Isnin, 30 Jun 2014

Benih Untuk Dijual -- Labu Manis Taji

Labu manis baka Taji adalah labu manis hibrid yang menghasilkan buah labu manis (pumpkin) dengan warna kelabu kemerahan degan saiz yang kecil iaitu sekitar 1 hingga 2 kg.  Buah berbentuk bujur dengan rasa lemak manis.  Tuaian selepas 8 minggu.

Labu manis taji, enak dibuat sekaya, custard atau sayur lemak.


Stok benih terhad. Satu pek 5 benih dijual dengan harga RM5.

Benih labu manis taji.

SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected] untuk membuat pesanan.



Pelbagai Jenis Labu


Pelbagai Jenis Labu
Jika rakan-rakan telah lama ikut blog/laman tanamsendiri, rakan-rakan pasti sedar terdapat pelbagai jenis labu.  Jumlahnya terlalu banyak hinggakan ada antara rakan-rakan yang hubungi saya mohon pilihkan baka mana yang sesuai kerana jumlahnya terlalu banyak.

Sebelum bercerita panjang tentang labu, dalam stok kami ada beberapa kumpulan labu (Cucurbit).  Kami ada menyimpan beberapa jenis labu air, labu kundur/winter melon, labu lemak manis/squash dan labu manis (pumpkin).

Kesemua labu tersebut mempunyai sulur paut (tendrils), jadi, jika ada tempat memanjat ia akan memanjat enggunakan sulur paut.  Oleh sebab itu kebanyakan jenis labu memerlukan ruang yang banyak jika tidak dibiarkan memanjat.

Saiz benih labu berbeza mengikut jenis (varietas).  Saiz labu air berbeza (ada labu air berbentuk panjang, berbentuk botol, berbentuk tanglung), begitu juga dengan labu kundur, labu manis dan labu lemak manis.

Bagaimanapun setiap jenis labu mempunyai bentuk yang lazim.  Gambar tersebut menunjukkan bentuk labu secara amnya.
----------------------

Untuk rakan-rakan yang ingin mencuba tanam pelbagai jenis labu, saya syorkan dapatkan dari kami kerana sukar dapatkan jenis yang pelbagai di tempat lain.  1 set yang terdiri dari 6 jenis labu dari pelbagai jenis dijual dengan harga RM30.  Dalam pek ini terdapat 2 jenis labu air, 1 jenis labu kundur, 1 jenis labu manis squash dan 2 jenis labu manis.  Harga untuk satu set hanya RM30 termasuk kiriman melalui poslaju.  SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]

Sabtu, 28 Jun 2014

Tanam Sendiri Kai Lan

Menanam Kailan
Kailan adalah makanan berkalori rendah yang kaya dengan vitamin, antioksidan, serat dan mineral. Ia amat baik untuk kesihatan. Ahli sains juga telah membuktikan sayuran dari jenis ini yang baru dipetik kaya dengan fitonutrien seperti thiocyanate, indole, sulforaphae, isothiocyanate dan flavonoid seperti beta carotene cryptoxanthin, lutein dan zeaxanthin. Dari kajian yang mereka lakukan, sebatian ini mampu mengubah secara positif utusan molekul reseptor untuk melindungi diri anda dari barah prostat, kolon, pundi kencing, pankreas dan payu dara. Sayuran kai lan yang segar kaya dengan Vitamin C yang baik untuk kulit dan melawan selesema. Vitamin A, juga sejenis antioksidan bercampur dengan pro-vitamins termasuk beta karotena, alpha karotena, zeaxanthin, mampu mengekalkan keremajaan kulit dan kesihatan mata. Ia mampu mengelakkan kerosakan mata pada warga emas.

Kai lan segar, banyak khasiatnya.


Nah tunggu apa lagi, mari kita tanam dan makan kailan segar tanpa racun perosak.

Di mana nak tanam?
Kailan boleh tumbuh sehingga paras pinggang, jadi tanam dalam tempat yang ada ruang yang mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Anda boleh tanam dalam bekas. Gunakan tanah kompos atau tanah yang mampu memegang air tetapi tidak menakung air. Saya gunakan tanah kompos yang diperbuat dari rumpai yang dipotong.

Bila nak tanam?
Negara kita panas sepanjang tahun, bila-bila pun boleh tanam.

Semai
Benih kailan amat kecil iaitu berbentuk bulat dengan diameter kira-kira 2mm. 
Semai dalam bekas semaian atau modul semaian sedalam 2 cm. Benih akan bercambah dalam masa 2 hari.


Benih kailan


Alih
Alih pokok selepas 6 hingga 8 hari. Hati hati ketika mengalih, jangan rosakkan akar. Jarakkan kira-kira 45 hingga 60cm (18 hingga 24 inci).


Anak Kailan, berumur seminggu

Penjagaan
Buang rumpai selalu. Siram tetapi jangan terlalu banyak. Baja dengan baja organik.

Tuai
Anda tidak perlu tuai seluruh pokok. Petik daun yang segar dan biarkan pokok terus tumbuh.


Tuai daun untuk hasil yang berterusan.


Penyakit
Kailan tahan penyakit. Bagaimanapun perhatikan kehadiran ulat. Jika ada, buang ulat tersebut. Kutu daun (aphid), lalat kobis, lintah bulan, lalat putih juga suka memakan daun kailan. Bahagian akar juga mungkin diserang kulat.  Kailan juga sering diserang belalang.  

Pokok Hasilkan Benih
Apabila pokok kurang disiram, ia akan keluarkan bunga.  Proses ini disebut "bolting."  Untuk dapatkan benih, biarkan ia terus tumbuh.  Apabila jambak buah kering, simpan benih untuk disemai lagi. 


Pokok kailan yang menghasilkan bunga.

Khamis, 26 Jun 2014

Set Sawi Besar




Antara baka sawi di dalam Set Sawi Besar


SET SAWI BESAR (RM30 satu set)
Set ini mengandungi 15 pek benih sawi besar daripada 5 baka sawi bernilai RM30.

Kendalian poslaju percuma.

Cara Memesan Set Banyak Sawi Besar:
1. Tentukan jumlah set serta harganya. Jika anda ingin beli 1 set sahaja, harganya ialah RM30.  Jika 2 set, RM60.
2. Buat bayaran melalui mana-mana akaun berikut.
 Iskandar ab Rashid Affin 205470241951,
atau BSN Giro 1010929000080825,

atau Bank Islam 12092020181754

atau
Zaitun Ismail CIMB 12750009113528

atau
Abdul Rahman bin Iskandar Maybank 162441150114

atau bayar ke akaun PayPal [email protected]

4. Kemudian emel [email protected] atau sms/whatsapp 0175009364
dan nyatakan
a) maklumat tentang bayaran,
b) nyatakan "Set Sawi Besar" serta bilangannya,
c) nama dan alamat penerima benih.

5. Pastikan anda menerima respons daripada kami. Jika tiada respons dalam masa 24 jam, sila SMS/WhatsApp maklumat pesanan ke 0175009364 untuk pastikan kami ada menerima pesanan tersebut. 

6. Pihak kami akan berikan nombor treking poslaju untuk rujukan.

7. Kiriman dibuat dalam masa 3 hari bekerja.


Rabu, 25 Jun 2014

Soalan Pengunjung -- Cambahan Tinggi

Soalan pengunjung;
Salam tuan..nak tanya kenapa benih sawi yg saya semai tumbuh memanjang?
--------------------------------
Jika pokok tumbung memanjang, itu tanda cahaya tidak cukup. Alih ke tempat yang lebih cerah.

Petuanya begini, 
1. Ukur lebar dari hujung daun ke hujung daun yang satu lagi.
2. Ukur tinggi cambahan.
Jika tinggi cambahan melebihi 2 kali lebar cambahan, cambahan tersebut tidak menerima cahaya yang cukup. Jika tinggi cambahan hampir sama lebar cambahan, kuantiti cahaya yang diterima adalah perfect!

Isnin, 23 Jun 2014

Benih Untuk Dijual -- Labu Air Botol Pesta Tanglung

Benih Labu Air Botol Pesta Tanglung menghasilkan labu air berbentuk seperti tanglung.  Pokok berbuah dalam masa 12 minggu. Pokok menghasilkan buah yang lebat dengan saiz 1 hingga 2 kg.

1 pek mengandungi 5 benih dijual dengan harga RM5. SMS/WhatsApp 0175009364 untuk membuat pesanan.

Labu Air Botol "Pesta Tanglung"



Benih Labu Air Botol "Pesta Tanglung"

Cara Memesan Benih

---------------------------
Untuk maklumat lanjut sila SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]

Kiriman Benih Ditunda Esok

Benih yang dipesan yang dijanjikan dikirim hari ini tidak dapat dibuat kerana terdapat kekangan.  InsyaAllah kiriman tersebut akan dibuat esok.

Ahad, 22 Jun 2014

Benih Untuk Dijual -- Bayam putih daun bulat

Bayam putih daun bulat adalah pokok bayam dengan daun lebar dengan warna hijau muda.  Pokok bayam dari baka ini cepat besar dan jika serasi cara menanam menghasilkan daun lebar dan rangup.

Setiap pek mengandungi 100+ biji benih.  5 pek RM10.00
Pesan melalui emel, [email protected] atau SMS/WhatsApp/WeChat/Viber 0175009364.

Benih Bayam Putih Daun Bulat

 
Cara Memesan Benih
Benih Untuk Dijual

Jumaat, 20 Jun 2014

Benih Untuk Dijual -- Set Cili Padi

Set Cili Padi megandungi 15 pek benih yang terdiri daripada 5 baka cili padi yang sukar ditemui.  Benih yang terpilih tahan penyakit serta serasi dengan suhu yang tinggi.  Koleksi mengandungi cili dari pelbagai bentuk, warna dan rasa.   Set ini terhad, jadi dapatkan dengan segera.  Harga RM30 satu set.

Set ini mengandungi:
1. Cili Padi Panjang (3 pek)
2. Cili Burung Hot Hit (3 pek)
3. Cili Padi Merah Pedas (3 pek)
4. Cili Padi Thai (3 pek)
5. Cili Padi Centil  (3 pek)


Untuk pesan, buat bayaran ke mana-mana akaun berikut:

Iskandar Ab Rashid
Affin 205470241951,
atau BSN Giro 1010929000080825,
atau Bank Islam 12092020181754

 atau
 Zaitun Ismail CIMB 12750009113528

atau
Abdul Rahman bin Iskandar Maybank 162441150114

atau bayar ke akaun PayPal [email protected]

Kemudian emel [email protected] atau sms 0175009364 dan nyatakan a) maklumat tentang bayaran, b) jenis benih serta bilangan pek, c) nama, alamat, serta no hp penerima benih.

Kiriman dibuat melalui poslaju.

Khamis, 19 Jun 2014

Tuaian Pertama Labu Air Baka Tanglung

Anak labu tanglung (labu air) yag tak terjual, saya letakkan dalam kotak gabus berisi tanah tanpa dikeluarkan daripada cawan. Perlahan-lahan akar keluar daripada cawan dan pokok mula subur selepas mendapat air dan nutrien dari tanah dalam kotak gabus. Saya ikat tunas pokok tersebut ke tiang khemah dan biarkan ia menjalar di atas kemah. Alhamdulillah dah ada 5 biji buah yang besar. Buah ini dah dituai, 1.9 kg. InsyaAllah akan jadi lauk hari ini.

Terung Telunjuk Untuk Pembenihan

Pokok terung telunjuk untuk pembenihan. Rakan-rakan yang belum ada benih terung telunjuk, ini peluang untuk dapatkannya. benih ni sukar diperoleh dimana-mana. SMS/WhatsApp/Viber/WeChat 0175009364 untuk buat pesanan.

Terung telunjuk bila buah dah tua, ia berwarna kuning.

Tuaian Hari Ini -- Labu Air (Tanglung)

Tuaian hari ini untuk makan tengahari.
Tuaian hari ini, 2.2 kg sayur. Siapa sangka tanamsendiri di rumah dengan memanfaatkan ruang ada mampu menghasilkan tuaian segar seperti ini. Memang berbaloi. Cendawan, sawi kailan, terung putih (baka snow naga), cili padi (baka centil) serai kayu, ulam raja dan labu air (tanglung). Mana lagi nak dapat nikmat makanan segar seperti ni kalau tidak dilaman sendiri. Alhamdulillah.


Puteri dah bersemangat semula posing depan kamera.  Beberapa minggu yang lepas Puteri cedera di muka kerana terjatuh dengan sebahagian wajah terkena batu.   Mujurlah luka tak dalam.

Setelah sekian lama tak mahu diambil gambar, hari ini Puteri kembali beraksi di depan lensa. "MasyaAllah Papa, this is heavy!"

Gambar Hari Ini -- Kobis Dalam Pasu

Kobis baka semua musim ditanam dalam pasu.
Kobis tanamsendiri tak besar sebab kami tanam secara organik. Walaupun begitu, rasanya tak bersulfur seperti kobis pasaraya. Ada sari manis pulak tu, enak kalau buat acar. Tak sabar nak tuai kobis ni.

Selasa, 17 Jun 2014

Benih Untuk Dijual -- Sawi Kai Choy Heading Green

Sawi Kai Choy sesuai ditanam di negara kita, Malaysia yang panas.  Daunnya tebal dan padat dan membentuk bola (heading).  Ia mempunyai rasa yang unik yang enak.  Ia sesuai dibuat sup, digoreng atau dijeruk.


Sawi Pahit

Setiap pek mengandungi purata 50 biji benih. 5 pek dijual dengan harga RM10.
Untuk pesanan sms/WhatsApp/WeChat/Viber 0175009364
Cara Memesan Benih


Benih Untuk Dijual -- Sawi Hijau Lemak Manis

Sawi dengan batang hijau yang kasar serta lembut dengan sari lemak manis.  Pokok cepat berbunga dengan warna kuning dan daun tebal dan kecil.
1 pek mengandungi purata 50 benih.
5 pek harganya RM10.

Untuk pesanan SMS/WhatsApp/Viver/WeChat 0175009364.

Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Sawi Hijau Hong Kong, 903

Sawi Hijau Hong Kong adalah sawi bersaiz penuh yang mudah berbunga.  Biasanya sawi ini dijual dengan batang hijau saiz jari telunjuk yang mengandungi bunga.  Di pasar sawi ini dijual dengan harga yang tinggi.

Batang sawi ini meaty dan enak digoreng bersama bawang putih.  Sawi dapat dituai dalam masa 4 minggu serta mudah dijaga.  Setiap pek mengandungi 50 benih.    5 pek dijual dengan harga RM10.


Anak pokok sawi hijau hong kong.

Sawi Hijau Hong Kong, di tanam dalam pasu bersama terung.

Sawi Hijau Hong Kong cepat berbunga.


Isnin, 16 Jun 2014

Benih Untuk Dijual -- Set Tema Kampung

Set Tema Kampung  merupakan koleksi 8 jenis sayur yang ditanam untuk hasilkan laman bertemakan suasana kampung.  Benih dipilih berdasarkan jenis sayur yang lazimnya ditanam di kampung.   Set ini sesuai jika mempunyai ruang kerana sayur yang dihasilkan sesuai dijadikan ulam dan sayur masakan untuk lauk nasi.

1. Tomato plum (2 pek)
2. Kangkung (2 pek)
3. Timun mini (2 pek)
4. Petola segi (2 pek)
5. Cili padi kampong (2 pek)
6. Cili kulai (2 pek)
7. Kacang panjang (2 pek)
8. Kacang botor (1 pek)


Cara Memesan Set Tema Kampung:
1. Tentukan jumlah set serta harganya. Jika anda ingin beli 1 set, harganya RM30.
2. Buat bayaran melalui mana-mana akaun berikut.

Iskandar ab Rashid Affin 205470241951, atau BSN Giro 1010929000080825, atau Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail CIMB 12750009113528
Abdul Rahman bin Iskandar Maybank 162441150114

atau bayar ke akaun PayPal [email protected]

3. Kemudian emel [email protected] atau sms 0175009364
dan nyatakan
a) maklumat tentang bayaran,
b) nyatakan "Set Tema Kampung" serta bilangannya,
c) nama dan alamat penerima benih.

4. Pastikan anda menerima respons daripada kami. Jika tiada respons dalam masa 24 jam, sila SMS/WhatsApp/Viber/WeChat maklumat pesanan ke 0175009364 untuk pastikan kami ada menerima pesanan tersebut.

5. Pihak kami akan berikan nombor trekking poslaju untuk rujukan.

6. Kiriman hanya dibuat pada hari Isnin, Rabu, dan Jumaat.


Ahad, 15 Jun 2014

Tanamsendiri Terung

Terung atau nama latinnya Solanum melongena bukannya tanaman baru.  Ia telah ditanam dalam tamadun cina dan India kira-kira 6,000 tahun dahulu.  Secara peribadi, saya berpendapat terung tidak mudah ditanam (disemai) daripada benih.  Peryumbuhannya amat perlahan.  bagaimanapun bila anak pokok dah kukuh, penjagaannya tidak lagi rumit.  Terung amat sesuai ditanam di negara kita Malaysia.  Rugi kalau tak tanam terung.

Seeloknya tanam dua pokok bagi setiap ahli keluarga yang makan terung.  Jika dalam keluarga anda ada 8 orang dan 6 orang makan terung, tanam 12 pokok.

Tanah
Pilih tanah yang elok salirannya dengan pH antara 5.5 hingga 6.8.  Terung gemarkan tanah yang kaya dengan nitrogen dengan jumlah fosforus dan kalium yang sederhana.

Penyediaan Tanah
Gaulkan 5 cm kompos/baja organik dengan tanah sedalam kira-kira 15 cm.  Biarkan kompos atau baja organik mereput kira-kira 1 hingga 2 minggu.

Lokasi
Pilih tempat yang cerah dan panas seeloknya mendapat cahaya pagi yang tidak terhalang.

Semai
Semai benih pada suhu sekitar 30 darjah Celsius menggunakan tanah adunan semaian.  Biasanya hanya 60 hingga 80% daripada benih akan bercambah.  Pastikan tanah tidak kering ketika menyemai.  Untuk cepatkan proses percambahan, rendam di dalam air suam antara 2 hingga 8 jam.
Terung tidak tahan jika akar terganggu. Jadi, semai di dalam dulang semaian.  Semai antara 2 hingga 5 biji benih dalam satu sel atau satu bekas.  Kerat anak pokok yang lemah.  Biarkan 2 atau 3 anak pokok sahaja di dalam satu sel atau satu bekas.

Alih
Alih ke tanah atau pasu yang besar bila daun sebenar telah kelihatan (jumlah 4 helai daun).  Biasanya antara 6 hingga 8 minggu selepas disemai.  Letak dulu bekas semaian di tempat panas satu hingga 2 jam sehari selama 4 hari untuk kukuhkan anak pokok.  Lepas itu baru alih.

Tanam Terus Di Atas Batas
Jika kawasan bebas serangga perosak, boleh juga semai terus di atas batas.  Jarakkan kira-kira 45 cm di antara lubang.

Jarak Antara Pokok
Jika alih ke tanah, jarakkan antara 45 cm hingga 60 cm antara pokok.  Jika semai di atas batas menggunakan kaedah intensif, jarakkan kira-kira 45 cm antara pokok.  

Penjagaan
Lazimnya akar pokok terung cetek.  ia tidak merayap jauh.  Jangan mencangkul ketika merumput.  Cabut rumpai dengan tanagn dan dengan berhati-hati untuk elakkan pokok daripada tercabut.

Air
Terung tahan kering, jadi tidak perlu siram dengan air yang banyak kecuali ketika pokok sedang berbunga dan berbuah.  Ketika itu pastikan tanah sentiasa lembap.

Pembajaan
Apabila anak pokok mulai kukuh, siramn dengan teh kompos sekurang-kurangnya sebulan sekali.  Pokok perlukan nitrogen dan fosforus dengan banyak.

Sungkup
Tutup permukaan tanah dengan jerami atau sungkup plastik untuk kekalkan lembapan dalam tanah dan halang rumpai daripada tumbuh.

Pangkas
Pangkas (kerat) tunas utama bila pokok tinggi 30 cm untuk galakkan pertumbahan tunas sisi supaya pokok banyak ranting dan kelihatan rimbun.  Jika inginkan buah yang besar, hadkan jumlah ranting kepada 6 sahaja.

Buah Lebat
Jika ingin buah yang lebat, pastikan tanah elok, sentiasa lembap dan pokok mendapat cahaya yang banyak terutamanya di sebelah pagi.  Bagaimanapun pastikan suhu tidak terlalu tinggi.  Ini untuk menghalang kudup bunga daripada luruh.

Makhluk Perosak
Makluk perosak pokok terung adalah sama dengan makhluk perosak pokok tomato dan ubi kentang.

Menuai
Tuai buah apabila ia mencecah saiz yang paling besar tetapi kulit masih berkilau.  Apabila kulit mula pudar, benih akan menjadi warna cokelat dan isi mula merasa pahit.

Lebih enak jika tuai ketika buah masih kecil.  Lagi pun pokok akan menghasilkan buah yang lebat jika anda tuai buah ketika masih muda.

Untuk tuai gunting tangkai buah kira-kira 3 cm daripada buah dan 2 cm daripada ranting.  Biarkan tangkai pada ranting.

Menyimpan
Jika perlu simpan, simpan pada suhu bilik.  Jangan simpan di dalam peti sejuk.  Pada suhu bilik buah kekal segar sehingga 2 minggu.


Sabtu, 14 Jun 2014

Menyemai Di Musim Panas Dan Kering

Sekarang musim panas. Kadang-kadang bila menyemai benih dah tumbuh kerana bila embrio mula aktik dan proses pembibitan berlaku, tanah kering. Embrio kehausan dan benih gagal bercambah. Jika semaian bercambah, belalang kecil serta berbagai jenis makhluk perosak mula menyerang. Akibatnya, kita menyangka benih tidak pernah tumbuh.
Untuk selesaikan masalah ini, saya lakukan seperti berikut.
1) Gunakan dulang semaian rata, isi tanah adunan semaian kira-kira 5 cm.
2) Kemudian sembur dengan air sehingga tanah lembap.
3) Tabur benih.
4) Tabur tanah adunan semaian kira-kira 1/2 cm.
5) Sembur dengan air untuk lembapkan tanah.
6) Tutup dulang menggunakan plastik "saran wrap".
7. Ikat dengan gelang getah.
8) Letak ditempat yang cerah.

Plastik saran wrap membenarkan cahaya masuk dan memanaskan tanah. Percambahan dapat dicepatkan jika suhu tnggi dari persekitaran tetapi jangan terlalu panas.
Plastik saran wrap juga menghalang air daripada tersejat keluar. Rakan-rakan tidak lagi perlu menyiram. Ia juga memastikan tanah tidak kering walaupun sekarang cuaca kering dan panas.
Plastik saran wrap dan gelang getah yang diikat disisi dulang memastikan serangga perosak tidak dapat masuk dan memusnahkan semaian. Ia juha menghalang kucing daripada mengais tanah.

Satu lagi masalah menyemai ialah serangan kulat yang menyebabkan penyakit reput batang. Jika gunakan dulang semaian terpakai bilas dulang dengan peluntur yang dicairkan dengan nisbah 1 bahagian peluntur dengan 10 bahagian air. Keringkan dan guna. InsyaAllah langkah ini akan dapat kurangkan sedikit risiko serangan penyakit tersebut.

Catatkan jenis semaian, serta tarikh disemai.  Selamat mencuba. Gambar menunjukkan dulang yang saya semai dengan 1 pek sawi menang.


Dulang semaian ditutup dengan saran wrap untuk kekalkan lembapan, tingkatkan suhu dan halang serangga perosak daripada menyerang.

Khamis, 12 Jun 2014

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Gambar Kiriman Sakina

Sebelum dan selepas disiram dengan teh kompos.  Gambar milik Sakina Mohamed.

Hari ini saya pamerkan satu lagi gambar menarik hasil kiriman rakan tanamsendiri.  Gambar adalah milik Sakina Mohamed.  Gambar menunjukkan pokok sawi natsujaidin (tangkai putih) yang ditanam dalam pasu.  Gambar di sebelah kiri menunjukkan pokok sebelum disiram dengan teh kompos dan di sebelah kanan 5 hari kemudian, iaitu selepas disiram dengan teh kompos.

Jika rakan-rakan perhatikan betul-betul pokok ini ditanam di tingkat atas.  Saya kagum kerana pokok tersebut tiada cela langsung.  Kalau digoreng dengan bawang putih atau masak kicap sedap ni.

Terima kasih Sakina kerana sudi berkongsi gambar.  

Sabtu, 7 Jun 2014

Tanamsendiri -- Pokok Bunga Bintang (Herba Borage)

Pokok bunga bintang (atau Borage) amat cantik ditanam di laman kerana bunganya yang berwarna biru begitu contrast dengan daunnya yang hijau.
Tanam dalam bekas atau atas tanah yang mendapat cahaya penuh atau teduh sedikit sahaja.
Tanah yang sesuai adalah tanah yang kaya dengan organik yang elok salirannya. pH tanah antara 5 hingga 8.
Semai benih sedalam 1 cm (1/2 inci).  Lazimnya benih bercambah dalam masa 7 hingga 14 hari.  Jarakkan kira-kira 30 cm (1 kaki) antara lubang.  Jika semai dalam bekas, alih apabila pokok tumbuh 4 helai daun.  Hati-hati supaya tidak rosakkan akar tunjang ketika mengalih.
Apabila pokok yang besar setinggi 30cm (1 kaki), kurangkan baja organik (untuk kurangkan nitrogen) bertujuan untuk galakkan pokok supaya berbunga.
Lazimnya pokok tumbuh sehingga 45 hingga 60 cm (1.5 hingga 2 kaki) dengan lebar kawasan 45 cm (1.5 kaki).  Daun pokok bunga bintang mempunyai bulu halus yang lembut.
Tuai daun untuk dimasak segar.  Daun boleh juga dimakan mentah.  Tuai bunga selepas ia mekar sedikit.  Ia boleh dibuat salad, dibuat minuman atau dibuat halwa.

Untuk pesan benih pokok bunga bintang (Borage), SMS/WhatsApp 0175009364.

Jumaat, 6 Jun 2014

Benih Bunga Bintang, Borage

Bunga Bintang (Borage, Borago officinalis)
Walaupun ramai daripada kita belum lihat atau dengar tentang pokok bunga bintang, ia adalah sejenis pokok yang kita tak sepatutnya abaikan.  Maksud saya, rugi kalau tak tanam.  Ia boleh ditanam di negara kita kerana ia tahan panas dan perlukan cahaya yang banyak.


Bunga bintang, gambar dari skrin carian Google menggunakan kata kunci "borage".
Pokok bunga bintang mampu menghasilkan bunga yang lebat, berwarna biru terang dengan bentuk bintang.  Bunganya mengandungi banyak manisan dengan sari seperti madu dengan manis yang amat halus.  Bunga bintang sudah pasti akan menarik banyak serangga pendebunga ke laman kita.  Jika anda ada membela lebah kelulut, pokok ini mesti ditanam.
Tak kan lebah aja yang dapat manfaat dari pokok ini.  Bagaimana pula dengan kita yang sememangnya tercari-cari sesuatu untuk dinikmati segar?  Pokok bunga bintang amat sempurna jika ingin dinikmati. Kalau tak berbaloi masakan saya ini promote pokok ini.
Pokok bunga bintang enak untuk dijadikan makanan.  Paling enak bila dihidangkan segar.
Misalnya, bunga bintang yang mudah tanggal sempurna untuk dijadikan salad atau dihidangkan sebagai ulam.  Ada juga yang bekukan bunga di dalam kiub ais dan menghidangnya di dalam sirap.  Sari manis yang halus di dalam bunga memang tak dapat ditandingi.  Memang best.
Pucuknya yang lembut, dipotong halus atau dimayang, enak ditabur di atas sup yang masih panas sebaik sahaja sebelum dihidangkan.
Ada yang katadaun segar yang baru dipotong mempunyai rasa seperti timun segar dengan aroma bawang merah.  Wah, memang unik rasanya.  Biasanya, batang pokok bunga bintandikelar secara memanjang untuk diambul isinya dan dihidangkan dalam minuman sejuk.  Rasanya tiada bandingan.
Rasa daun pokok bunga bintang hilang jika disimpan lama atau dikeringkan.  Sebab itulah, saya nyatakan tadi, jangan mimpi nak nikmati pokok bunga bintang kalau tak tanamsendiri di rumah.  Ia mesti dituai dan dihidangkan segar.
Seperti biasa, akan ada antara rakan yang akan bertanya, apa khasiatnya Encik Iskandar?  Khasiatnya memang banyak.  Di dalam perubatan, pucuk daun bunga bintang dicampur dengan susu.  Ia dikatakan dapat menghilangkan kemurungan.  Ia juga mampu mengukuhkan jantung.  InsyaAllah, panjang umur jika amalkan meminum minuman tersebut.
Ada juga yang hidangkan teh daun pokok bunga bintang.  Ia mampu melegakan batuk serta asma.
Mari kita tanam pokok bunga bintang pula, maksud saya, pokok borage.
Benih masih ada stok.  Dua pek 10 benih setiap pek dijual dengan harga hanya RM10.  Tambah RM10 untuk kendalian poslaju.  Pokok ini akan menghasilkan banyak benih, jadi rakan-rakan hanya perlu berbelanja sekali sahaja.  SMS/WhatsApp 0175009364 untuk pesanan.

Benih bunga bintang.


Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Keratan Mulberi Yang Disemai

Keratan mulberi tumbuh tunas selepas 1 minggu disemai.  Gambar milik Shera Tamaki.

Keratan mulberi dengan tunas yang cepat membesar, selepas seminggu disemai. Gambar oleh shera Tamaki.
Hari ini saya pamerkan gambar yang dikirim oleh Shera Tamaki.  Gambar menunjukkan keratan yang disemai seminggu sebelumnya.  Pertumbuhan tunas begitu cepat dan amat ketara walaupun hanya seminggu disemai.
Terima kasih Shera Tamaki, kerana sudi berkongsi gambar.

Soalan Pengunjung; Kesan Cela Pada Daun


Soalan pengunjung;
Assalamu'alaikum en Iskandar, boleh bertanya..dari gambar kobis encik ni..yg saya tanda merahkan merah, tu jenis serangan apa ye?..sayur2 yg kami tanam..even daun tembikai pon kena serangan begini...ada cara ke untuk mengatasinya?
-------------------------------------
Leaf borer. Biasanya anak belalang, siput kecil, lintah bulan kecil, ulat...

Khamis, 5 Jun 2014

Gambar Hari Ini -- Kobis Hijau Semua Musim


Jika tanam kobis, perlu bersabar kerana kobis ambil masa yang lama sedikit jika ingin tuai bola kobis. Tak semua kobis akan membentuk bola kerana kobis lazimnya ditanam di tempat sejuk.
Untuk membentuk bola, kobis perlukan suhu yang rendah iaitu anatar 18 hingga 0 darjah celsius. Mana nak dapat suhu sebegitu di negara kita ni. Namun begitu tak perlu gusar, kami ada jual benih yang mampu menghasilkan bole kobis walaupun di tempat panas. Pastikan anda beli kobis hijau baka semua musim. Ia tahan panas dan mampu membentuk bola walaupun di tanam di kawasan panas (tanah rendah).
Kobis yang saya tanam pun masih belum membentuk bola. Mungkin dalam sebulan lagi.... Saya ada semai benih baru dalam 50 cawan pakai buang, untuk dijual.

Benih kobis pun masih available, 5 pek kobis semua musim (1 pek ada 10 benih) dijual dengan harga RM10. Jangan lupa tambah RM10 untuk kendalian poslaju.
SMS/WhatsApp 0175009364 untuk buat pesanan.

Blog Walking -- Blog Milik Puan Nadia Rashid

Skrin dari blog milik Puan Nadia Rashid




Dah lama tak blog walking. Hari ni sempat jenguk beberapa bog rakan-rakan yang tanamsendiri. Nadia Rashid ada semai benih salad lionhead. Cantik juga salad yang terbentuk. Saya perhatikan kadar pertumbuhan tak sekata, ada yang cepat besar, ada yang lambat. Mungkin kesan persaingan antara tanaman. Yang jelas jika tak cukup cahaya salad lionhead lambat sikit besar.

Terima kasih Puan Nadia Rashid kerana sudi berkongsi blog.

Saya pernah semai benih salad lionhead untuk uji cambah, kemudian diletakkan dalam cawan pakai buang. Semuanya habis terjual. Laku sebab rupanya cantik.
Selain daripada salad lionhead, ada pelbagai jenis lagi. Salad terbaru yang ada dalam stok kami ialah salad itali dan salad amerika.

SALAD (~50 benih/pek)
1. Salad Amerika (RM2/pek)
2. Salad cina (RM2/pek)
3. Salad coral hijau grand rapid (RM2/pek)
4. Salad coral merah red rapid (RM2/pek)
5. Salad green parade (RM2/pek)
6. Salad Hawaii (RM2/pek)
7. Salad iceberg general (RM2/pek)
8. Salad lion head (RM2/pek)
9. Salad Marilyn (RM2/pek)
10. Salad merah fire red (RM2/pek)
11. Salad roman (RM2/pek)
12. Salad summer green (RM2/pek)
13. Salad titanic (RM2/pek)
14. Salad top world (RM2/pek)
15. Salad itali (RM2/pek)

Untuk buat pesanan, sms/whatsapp 01750009364.

Blog Nadia Rashid boleh dicapai melalui URL berikut:
http://mamanaufalcomey-nadiarashid.blogspot.com/2014/05/salad-lionhead.html

Rabu, 4 Jun 2014

Nimfa Belalang, Walaupun Kecil Mampu Memusnahkan Cambahan

Nimfa belalang, saiznya tak sampai 2cm.


Nim belalang, kecil aja. Tak sampai 2 cm pun, tapi mampu merosakkan atau memusnahkan cambahan. Waktu selepas hujan, jumlah nim lebih banyak daripada biasa.
---------------------------



Nimfa belalang, saiznya tak sampai 2cm. Cara yang saya buat, pasang glue serangga perosak untuk kurangkan jumlah serangga ini. Glue serangga perosak ada dijual. Hanya RM10 satu set. SMS/WhatsApp 0175009364 untuk buat pesanan.

Selasa, 3 Jun 2014

Daun Serai Kayu, Ulam dan Sayur Dari Pokok Saka

Pucuk serai kayu, enak dibuat ulam cicah sambal.
Pernah ada rakan yang bersungut, tak seronok tanam sayur sepab penjagaannya intensif dan pokok tak tahan lama.
"Mengapa tak ada pokok ulam atau sayur yang dituai dari pokok saka?  Kan senang, tanam sekali aja dapat tuai banyak kali."
Saya cuba nak beritahu, tapi rakan saya ni dah tak beri tumpuan.  Saya faham, itu alasan sahaja kerana rakan saya tak berminat sangat untuk berkebun.  Jadi topik dibuka untuk membunuh masa sahaja.
Sebenarnya ada banyak sayur atau ulam yang boleh dituai daripada pokok saka.  Serai kayu adalah satu daripada contohtumbuhan yang saya maksudkan.  Bayangkanlah, jika ada tanah, kita tanam poikok ni dan ia tumbuh besar seperti pohon saka yang lain.  Bila tiba waktu tuaian, kita pangkas dahan dan kutip daunnya untuk dibungkus dan diedarkan.  Pohon akan semakin merimbun selepas dipangkas.
Barangkali, seperti menanam pokok duit.  Cantas dan jual.  Siapalah tak mahu senang seperti itu.
Oh ya, pucuk serai kayu, kalau dipek elok-elok, barangkali berapa ringgit ya untuk satu pek kecil?

Seronok Tanam Cendadwan

Cendawan mutiara bakal dituai di hari berikutnya.

Bila ada kawan bertanya,
"Tanam cendawan ke sekarang?"
Susah nak jawab.  Kalau tanam, kita perlu akukan sesuatu dari meyemai hinggalah menuai.  Jadi kalau nak kata tanam cendawan, saya rasa tak layak nak mengaku, sebab saya beli bongkah yang dah siap disuntik benih.  Saya cuma beli bongah, letak dalam ruang yang serasi dengan pertumbuhan cendawan dan tuai.  Kalaulah ini dikatakan "menanam", sayalah penanam yang palis malas dalam dunia tanamsendiri.
Jika ada niat nak menanam cendawan, ia tidaklah seringkas beli bogkah, simpan dan tuai.  Ada aktiviti lain yang perlu dilakukan.
Sekarang ni bila ada masa terluang, draf ebook "Tanam Cendawan Di RumahUntuk Makan Sendiri".  Tak pasti, ada demand tak buku ni?

Isnin, 2 Jun 2014

Gambar oleh Rakan Tanamsendiri -- Timun Wonder

Pokok Timun Wonder, kiriman Sdr Kamarul Zaman Baharom
Hari ini saya pamerkan gambar kiriman Sdr Kamarul Zaman Baharom.  Pemilik pokok ini menggunakan dawai pagar untuk melindungi pokok daripada serangan siput.  Di sebelah atas pula diletakkan dawai pagar untuk pokok memanjat.  Perhatikan daun pokok yang sempurna tanpa cela.  Terima kasih Sdr Kamarul Zaman kerana sudi berkongsi gambar untuk dmanfaatkan semua.
Kepada pengunjung yang ingin gunakan gambar yang dikirimkan oleh rakan tanamsendiri, sila minta izin daripada pemilik gambar.