orangeman dalam cawan, dah semakin mantap.  Labu ini menghasilkan buah berwarna oren dengan jisim sekitar 800g hingga 1.5kg.  Kulit labu ini nipis dengan isi yang lemak manis, enak jika dibuat pengat, kaya atau pai labu.  Batch terdahulu, sebahagian saya goreng celup tepung.  Memang enak.    
Niat saya, kalau ada ruang saya akan tanam tepi pagar rumah atau tanam depan rumah, ganti pokok labu air pesta tanglung yang dah berkurangan pertumbuhannya.  
--------------------------------------------
Benih ada stok, jika berminat boleh sms/whatsapp 0175009364.

Benih (Bebawang) Pokok Bunga Harum Sundal Malam Untuk Dijual

Bebawang harum sundal malam masih ada stok. Satu set 5 bebawang harganya RM10. Tambah RM10 untuk kendalian poslaju. 
SMS/WhatsApp 0175009364 untuk buat pesanan.

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Kobis Cina

Kobis cina adalah antara sayur yang mudah dijaga dan menghasilkan tuaian yang enak dimakan, dimasak atau dibuat ulam/salad.  Terdapat beberapa baka kobis cina yang dikongsi melalui blog ini, iaitu kobis cina 663, kobis cina 636, kobis cina ong king dan kobis cina dinasti tang.  Sayur ini boleh dituai keseluruhan atau dikerat tangkai daun sepaya terus tumbuh.  Sayur kobis cina kelihatan seperti sawi dengan daun yang berkedut.  Kadang-kadang sayur ini kenali sebagai sawi kerinting atau sayur putih.  Gambar yang dipamerkan hari ini adalah kiriman Nur Azlin Fathil.  Terima kasih Puan Nur Azlin kerana sudi berkongsi gambar.

Benih Untuk Dijual -- Bayam Merah baka Autumn

Bayam Merah baka Autumn adalah bayam dengan daun berwarna hijau dengan tengah (sekitar urat daun) berwarna ungu bercampur merah.  Bayam ini popular di negara kita.

Bayam merah autumn serta contoh benih yang dikeluarkan daripada satu pek benih.


Setiap pek mengandungi purata 100+ biji benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.



 

Tanam Sendiri--Terung, Solanum melongena

Terung, sayur buah yang popular dalam masyarakat kita.  Buahnya enak dimakan muda bewarna putih, ungu tua atau hitam dengan bentuk panjang, bujur atau bulat telur.  Terung adalah dari keluarga yang sama dengan kentang iaitu keluarga Solanum.  Pokok terung perlukan banyak cahaya dan sesuai ditanam dalam bekas.  Bagi rakan-rakan yang tiada ruang atas tanah, terung sesuai ditanam di dalam pasu yang besar.

Buah terung yang dipetik muda enak dimakan. 

Tempat
Terung perlukan banyak cahaya dengan tanah yang subur.  Ia sesuai ditanam dalam tanah yang kaya dengan organik. pH 5.5 hingga 6.8.  Seeloknya gaulkan 5 cm (2 inci) baja organik tinja ayam dalam 15 cm (6 inci) tanah.

Cara Menyemai Benih
Rendamkan benih dalam air suam sehari sebelum menyemai untuk menpercepatkan percambahan iaitu bermalam.  Tanam dalam dulang semaian atau bekas kecil menggunakan tanah organik (tanah adunan semaian).  Tanam sedalam 2 cm.  Ada yang syorkan supaya tutup permukaan bekas semaian dengan plastik hitam selama 2 hari kerana benih terung akan bercambah dalam gelap sepenuhnya.  Benih terung akan bercambah dalam masa 1 hingga 5 minggu.

Mengalih Anak Benih
Alih anak benih apabila ia tumbuh setinggi 8 hingga 10 cm (3 hingga 4 inci) atau apabila daun sebenar telah tumbuh ke dalam bekas besar atau ke atas batas.  Jika inginkan pohon yang rimbum, apabila pokok mencapai 20 cm (8 inci) patahkan pucuk yang utama.  Jika tanam atas batas, jarakkan pokok kira-kira 45 hingga 60 cm (18 hingga 24 inci).

Penjagaan
Merumput  dan siram selalu.  Jangan biarkan tanah kering tapi jangan pula sampai air bertakung.  Tambah baja setiap 2 minggu.  Gunakan baja organik.  Untuk cepatkan pertumbuhan siram teh kompos atau air rumpai laut untuk bekalkan natrium dan kalium.
Jika keadaan kering (musim kemarau), tutup permukaan tanah dengan sungkup, misalnya jerami atau tanah daun untuk kekalkan kelembapan tanah.


Penjagaan pokok terung tidak cerewet.  Ia boleh ditanam dalam bekas dan diletak di tepi rumah.


Pokok terung ini dibaja menggunakan baja organik menggunakan kompos dari bahan dapur.

Menuai
Petik buah ketika ia paling berkilau.  Apabila buah kurang berkilau, ia semakin pahit dan kurang enak dibuat ulam.  Gunakan pisau atau gunting kebun dan kerat pada tangkai buah.


Petik buah terung ketika ia paling berkilau.

Masalah
Perhatikan pokok, ia mungkin diserang kekabuh terung, lalat buah, bena (aphid), whitefly dan ulat bulu.  Buang atau musnahkan haiwan perosak jika temui.

Fakta Tentang Terung
Benih kekal bernas selama 6 hingga 10 tahun jika disimpan dalam bekas yang kering padasuhu bilik.
Kadar cambahan benih, 60%.
Suhu optima percambahan adalah pada 25 hingga 30 darjah Celsius.
Tanam 2 pokok untuk setiap ahli keluarga yang makan terung.
Waktu tuai, 70 hingga 110 hari selepas menyemai.  50 hingga 75 hari selepas mengalih anak pokok.
Satu pokok menghasilkan 5 hingga 10 buah dalam satu masa.

Selasa, 15 Julai 2014

Status Kiriman

Untuk makluman rakan-rakan, mohon maaf kerana kiriman yang dijanjikan semalam tidak dapat dibuat pada waktu yang dijanjikan kerana ada aral. Kiriman akan dibuat hari rabu.

Ahad, 13 Julai 2014

Kekabuh Ladybird Berkunjung Ke Laman Depan Rumah

Kekabuh ladybird yang bermanfaat kerana makannya ialah serangga berbadan lembut yang merosakkan pokok cili.
Dua tiga hari ni, pokok cili tumbuh dengan subur dan putik buah mula muncul dengan jumlah yang banyak.  Bila pucuk pokok cili berkedut, saya mula risau kerana itu tanda pcuk tersebut diserang serangga perosak yang amat halus yang dikenali sebagai thrip.  Bila diperhatikan pada batang terdapat semut berkeliaran, tanda kemungkinan tidak lama lagi pokok cili yang saya tanam mungkin akan diserang bena.  Ini kerana semut tersebut adalah dari jenis penternak yang menternak bena.  Bena menghisap cairan daripada batang pokok cili dan semut akan tuai cairan tersebut krana ia kaya dengan nutrisi.  Akibatnya pokok cili yang saya tanam akan "sakit" dan tidak lagi kelihatan subur akibat kekurangan nutrien.
Bagaimanapun pagi ini saya merasa lega kerana ternampak beberapa ekor kekabuh ladybird bergerak pantas di atas daun.  Ada yang sedang memakan serangga perosak, ada pula yang sedang mengawan.  Tandanya, lebih banyak kekabuh ladybird baru yang akan muncul.
Saya sememangnya menantikan kehadiran kekabuh ladybird dari jenis ini kerana ia tidak makan daun dan hanya memakan bena serta serangga perosak berbadan lembut yang lain. Kekabuh ladybird membantu mengurangkan jumlah bena dan thrip yang merosakkan tanaman cili.

Jika terjumpa larva seperti dalam gambar (di sebelah kanan), jangan dibunuh.  Ia adalah larva kekabuh ladybird yang baik.  Larva tersebut juga memakan bena serta serangga perosak berbadan lembut yang lain.

"Welcome my lady".

Selasa, 8 Julai 2014

Kos Kendalian Pos Biasa dan PosDaftar

Untuk makluman rakan-rakan kiriman untuk PosBiasa kini dikira sebagai pakej kecil walau hanya mengirim 1 pek benih.  Jadi harga setem untuk Posbiasa yang paling murah ialah RM4 dan tambahan RM4 selain daripada kos daftar untuk kiriman melalui PosDaftar.  Oleh sebab itu jumlah yang perlu dibenlanjakan untuk kiriman PosDaftar kini lebih mahal daripada jumlah untuk kiriman PosLaju.  Oleh sebab itu, untuk kendanlian PosLaju dan PosDaftar, kami kenakan pukul rata iaitu sebanyak RM10.  Mana-mana kiriman di Malaysia, tidak kira jumlah pesanan, kos kendalian PosLaju dan PosDaftar ialah RM10.
Kos setem untuk Posbiasa pula telah meningkat sebanyak 400% iaitu daripada 80sen kepada RM4.00 kerana kiriman benih (walaupun satu pek) dikira sebagai pakej kecil.  Ini menyebabkan perbelanjaan untuk kiriman benih kongsi meningkat secara mendadak.  Oleh sebab itu kami memohon maaf kerana tidak lagi mengagihkan benih kongsi secara percuma.  Benih kongsi hanya akan diberi secara percuma dengan pembelian benih.  

Harap maklum.

Cara Memesan Benih/Alatan

Untuk pesan benih atau alatan, ikut langkah berikut.

1.  Pilih benih atau alatan yang ingin dipesan daripada senarai benih atau alatan untuk dijual yang terletak dipanel kanan blog.   
2.  Tentukan jumlah pek serta harganya.
3.  Tambah RM10 untuk kendalian pos (poslaju atau PosDaftar).  Kami tidak lagi galakkan kiriman melalui PosBiasa kerana tiada no trekking.  Kiriman PosBiasa dibuat hanya jika pembeli insist dan tiada gantian dibuat jika berlaku kehilangan barang.
4.  Buat bayaran melalui mana-mana akaun berikut.

Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754

atau

Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114

atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]

Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email:  [email protected]
Recipient Mobile: 0183601610

5.  Kemudian emel [email protected] dan nyatakan
a)  maklumat tentang bayaran,
b) jenis benih atau alatan serta bilangan pek,
c) nama, alamat, dan no mobile penerima benih.  Jika inginkan kiriman lain daripada Poslaju sila nyatakan.

5.  Pastikan anda menerima respons daripada kami.  Jika tiada respons dalam masa 24 jam, sila emeil maklumat pesanan ke [email protected] untuk pastikan kami ada menerima pesanan tersebut.

6.  Kiriman dibuat pada pagi Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja.  Pesanan diproses mengikut giliran.  

7. Walaupun kami berusaha sedaya upaya untuk memproses pesanan secepat mungkin, sila berikan masa  2 minggu untuk pos berdaftar dan 1 minggu  untuk poslaju.

Ahad, 6 Julai 2014

Tuaian Hari Ini -- Sayur untuk Ulam Ketika Berbuka

Sayur untuk ulam waktu berbuka hari ini.

Tuaian hari ini...
Untuk cicah sambal lada ketika berbuka nanti.
Buah labu air baka pesta tanglung, basil, tulasi, bayam malabar, pucuk ubi kayu, pucuk cili centil dan ulam raja.
Buah labu air dan pucuk ubi kayu akan dicelur terlebih dahulu.
Ulam seperti ini pasti akan membuatkan nasi lebih laris ketika berbuka nanti.

Gambar oleh Rakan Tanamsendiri -- Tuaian Pelbagai Jenis Sayur

Tuaian pelbagai jenis sayur.  Gambar milik Puan Rosemawati Arifin.


Alhamdulillah hari ini kita dapat menatap gambar yang dikirim oleh Puan Rosemawati Arifin. Gambar menunjukkan sayuran yang ditanam di sekeliling rumah secara organik. Banyak hasil tuaian ni. Memang berbaloi tanamsendiri di rumah. Yang pasti, jimat belanja dapur. :) Terima kasih Puan Rosemawati kerana sudi berkongsi gambar.

Sabtu, 5 Julai 2014

Tuaian Hari Ini -- Timun Mini dan Ulam Raja Untuk Ulam Waktu Berbuka

Timun mini dan ulam raja.
Di bulan puasa ni seronok bila tanamsendiri di rumah.  Maklum sajalah merata-rata jalan jem entah kenapa.  Mungkin kerana bila puasa selera kita menjadi terlebih jadi tak hairanlah jika jalan jem kerana orang berpusu-pusu berebut ke pasar, pasaraya dan pasar ramadhan.  Bila menanam di rumah, kita tak perlu masuk ke dalam jem untuk mendapatkan makanan yang diidamkan.  Kita cuma perlu  keluar ke laman rumah dan petik saja.
Di bulan puasa tahun ini kami memang agak puas makan kerana kira-kira 6 minggu sebelum puasa kami mula merancang serta mengerjakan ruang di laman rumah dengan menanam tanaman sayur dan lain-lain dengan harapan dapat dituai di bulan puasa.

Jumaat, 4 Julai 2014

Masalah Daun Cili Menjadi Kuning dan Berkedut

Daun cili kekurangan nutrien kerana tanah terlalu berasid.
Kadang-kadang dalam banyak pokok cili yang ditanam, ada yang terbantut seperti ini. Daunnya menjadi kuning di antara urat-urat daun dan berkedut. Bahagian berdekatan urat kekal hijau.
Jangan risau, ini tanda pokok kekurangan magnesium. Biasanya tanah mengandungi magnesium. Kita juga boleh tambah bahan tersebut menggunakan baja. Bagaimanapun, magnesium hanya boleh diserap oleh pokok jika pH antara 5 hingga 8. Jika tanah terlalu beasid atau terlalu beralkai pokok gagal menyerap nutrien tersebut.
Jika anda syak tanah terlalu berasid, tabur sedikit kapur pertanian untuk tingkatkan pH. Sementara itu, sembur daun dengan booster cili.
Untuk tentukan pH tanah, gunakan meter pH khas untuk tanah atau campurkan air dengan tanah dan uji menggunakan pH meter atau kertas uji pH. Rakan-rakan boleh dapatkan jalur kertas uji pH dari kami. Harga 1 buku kertas pH ialah RM10. Untuk tentukan pH, celup jalur kertas uji pH dan bandingkan warna jalur kertas uji pH dengan skala pH yang disertakan.
Booster cili juga ada dijual. Harganya RM10 satu unit. Jika dibeli kedua-dua bahan tersebut, saya akan ertakan satu pek benih cili pilihan anda secara percuma. SMS/WhatsApp 0175009364 untuk buat pesanan.

Tawaran Hari Ini -- Booster Percuma Bersama Benih Cili Kapitan

Cili kapitan


Cili kapitan, rupanya seperti cili benggala yang dikacuk dengan cili merah.  Saiz buahnya besar dan pokok tahan panas, sesuai ditanam  di kawasan rendah yang panas.
Puas hati tanam cili ni, kerana rupanya yang unik ia bukan sahaja tanaman makanan, malah boleh dijadikan pokok hiasan.
Kami ada benihnya.  Harga satu pek, RM5.
-------------------------
Jika beli 8 pek hari ini, kami akan sertakan booster cili (nilai RM10) secara percuma.  Anda hanya perlu bayar RM50 iaitu RM40 untuk benih dan RM10 untuk kendalian poslaju.  Kami telah sediakan 5 set pek percuma booster.  Cara menanam cili serta cara menggunakan booster disertakan secara percuma.  Jangan ketinggalan.

SMS/WhatsApp 0175009364 untuk buat pesanan.

Khamis, 3 Julai 2014

Kobis Merah Tak Perlu Tunggu Membentuk Bola

Kobis merah.
Kobis merah kalau ditanam di dalam pasu, ia kelihatan seperti bunga yang amat besar. Selain jadi sajian, yang pasti, ia juga menyerikan laman rumah. Tak perlu tunggu bola kobis terbentuk. Saiz sebegini dah boleh dituai. Buat acar, goreng dengan bawang putih pun enak. Ia rangup.
Benih kobis merah ada stok. SMS/WhatsApp 0175009364 untuk pesan benih.

Ulam Raja, Enak Cicah Sambal

Ulam raja
Peminat ulam tempatan pasti kenal pokok ini -- Ulam Raja.  Pokok ulam raja sebenarnya adalah pokok bunga kosmos dengan bunga merah jambu, nama latinnya Cosmos cauditus.  Daunnya enak dimakan sebagai ulam, amat serasi jika dicicah sambal lada, sambah kicap dan bawang atau sambal tempoyak.
Ada juga yang memberitahu saya mereka juga memakan daun ulam daripada bunga kosmos kuning iaitu Cosmos sulphureus.  Saya dah cuba, ia juga enak tetapi aromanya tidak sama seperti ulam raja.

Benih ulam raja ada stok.  Untuk pesanan, sms/WhatsApp 0175009364.

Cili Centil Hangat

Cili centil yang sedang ranum.
Dulu saya ingat cili padi/lada jarum semuanya sama -- kecil dan hangat.  Rupa-rupanya berbeza.  Bila digoreng, aromanya berbeza.  Kehangatannya juga berbeza.  Saiz, bentuk dan warna juga berbeza.
Cili centil ini benihnya berasal dari Taiwan.  Buah halus kecil sepanjang 2 hingga 2.5 cm aja tapi hangatnya berpeluh kuli kepala kalau makan, walaupun buah yang masih muda.
Cili ini enak kalau diblend lumat dibuat sambal kicap.  Semakin lama disimpan, semakin hangat.  Enak dimakan bersama mee goreng.  Walaupun begitu jangan risau kerana hangat cili ini booleh ditawarkan denagn kuah jeruk mempelam Terengganu.  Hirup sikit kuah jeruk tersebut insaAllah kehangatan cili hilang.

Kami ada simpan banyak jenis cili padi, iaitu:

1.Cili burung hot hit (RM2/pek)
2.Cili burung Thai (RM2/pek)
3.Cili padi 104 (RM2/pek)
4.Cili padi Centil (RM5/pek)
5.Cili padi cyberhot (RM2/pek)
6.Cili padi kampong (RM2/pek)
7.Cili padi merah pedas (RM2/pek)
8.Cili padi merah sejambak (RM5/pek)
9.Cili padi Thai (RM2/pek)

Dapatkan segera sebelum habis stok.  SMS/WhatsApp 0175009364 untuk pesanan.

Anak Pokok Kacang Panjang Tug-of-War

Anak pokok kacang panjang tug-of-war.
Anak pokok kacang panjang tug-of-war dalam cawan pakai buang. Dulu saya ingat kacang panjang hanyalah kacang panjang. bila mula menanam sendiri, saya dapati kacang panjang ada pelbagai rasa yang unik. namun begitu ketika itu saya tak dapat jelaskan mengapa atau apakah kaitan kacang panjang dengan rupa benihnya. Kini setelah "bermain" dengan benih barulah saya dapat kaitkan rupa benih denagn sifat lenggai kacang yang dihasilkan. Kacang panjang tug-of-war menghasilkan lenggai yang liat dan enak dimasak.

Berikut adalah senarai kacang panjang yang ada dalam stok kami;
1. Kacang mata hitam (RM2/pek)
2. Kacang panjang galaxy (RM2/pek)
3. Kacang panjang green arrow (RM2/pek)
4. Kacang panjang ular (RM2/pek)
5. Kacang panjang hard bean (RM2/pek)
6. Kacang panjang green crane (RM2/pek)
7. Kacang panjang tug-of-war (RM2/pek)
8.Kacang panjang tempatan (RM2/pek)

Untuk pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364

Anak Pokok Salad Itali

Anak pokok salad itali dalam cawan

Kini kami ada pelbagai jenis salad dalam koleksi. Antara benih koleksi terkini ialah salad itali. Benih begitu bernas, dan bercambah dalam masa 3 hari selepas disemai menggunakan medium adunan semaian.
Anak pokok ini saya semai dalam cawan pakaibuang. InsyAllah saya akan alih ke dalam ruang yang lebih luas. Jika pokok tumbuh dan membesar pada kadar ini, saya rasa ia dah dapat dituai dalam 2 minggu lagi.

Senarai lengkap benih salad dalam simpanan kami adalah seperti berikut:
1. Salad Amerika (RM2/pek)
2. Salad cina (RM2/pek)
3. Salad coral hijau grand rapid (RM2/pek)
4. Salad coral merah red rapid (RM2/pek)
5. Salad green parade (RM2/pek)
6. Salad Hawaii (RM2/pek)
7. Salad iceberg general (RM2/pek)
8. Salad lion head (RM2/pek)
9. Salad Marilyn (RM2/pek)
10. Salad merah fire red (RM2/pek)
11. Salad roman (RM2/pek)
12. Salad summer green (RM2/pek)
13. Salad titanic (RM2/pek)
14. Salad top world (RM2/pek)
15. Salad itali (RM2/pek)

Untuk buat pesanan, sila SMS/WhatsApp 0175009364

Anak Pokok Borage

Anak pokok borage yang disemai dalam cawan pakai buang.
Semaian borage kelihatan semakin besar. Pertumbuhannya agak galak dan ciri-ciri pokok borage yang matang mulai nampak ketara, iaitu daunnya yang berbulu halus dan apabila dicubit ada aroma bawang.
Borage dituai daun, batang dan bunganya. Bunga dan batang mempunyai aroma bawang dan mempunyai rasa timun. Ia enak dibuat acar, digoreng bersama bawang putih atau dicampur susu dan diminum. Bunga borage yang berwarna biru berbentuk bintang. Sebab itu pokok ini juga dikenali sebagai "Starflower" atau bunga bintang. Bunga borage mempunyai sari manis halus seperti madu. Bunganya dicampur di dalam sirap atau dibekukan didalam kiub air untuk dijadikan perisa minuman.

Benih borage masih ada stok. 1 pek 5 benih dijual dengan harga RM5. Untuk pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364.

Gambar Hari Ini -- Roselle India

Bunga Roselle India

Roselle India mempunyai buah yang berduri. Ia tak sama dengan roselle tempatan. Saya tanam untuk tuai pucuk. Kita pun ada roselle seakan-akan roselle india, iaitu dari baka liar yang kita panggil asam susur. Daunnya lebih besar dan boleh dapat tuaian yang lebih banyak.
Satu yang menarik tentang roselle india ialah bunganya yang bila mekar begitu ketara. Bunganya yang bewarna kuning cerah cantik kelihatan seperti bunga raya. Ini tidak menghairankan kerana roselle dan bunga raya datang dari keluarga yang sama. Bunga lain yang termasuk dalam keluarga ini ialah bendi, kenaf, baru-baru dan kapas.
Stok benih roselle india dah habis, tapi benih roselle masih ada dalam simpanan kami. Jumlahnya dah berkurangan, jadi pesan segera sebelum kehabisan stok. 1 pek roselle ada 10 benih. 5 pek dijual dengan harga RM10. Tambah RM10 untuk kendalian poslaju. SMS/WhatsApp 0175009364 untuk pesanan.

Rabu, 2 Julai 2014

Timun ada dua jenis bunga

Timun yang dah hampir matang. Ada dua putik buah timun, yang kuning tak menjadi dan akan kecut dan kering atau akan luruh. Putik yang hijau, insyaAllah akan lekat dan membesar.
Timun mempunyai dua jenis bunga iaitu bunga jantan dan bunga betina. Hanya bunga betina akan membentuk buah. Bunga jantan berfungsi untuk membekalkan debunga yang digunakan untuk senyawakan bunga betina.
Ada pokok timun betina yang hanya mengeluarkan bunga betina dan tidak perlu disenyawa untuk membentuk buah. Saya belum dapat baka tersebut.

Buah timun terbentuk dari bunga betina.  Putik kuning adalah dari bunga yang gagal disenyawa.


Gambar Hari Ini -- Gergasi dan SiKenit

Labu air pesta tanglung.

Jika 2 biji labu terbentuk pada ketiak yang berdekatan, sepatutnya labu yang kecil dicubit buang kerana ia tidak akan mendapat nutrien yang secukupnya.  Saya biarkan kedua-dua buah untuk melihat hasilnya.  Sebiji dah mencecah 3 kg, sebiji lagi masih kecil.  Apa-apa pun kedua-dua biji buah labu air pesta tanglung ini pasti enak dimakan.

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Asparagus

Anak pokok asparagus.  Gambar milik Sdr Azali Osman 

Hari ini kita dapat menatap gambar yang dikirim oleh Sdr Azali Osman.  Gambar menunjukkan pokok asparagus yang ditanam di dalam bekas.
Pokok asparagus adalah pokok yang kita tanam sekali sahaja dan dapat dituai secara berterusan.  Jika tinggal di kawasan yang tetap, tanam dalam ruang kekal, insyaAllah dapat dituai hingga 100 tahun.  Pembekal benih menyatakan tuaian pertama adalah selepas 8 bulan disemai.  Bagaimanapun elok dibiarkan pokok membiak terlebih dahulu.  Saya syorkan tuaian dibuat selepas 2 tahun disemai.  Tuaian dibuat setiap 2 minggu.
Terima kasih Sdr Azali kerana sudi berkongsi gambar untuk dimanfaatkan semua.

Cara Menggunakan Booster Cili/Tomato/Terung

Booster Cili/Tomato/Terung

Booster Cili/Tomato/Terung
Booster ini mengandungi bahan yang dapat membantu tumbuhan membina enzim yang diperlukan untuk membantu pokok menyerap nutrien (baja) dengan lebih efisien.  Ia juga mengandungi bahan yang diperlukan oleh pokok untuk membina klorofil yang digunakan untuk membuat makanan dalam proses fotosintesis.

Pokok Yang Elok Disembur Booster
Jika pokok terbantut, daun bertukar menjadi kuning atau pokok subur tetapi tidak berbunga, elok disembur booster ini ke atas daun di sebelah petang setiap hari.  Apabila pokok mula berbunga, sembur sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Membancuh/Menggunakan Booster
Larutkan 1 sudu teh booster di dalam 1 liter air.  Laraskan muncung penyembur supaya semburan berkabut.  Sembur ke atas permukaan daun di sebelah petang atau malam.  Ini untuk mengelakkan daun melecur jika larutan booster masih ada ketika panas terik di waktu tengahari.

Petua Jika Pokok Berbunga Tetapi Daun Tetap Luruh
Jika selepas menyembur booster, bunga masih tidak lekat, kemungkinan besar bunga gagal disenyawa.  Kebiasaannya bunga cili/tomato/terung didebunga sendiri apabila ada angin.  Jika bunga gagal disenyawa, kemungkinan besar debunga tidak luruh.  Cara selesaikannya, jentik batang pokok berulang-ulang berdekatan dengan bunga supaya debunga luruh dan lekat pada bahagian stigma iaitu bahagian betina bunga supaya bunga lekat.

Untuk Dapatkan Booster
Satu unit booster dijual dengan harga RM10.  Tambah RM10 untuk kendalian poslaju.
SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected] untuk buat pesanan.

Selasa, 1 Julai 2014

Gambar oleh Rakan Tanamsendiri -- Lobak Kampung

Lobak kampung (lobak putih) yang sedia untuk dituai.  Gambar milik Sandy Woo Hun Won.

Hari ini saya pamerkan gambar yang dikongsikan oleh Sandy Woo Hun Won.  Gambar menunjukkan pokok lobak kampung atau dalam bahasa Latinnya, Raphanus sativus yang bermaksud mudah tanam/tumbuh.  Ya betul tu, pokok lobak kampung memang mudah ditanam dan djaga.  Lobbak putih lazimnya kurang digemari kerana ia mempunyai rasa pedas.  Bagaimanapun jika ditanamseiri dipetik segar ketikasaiz sebesar bola ping pong, rasanya kurang pedas dan ada sari manis.  Enak dibuat sup, digoreng bersama bawang putih dan lada hitam atau dibuat jus.  Jus lobak kampung mampu mengurangkan risiko pembentukan batu karang.

Terima kasih Sandy kerana sudi berkongsi gambar.

Tuaian Hari Ini -- Sayur untuk Berbuka Puasa

Tuaian hari ini; labu air, cendawan, ulam raja, sawi dan sawi kailan.
Tuaian hari ini untuk rencah mee dan lauk nasi ketika berbuka puasa.  Alhamdulillah, bila menanam di rumah, perlukan sayur, keluar etik aja.  Bila tanamsendiri, dapat tuai dan makan makanan segar, berbaloi.

Gambar hari ini -- Timun Mini

Biasanya timun mini menghasilkan buah yang lebat. Mungkin kerana serangan kekabung timun yang luar biasa jumlahnya baru-baru ini, buah yang dihasilkan kurang sedikit dari biasa. Apa-apa pun alhamdulillah kami masih dapat menikmati timun mini di bulan ramadhan ini.

Timun mini yang ditanam dalam pasu di depan rumah.

Soalan Rakan Pengunjung -- Benih dari Dapur

Soalan Pengunjung;
Salam En Iskandar, boleh tak kalau saya tanam daun kucai dari yang dibeli di pasar untuk dibiakkan?  Ranting cekur manis?
Pangkal lobak merah?
TYIA.
-------------------------------
Waalaikum salam,
You're welcome.
He he, bila baca soalan ni, biasanya orang yang jual benih akan berpeluh dahi.  Saya pun tersenyum dan dahi pun dah berpeluh ni.  He he.
Untuk Kucai, ada dua cara nak semai, satu menggunakan benih dan satu lagi menggunakan rizom bebawang.  Saya belum pernah cuba tanam guna daun, tapi saya pernah cuba tanam nenas guna daun, dan ia hidup dan keluar banyak cambahan nenas dari daun tersebut.  Jadi, pada pendapat saya tak mustahil guna daun, tetapi penjagaannya amat rumit.  Saya syorkan guna benih atau rizom bebawang sahaja.  Walaupun begitu agak sukar untuk dapatkan rizom bebawang kerana biasanya eniaga tak akan jual rizom kerana ia menghasilkan daun yang berterusan.
Opsyen kedua, gunakan benih.  Kami ada jual benihnya.  Untuk dapatkan benih kucai dan kucai madu, SMS/WhatsApp 0175009364.

Ranting cekur manis boleh digunakan untuk biakkan pokok cekur manis.  Seeloknya gunakan ranting yang fresh.  Dari pengalaman saya, anak pokok lebih cantik jika digunakan benih.  Walaupun kita dapat anak pokok yang cepat besar menggunakan keratan ranting, rupa anak pokok lebih cantik jika ditanam menggunakan benih.  Jadi, boleh gunakan lebihan ranting yang di beli di pasar untuk tanam cekur manis.  Saya sendiri tanam menggunakan benih.  Pertumbuhan di peringkat awal lebih lambat tetapi apabila anak pokok mencecah 15 cm, pertumbuhannya lebih galak.  Benih cekur manis juuga ada kami jual.  SMS/WhatsApp 0175009364 untuk dapatkan benih cekur manis.

Pangkal lobak pun boleh ditanam.  Ia akan menghasilkan tunas lobak yang baru.  Rupanya agak janggal sedikit dan daunnya lebih berserat.  Ia akan menghasilkan lobak, tapi dari pengalaman saya elok semai dari benih.  ia menghasilkan lobak dengan rupa yang lebih cantik dan rasa yang lebih enak.  Daunnya pun boleh dimakan.

Sebenarnya banyak sayur dari dapur yang boleh ditanam.  Saya pernah tanam jagung menggunakan jagung ayam, pun tumbuh.  Waktu itu benih jagung manis amat mahal harganya, jadi saya hanya mampu semai menggunakan jagung yang dijual untuk makanan ayam.

Kadang-kadang, kita akan terjumpa jagung yang kita amat suka rasa atau rupanya, jadi kita ingin semai benihnya untuk dapatkan lebih banyak jagung dengan rupa atau rasa yang sama.  Adakah ini mungkin?

Sebenarnya boleh disemai benih tersebut.  Ia akan tumbuh.  Walaupun begitu, kebanyakan jagung yang ada dalam pasaran sekarang  adalah baka kacukan (disebut hibrida).  Benih jagung yang ditanam akan tumbuh, tetapi bah yang dihasilkan mungkin tidak sama rupa atau rasa dengan buah jagung yang kita beli kerana sifat hanya satu dari sifat induk asal yang akan keluar.

Jadi, bukan tak boleh semai.... Boleh tetapi mengapa buang masa mencuba dapatkan buah yang kita tak pasti rupa dan rasanya.  Saya syorkan beli aja benih yang ada.  Benih jagung ada dijual.  SMS/WhatsApp 0175009364 untuk buat pesanan.  Kami ada stok pelbagai baka yang elok.

Gambar menunjukkan cambahan jagung yang kami uji cambah tanpa dikeluarkan dari pulurnya.  Hanya untuk suka-suka.


Jagung yang diuji cambah.  Oleh kerana jagung ini adalah dari bakan hibrida iaitu kacukan, anak jagung ini kemungkinan besar tidak akan menghasilkan jagung yang serupa dengan induknya.