Jumaat, 31 Januari 2014

MENYIRAM, bahagian 8 Daripada 40 (Dipetik daripada eBook "Menyiram"

AIR YANG ADA
Semua air yang ada di dalam tanah tidak mempunyai nilai yang sama terhadap pertumbuhan tanaman. Apabila tumbuhan menyerap air, lapisan air pada permukaan zarah tanah menjadi semakin nipis dan memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyerapnya.  Apabila berada pada tahap layu, lapisan lembapan pada zarah tanah adalah sangat nipis menyebabkan tumbuhan tidak lagi berdaya untuk menyerap air daripadanya.

Air yang masih ada melekat dengan kuat pada zarah tanah melalui daya elektrik iaitu pada kadar 15 kali tekanan atmosfera dan dikenali sebagai air higroskop.  Dengan menentukan jumlah daya sedutan tanah menggunakan tensiometer, kita boleh tentukan kuantiti air yang masih ada untuk tanaman.

Rumpai Bermanfaat?

Ada rakan yang timbulkan isu tentang rumpai seolah-olah rumpai suatu yang tiada guna langsung.  Bila disebut rumpai, saya maksudkan tumbuhan yang tumbuh di tempat yang tidak diingini, iaitu di dalam kawasan tanaman.  Misalnya, salad pepperomia dianggap rumpai bila ia tumbuh di dalam pasu tanaman cili.  Ini kerana kita tanam cili, kita harapkan tuaian buah cili dan bukannya daun salad pepperomia.  Kehadiran salad peperomia membuatkan sumber untuk pokok cili berkurang kerana ia berebut ruang, nutrian, air dan cahaya.

Jika tanamsendiri di rumah secara organik, kita perlu tukar perspektif kita kerana setiap elemen dalam kumuniti laman rumah ada manfaatnya.

Ok, apa manfaat rumpai?  Mungkin itu soalan yang rakan-rakan ajukan pada saya. 

Ada banyak manfaatnya, antara manfaat rumpai adalah seperti berikut:

1. Rumpai membantu tingkatkan kepelbagaian hayat dalam laman kebun di rumah.  Setiap rumpai ada keistimewaannya dari segi herba, bunga, akar dan lain-lain.  Setiap jenis rumpai yang dicabut akan menyebabkan laman kebun di rumah menjadi kurang menarik dan kurang sihat.  Raan-rakan akan faham bila baca artikel yang saya ost sebelum ini atau di masa yang akan dating.  Mungkin ada yang tak akan setuju, tapi itulah hakikatnya.
2. Banyak daripada rumpai sebenarnya boleh dimakan serta berkhasiat.  Ia adalah bonus jika tidak dibuang. Saya pernah perkenalkan pokok purslane dan pepperomia, ramai yang tidak tahu rumpai tersebut boleh dimakan. Bila dah makan, baru tahu betapa enaknya rumpai tersebut.

3. Rumpai boleh jadi teman tanaman dan mampu menjaga  tanaman.  Misalnya apabila anda cabut tanaman, tanah akan terdedah.  Rumpai membantu menutup tanah yang terdedah dan menghalang kehilangan nutrient melalui hakisan, mengekalkan kelembapan tanah dengan menghalang sejatan pada permukaan tanah dan menyorok cambahan daripada serangan makhluk perosak.
4. Rumpai membekalkan makanan kepada hidupan terutamanya serangga pemangsa.
5. Rumpai bertindak sebagai Tumbuhan perangkap, yang menarik makhluk perosak memakannya jadi tanaman tidak lagi diganggu.
6. Rumpai menyuburkan tanah kerana akarnya yang dalam menyedut keluar nutrient daripada tanah yang dalam.  Apabila rumpai mati dan menjadi kompos, nutrient tersebut boleh diserap oleh tanaman.

Memang benar rumpai boleh menjadi masalah, tapi jika diuruskan dengan betul, ia sebenarnya suatu penyelesaian masalah dan bukannya punca masalah.

Khamis, 30 Januari 2014

Masak Lemak Lada Hitam Sayur Kampung

Masak Lemak Lada Hitam Sayur Kampung

Bahan-bahan
50 gm pucuk labu manis (di potong kecil)
50 gm pucuk ubi keledek (di potong kecil)
50 gm bayam putih daun bulat (di potong kecil)
1 cawan santan pekat
1 biji ubi keledek sederhana besar (dipotong kecil)
½ cawan air
1 sudu teh garam halus

Bahan-bahan tumbuk
10  ulas bawang kecil (atau 2 sudu besar  bawang kisar)
1 sudu besar ikan bilis
1 sudu kecil lada hitam
2.5 cm (1 inci) kunyit

Cara-caranya
1.       Lada hitam ditumbuk dengan bawang kecil, kunyit dan ikan bilis.

2.       Masukkan santan dan air ke dalam periuk.  Tambahkan bahan-bahan tumbuk dan ubi keledek. Masukkan garam.

3.       Masak dengan api sederhana sehingga ubi keledek empuk.

4.       Apabila ubi empuk, masukkan pucuk labu manis, pucuk keledek dan bayam.

5.       Masak hingga mendidih.

6.       Tambahkan garam jika perlu.


Nota:  Resepi ini boleh juga digunakan dengan campuran  sayur lain seperti kangkung, sayur manis dan pucuk ubi.




Contoh Cara Tumbuhan Selesaikan Masalah

Satu daripada manfaat tanamsendiri di rumah ialah kita dapat lihat sendiri kehebatan ciptaanNya.  Tumbuhan tidak mempunyai kelebihan seperti kita manusia, tetapi cabaran yang dilaluinya tetap banyak.  Kalau panas kita boleh mencari payung untuk berteduh.  Kalau pokok yang terlebih panas, mana payungnya. Kalau haus kita boleh cari air.  Pokok kehausan, mana airnya.  Tapi pokok tak merenget.  Ia selesaikan masalah, bukannya menjadi punca kepada masalah.

Cambahan cowpea menahan panas dengan menutup tunas dengan daun kotiledon.
Lihatlah cambahan cowpea ini.  Cambahan perlukan banyak air.  Jika kehilangan air, cambahan akan lesu, dan jika kehausan terlalu lama, cambahan ini akan mati.  Hari ini tiada awan dan suhu di depan rumah saya mencecah 38 darjah Celsius.  Daun yang terdedah pasti akan menyebabkan kehilangan air yang terlalu banyak melalaui proses transpirasi.  Cara cambahan ini selesaikan masalah, tutup daun dengan merapatkan dua permukaan daun kotiledonnya.  Dengan posisi begini, permukaan dan tunas terlindung daripada cahaya terik.

Bila melihat posisi ini, saya alih cambahan ke tempat teduh.  Tak sampai dua minit, daun terbuka semula seolah-olah menadah tanda sedia untuk berfungsi kembali.  Hebat.  Dan saya sendi; kagum.

 

MENYIRAM, bahagian 7 Daripada 40 (Dipetik daripada eBook "Menyiram")

Apabila aliran air pada lapisan zarah terhenti, tanaman tidak lagi dapat menyerap air melalui akar untuk mengganti air yang hilang melalui proses transpirasi pada daun, pokok akan tutup liang stoma pada daun, pokok akan layu dan pertumbuhan terhenti.

Jika masih terdapat lembapan jauh di dalam tanah, ia akan menyerap ke arah permukaan tanah sehingga ke aras akar.  Jika ini tidak berlaku, pokok akan mati kehausan.

Air yang mengalir dalam aliran kapilari lazimnya perlahan dan terhad untuk bekalkan air yang cukup kepada tumbuhan untuk pertumbuhan yang sempurna.  Jadi, di dalam tanah kering, akar mesti tumbuh jauh untuk "mencari" air untuk bekalan air yang cukup secara berterusan.

Ini adalah tujuan utama untuk akar terus tumbuh dan merayap jauh ke arah tanah yang lebih lembap.  Pertumbuhan akar dan alran air kapilari membantu tumbuhan mendapat air yang ada di dalam tanah.

Rabu, 29 Januari 2014

Benih Untuk Dijual -- Set Tomato Ceri



Dapatkan Set Tomato Ceri:

10 pek dari 4 jenis tomato ceri dari baka hybida dengan harga hanya RM30. Kiriman dibuat melalui poslaju. 

Cara Memesan Set Tomato Ceri: 1. Tentukan jumlah set serta harganya. Jika anda ingin beli 1 set, harganya RM30. 2. Buat bayaran melalui mana-mana akaun berikut.

Iskandar ab Rashid Affin 205470241951, atau BSN Giro 1010929000080825, atau Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail CIMB 12750009113528
Abdul Rahman bin Iskandar Maybank 162441150114
atau bayar ke akaun PayPal [email protected]

3. Kemudian emel [email protected] atau sms 01127005586 dan nyatakan a) maklumat tentang bayaran, b) nyatakan "Set Tomato Ceri" serta bilangannya, c) nama dan alamat penerima benih.


4. Pastikan anda menerima respons daripada kami. Jika tiada respons dalam masa 24 jam, sila SMS maklumat pesanan ke 01127005586 untuk pastikan kami ada menerima pesanan tersebut.


5. Pihak kami akan berikan nombor trekking poslaju untuk rujukan.


6. Kiriman hanya dibuat pada hari Isnin, Rabu, dan Jumaat.


MENYIRAM, bahagian 6 Daripada 40 (Dipetik daripada eBook "Menyiram"

CARA AIR MENGALIR DI DALAM TANAH
Air yang berada berhampiran dengan permukaan tanah lebih cepat kering kerana ia hilang melalui proses sejatan pada permukaan tanah dan diserap ke dalam tumbuhan melalui akar tumbuhan.  Air tersebut diganti oleh air kapilari, yang mengalir daripada tanah berhampiran yang lebih basah.  Ini berlaku kerana lapisan air di permukaan zarah tanah menjadi semakin nipis apabila ia kering menyebabkan daya jelekit menjadi semakin kuat dan menyerap air daripada zarah tanah berhampiran yang lebih basah sehingga semua zarah-zarah tanah mempunyai kelembapan yang setara.  Secara semulajadi, kelembapan tidak mungkin akan setara kerana air yang hilang melalui proses sejatan pada permukaan tanah dan serapan pada permukaan akar berlaku secara berterusan.

Jika air keluar daripada tanah secara berterusan, pada satu tahap ia akan habis dan aliran air akan terputus menyebabkan ia tidak lagi dapat menggantikan air yang hilang secara berterusan. Aliran air kapilari berkait dengan daya jelekit dan berkurang apabila lapisan air yang menyalut zarah tanah kering.  Aliran terhenti apabila air menghampiri takat layu.

Selasa, 28 Januari 2014

Gambar Hari Ini -- Bendi Putih Untuk Dijadikan Benih

Lenggai bendi putih dibiarkan di pokok untuk dijadikan benih.
Pokok bendi putih yang saya tanam di depan rumah dah terlebih tinggi.  Buah baru pun dah kurang dari biasa.  Jadi saya buang daun dan ikat bersama beberapa ranting dan biarkan buah matang di pokok.  Bendi ini akan dijadikan benih.  Bendi putih adalah dari baka hibrid, iaitu baka kacukan, jadi benih yang terhasil nanti kemungkinan tidak mempunyai ciri yang sama dengan induknya.  Benih akan dijual sebagai bendi OP baka putih.

MENYIRAM, bahagian 5 Daripada 40 (Dipetik daripada eBook "Menyiram"

Apabila air tidak lagi mampu memasuki ke dalam tanah, air graviti dalam makroliang akan mengalir ke bawah secara perlahan.  Ruang tersebut akan diganti dengan udara.  Apabila semua air telah mengalir keluar (lazimnya mengambil masa sehingga beberapa hari), zarah-zarah tanah dan mikroliang yang menyimpan air kapilari yang mampu dipegang tanah dikatakan perada pada kapasiti medan.  Ini adalah paras air yang ideal untuk kebanyakan tanaman dengan air yang tersimpan secara lapisan berterusan pada zarah-zarah tanah bermula daripada paras air kekal di dalam tanah dengan ruang makroliang berisi udara.  Jumlah air yang tersimpan pada aras ini dikenali sebagai kapasiti menyimpan lembapan.

Isnin, 27 Januari 2014

MENYIRAM, Bahagian 4 daripada 40 (Dipetik daripada eBook "Menyiram"

Mana-mana air yang masuk ke dalam tanah setelah ruang mikroliang telah penuh, akan mengisi ruang di antara agregat.  Ruang ini dikenali sebagai makroliang.  Air tersebut dikenali sebagai air graviti dan ia mengalir melalui tindakan daya graviti dan secara fizikal tidak melekat pada zarah-zarah tanah langsung.

Jika lebih banyak air masuk ke dalam tanah, melalui daya tindakan graviti, ia akan masuk lebih dalam.  Air tersebut menyambung semua zarah tanah yang ada, mengisi semua ruang yang ada sehingga ia masuk ke dalam paras air dalam tanah iaitu pada aras tanah tepu dengan air secara kekal.  Paras ini adalah pada aras air perigi.

Jika air yang masuk ke dalam tanah terlalu banyak dan semua liang yang ada telah diisi sehingga ke paras air tanah, tanah dikatakan berada pada tahap tepu.  Mana-mana air yang masih jatuh ke tanah tidak lagi dapat memasuki tanah akan bertakung atau mengalir ke tempat lain.

Ahad, 26 Januari 2014

Gambar Hari Ini -- Tomato Plum Sedang Ranum

Tomato plum.
Tomato plum, buahnya masam-masam manis dengan isi seperti paste yang padat.  Saiz kecil, iaitu dengan diameter 3 cm sahaja. Jisim setiap buah 10g.  Saya masih lagi belajar tentang tabiat tomato jenis ni, jadi kali ni hanya dapat 3 tangkai yang ranum sahaja dalam satu masa.  Pokok ni jenis memanjat.  Jadi untuk batch yang akan datang saya akan alih ke pangkal pagar.  Pokok akan diikat dalam kedudukan mengufuk (horizontal).  Hanya bahagian tunas berbunga akan di buar tumbuh mencacang.
Tunas utama juga akan dikerat selepas pokok mengeluarkan bunga untuk galakkan pertumbuhan tunas sisi dengan bunga sekali.  Sasaran akan datang, 50 biji setiap pokok setiap tuaian.  Adakah ini mungkin?

MENYIRAM, Bahagian 3 daripada 40 (Dipetik daripada eBook "Menyiram")

CARA AIR MASUK KE DALAM TANAH
Apabila satu titis air masuk ke dalam tanah, ia akan tersentuh dengan zarah tanah yang paling dekat dengannya.  Air tersebut akan bergabung lapisan air yang menyalut zarah tanah tersebut.  Air tersebut lekat pada zarah tanah oleh daya jelekit.  Ini membolehkan air menyaluti zarah tanah tersebut dan lapisan air tersebut menjadi semakin tebal, iaitu sehingga 0.06mm.

Apabila setiap zarah tanah mempunyai air yang secukupnya yang mampu disimpan, lebihan air akan mengisi ruang-ruang kosong di antara zarah tanah.  Ruang-ruang kosong tersebut, yang dikenali sebagai mikroliangakan diisi dengan air.  Air yang mengisi mikroliang dipanggil  air kapilari kerana ia mampu mengalir di sekitar tanah melalui tindakan kapilari.

Tanam Ubi Kayu Dalam Pasu Untuk Tuaian Pucuk

Selain daripada ubi, daun ubi kayu enak dibuat ulam.  Kalau pucuknya direbus, cicah budu.... Tiada kata dapat membayangkan keenakannya.

1. Gunakan pasu besar, misalnya bukaan 10 inci.
2. Isikan pasu dengan tanah atas (topsoil) yang kaya dengan bahan organik sehingga 3/4 penuh.
3. Siram tanah dengan air untuk basahkan tapi jangan sampai bertakung.
4. Buat lubang lebar 15 cm (6 inci) dengan kedalaman 10 cm (4 inci).
5. Masukkan keratan batang dengan kedudukan 45 darjah.
6. Pastikan tunas berada di bahagian atas.
7. Tutup lubang dengan tanah ringan, misalnya kompos atau humus. JANGAN MAMPATKAN TANAH.
8. Sembur dengan air berkabut (mist) menggunakan penyembur.
9. Letak ditempat teduh.  Pokok akan bertunas selepas 1 minggu.
10. Apabila telah bertunas alih pasu ke tempat panas.
11. Apabila tunas baru tumbuh dalam 30 cm (1 kaki), boleh mula tuai pucuknya.

Ilustrasi cara menanam ubi kayu untuk tuaian pucuk.

Untuk dapatkan keratan, sms atau whatsapp 0175009364.


Kiri: Daun ubi kayu.  Kanan: Keratan ubi kayu.


Sabtu, 25 Januari 2014

MENYIRAM Bahagian 2 Daripada 40, dipetik daripada eBook Menyiram

INFILTRASI
Kadar air masuk ke dalam tanah dikenali sebagai kapasiti infiltrasi dan ini bergantung kepada struktur dan tekstur tanah terutamanya dalam lapisan atas.

Jika kapasiti infiltrasi rendah, air akan bertakung membuatkan tanah menjadi becak selepas disiram.  Ini kerana selepas hujan, air tidak dapat masuk ke dalam tanah dengan cepat. Jadi, air bertakung pada permukaan tanah.  Air mungkin akan mengalir ke kawasan yang lebih rendah.  Ini akan menyebabkan berlakunya hakisan dan air tersebut akan mengalir keluar.  Ini adalah suatu pembaziran kerana tidak dapat dimanfaatkan untuk tanaman.

Dalam aktiviti berkebun di rumah, kita perlu lakukan sesuatu supaya air hujan atau air yang disiram diserap ke dalam tanah dan dapat dimanfaatkan untuk tanaman kita.

Collard Terabai Dah Dialih ke Dalam Pasu Yang Lebih Besar

Collard atau sawi kailan jepun telah dialih dan akan disiram dengan teh kompos.

Pokok collard yang dikatakan terabai semalam telah dialih ke dalam pasu yang lebih besar.   InsyaAllah esok saya akan mula menyiramnya dengan teh kompos.  Teh kompos yang saya akan guna diletakkan dalam uncang.  Niat saya, uncang akan dijual secara set.  Oleh kerana proses membuat uncang ini melibatkan beberapa orang harganya agak tinggi sedikit.  Bagaimanapun saya rasa hasilnya berbaloi.  Apa-apa pun kita lihat pertumbuhan pokok ini dulu.

Jumaat, 24 Januari 2014

Collard Terabai Akan Dipulihkan

Collard atau sawi kailan jepun yang akan dipulihkan.

Hari ni bersihkan sedikit rumpai yang dah merimbun di ruang depan rumah, tetiba "terjumpa" pasu yang mengandungi collard atau sawi kailan jepun yang telah lama terabai.  Sayur ini telah dialih ke dalam pasu 5.5 inci dan telah sekian lama tidak diendahkan.  Daun matangnya ada sebesar tapak tangan dan daun muda kelihatan seperti meronta untuk hidup.  Pokok ini akan dialih ke dalam pasu besar dan saya akan siram dengan teh kompos untuk dilihat sendiri kesan penggunaan teh kompos.  Diharapkan pokok ini tidak mati supaya kita boleh lihat kesan penggunaan teh kompos.
Ini kerana saya ingin jual uncang teh kompos supaya lebih ramai rakan-rakan dapat memanfaatkan cecair baja tersebut.

MENYIRAM (bahagian 1 daripada 40, dipetik dari ebook Menyiram)

Air amat penting untuk tumbuhan. Selain daripada untuk membuat makanan dalam proses fotosintesis, air juga digunakan sebagai bahan pengangkutan untuk mengalih nutrien dan makanan di dalam tumbuhan.  Oleh sebab itu sebahagian besar daripada tumbuhan adalah terdiri daripada air.

TANAH DAN AIR
Air bergerak di dalam tanah melalui tindakan kapilari ke arah sisi dan graviti ke arah bawah. Jadi, air tidak statik di dalam tanah.

Selepas anda menyiram atau ketika hujan, air masuk ke dalam tanah dan masuk ke dalam daun melalui akar, atau mengalir keluar daripada lapisan tanah atas melalui tindakan graviti. Kira-kira 25% daripada kandungan tanah adalah terdiri daripada air, tetapi nisbah kandungan air dan udara di dalam tanah sentiasa berubah secara songsang.

(bersambung esok)

Selasa, 21 Januari 2014

Tempurung Sebagai Sungkup (Mulch)

Biasanya bila sebut aja sungkup, ramai akan terlintas untuk gunakan plastik hitam untuk tutup.  Plastik tersebut akan bertindak memerangkap haba dan membunuh rumpai yang ada.  Ia juga mampu memerangkap permukaan tanah dan menghalang air daripada hilang melalui sejatan.

Masalahnya, saya menanam untuk jimatkan duit belanja.  Plastik sungkup mahal harganya.  Lagi pula ia produk berasaskan petroleum.  Di zaman kanak-kanak dulu, selalu juga ikut ayah berkebun.  Ketika itu ayah saya seorang guru, hobinya berkebun.  Balik mengajar, lepas solat zuhur, kami terus lompat Vespa ke kepun, kira-kira 1 jam dengan Vespa (sekuter).  Dia gunakan jerami dari batang dan daun jagung sebagai sungkup.  Tanamannya amat subur dan saiz amat besar.  Oleh kerana sumber air ketika itu air perigi, tak larat untuk kami menyiram tetapi tanaman tetap subur.  Inilah rahsianya, lembapan tanah terpelihara kerana sungkup menutup permukaan tanah dan menghalang lembapan air tersejat daripada permukaan tanah.

Saya tinggal di kawasan perumahan, kalau guna jerami pasti nampak tak terurus.  Lagipun mana nak cari jerami di kawasan perumahan.  Jadi, saya gunakan cip tempurung.  Ia boleh didapati dari kedai runcit dan pasar secara percuma.  Yang perlu dilakukan hanya pecahkan tempurung menjadi cip kecil menggunakan kapak, golok, atau tukul besi.

Saya pecahkan tempurung dan tutup tanah (yang terdedah) yang saya tidak gunakan untuk menanam.  Ia tidak memanaskan permukaan tanah, jadi aktiviti hidupan tanah berlaku walaupun ketika di waktu tengahari yang terik.  Air yang saya siram tidak hilang melalui sejatan jadi tanah kekal lembap.  Tempurung juga menghalang rumpai daripada tumbuh bebas.

Saya perharikan selepas 2 minggu, tempurung bertukar menjadi perang kehitaman.  Di bawahnya terdapat banyak tinja cacing (worm casting), ulat gonggok, kutu kayu -- membuktikan komuniti hidupan dalam tanah tetap aktif.  Tempurung itu sendiri terurai secara perlahan lahan membekalkan bahan organik ke dalam tanah.

Ia juga mampu menghalang kucing daripada menggali untuk buat jamban.

Nah, ia percuma, ia berkesan dan insyaAllah kami akan dapat nikmati tuaian sayur segar bebas racun.
Beat inflasi makanan dengan tanamsendiri di rumah.

Tempurung dipecahkan menjadi cip kecil digunakan sebagai sungkup.







Gambar Hari Ini -- Kacang Panjang Dalam Pasu

Kacang panjang dalam pasu.
Biasanya bila saya tawarkan anak pokok atau benih kacang panjang, ramai yang akan menolak.  Tiada ruang, kata rakan-rakan.  Ini kerana kacang panjang pokok memanjat dan memerlukan ruang yang banyak.  Sebenarnya kacang panjang boleh dibiarkan merimbun tanpa memanjat.  Jika tidak mahu kacang panjang memanjat, jangan pasang pancang.
Bunga kacang panjang juga cantik, sesuai ditanam sebagai pokok hiasan.

Benih Untuk Dijual -- Set Eksotik Kacang Memanjat


Set Eksotik Kacang Memanjat mengandungi pelbagai jenis kacang (panjang) dari baka memanjat yang amat sesuai ditanam di laman rumah.  Walaupun ia memanjat, pokok kacang panjang amat sesuai ditanam di laman rumah kerana kacang panjang boleh ditanam di dalam pasu.  Kacang panjang cepat berbuah dan bunganya cantik.  Jangan risau jika tiada ruang untuk pokok memanjat kerana anda boleh biarkan tumbuhan merimbun dalam bekas atau pasu tanpa memasang pancang.

Set ini mengandungi:
1. Kacang panjang (3 pek)
2. Kacang panjang ular (3 pek)
3. Kacang buncis (3 pek)
4. Cowpea (3 pek)
5. Kacang botor (3 pek)

Setiap pek mengandungi 5 benih kacang, Jadi semuanya 75 benih kacang, dijual hanya dengan harga RM30. Kiriman dihantar melalui poslaju tanpa bayaran tambahan.  Jimat RM10.

Untuk pesanan, SMS atau WhatsApp 0175009364.

Uncang Teh Kompos


Ada yang minta supaya kami hasilkan produk baja yang dapat membantu sayur daun tumbuh dengan saiz yang besar lagi manis. Buat seperti uncang teh tiga dalam satu -- celup celup minum.

Sebenarnya idea tersebut memang bagus. Lagipun cecair rendaman kompos sememangnya dipanggil teh -- teh kompos!

Jawapan saya, sedang diusahakan. Pakai uncang juga, cuma celup celup siram. Bagaimanapun ada cabarannya, sebab ruang untuk kami sediakan kompos terhad, jadi kompos yang kami terdaya hasilkan amat terhad. Kalau banyak ruang, ingin aja tanam sayur yang cepat membesar, kaya dengan nutrien dan jika dikomposkan tiada rasa kesal.

Sebenarnya lalang mampu menghasilkan kompos yang bermutu. Akarnya menusuk kauh ke dalam tanah, menyerap segala nutrien yang perlu. Bila dikompos, daun lalang kaya dengan nutrien hasil dari aktiviti akar di dalam tanah. Lalang juga cepat membiak dan jika digaul ke dalam tanah, lalang mampu membaiki struktur tanah. Tapi kalau buat projek tanam lalang untuk buat baja, barangkali tersenyum oang mendengarnya.

Ada juga yang menyuarakan hasrat nak bela cacing untuk buat kompos. Saya pernah bela cacing untuk hasilkan baja berkualiti. OK idea tu, kalau tak duduk di kawasan perumahan. Mengapa? Sebab mesti ada feeder. Cacing kuat makan.  Feeder yang terbaik ialah tinja arnab. Arnab kerjanya makan dan beranak aja. Hasilnya tinja yang berkilo kilo.
ialah tinja arnab. Sekejap aja, tinja jadi tepung seperti serbuk kopi.  Tinja lembu pun cacing suka juga.  Boleh juga guna.

Arnab cepat membiak. Sebulan dua kali beranak. Kalau hidup semuanya, mak oi puas makan daging arnab. Daripada kajian yang dibuat, vermikompos (kompos tinja cacing) membekalkan nutrien dalam bentuk yang sedia untuk diserap oleh tanaman. Jangan jangan. Jangan buat baja guna tinja arnab sebagai baja tanpa diproses terlebih dahulu. Pokok melecur nanti. Kandungan garam dalam tinja arnab tinggi!

Katalah saya jual uncang untuk teh kompos, boleh ker sayur daun besar bila siram dengan bahan tersebut? Adusy, cabaran tu. Sebab perkara asas masih perlu iaitu:

1) pokok dapat banyak cahaya (tenaga untuk fotosintesis).
2) struktur tanah kena elok supaya hidupan dalam tanah dapat hidup dan menjalankan aktiviti pada tahap yang optima,
3) ada ruang udara dalam tanah supaya akar dapat bernafas (respirasi) dan tumbuh menghasilkan sistem akar yang kukuh, dan
4) air perlu cukup, bukan sahaja untuk fotosintesis, tetapi juga untuk regulasi dalam tumbuhan tersebut.

Jika semua perkara di atas dituruti, insyaAllah uncang teh kompos kami berkesan.

Soalannya bila boleh hasilkan uncang tersebut? Adusy... kompos masak hanya ada tiga beg plastik besar. Tengoklah, dua tiga hari lagi.

Isnin, 20 Januari 2014

Gambar Oleh Rakan TanamSendiri -- Hazmi Hj Hamid

Hari ini kita kongsi gambar milik Sdr Hazmi Hj Hamid dari Melaka.  Ruang yang diusahakan Sdr Hazmi berdekatan dengan pantai, jadi kawasan tersebut agak kering dan berangin.  Angin pun boleh menjadi masalah kerana ia meningkatkan kadar transpirasi pokok menyebabkan pokok lebih cepat kering.  Bagaimanapun, risiko jangkitan kulat kurang berbanding dengan kawasan tanpa angin.  Cua pemiliknya perlu siram selalu untuk pastikan pokok tidak kehausan.  Bagaimanapun, pulangannya lumayan.  Tanamsendiri memang berbaloi.  Beat inflasi makanan dengan tanamsendiri sayur di rumah.

Walaupun tinggal di kawasan yang berangin, Sdr Hazmi berjaya menanam timun yang memerlukan air yang banyak secara berterusan  Lihatlah sendiri hasilnya.

Timun sedia untuk dituai, gambar milik Hazmi Hj Hamid

Pokok jagung sesuai digunakan sebagai penghadang angin.  Bagaimanapun ia sendiri perlu diikat untuk elakkan daripada tumbang akibat ditiup angin kencang.

Jagung manis diikat kerana kawasan laman di persisiran pantai, angin kuat. Gambar milik Hazmi Hj Hamid.

Pokok timun mula berbunga, gambar milik Hazmi Hj Hamid.
 Pokok pegaga yang perlkan air yang banyak juga tumbuh dengan subur.
Tanaman pegaga, gambar milik Hazmi Hj Hamid.
 Ulam seperti ulam raja dan serai elok dijadikan tanamman kerana kegunaannya yang segera. uai terus makan atau dijadikan perisa makanan.
Ulam raja dan serai, gambar milik Hazmi Hj Hamid.
 Kacag panjang juga menghasilkantuaian yang cepat dan berterusan.  Kacang panjang boleh dimakan segera atau dimasak.
Kacang panjang, gambar milik Hazmi Hj Hamid.
 Kailan boleh dikerat daun dan dibiarkan pokok tumbuh berterusan.  Berbaloi tanam kailan.

Kailan, gambar milik Hazmi Hj Hamid.

 Pemilik kebun/laman tekun memeriksa tanaman.

Pemilik laman sedang memeriksa pokok kailan, gambar milik Hazmi Hj Hamid.
Nah, lihatlah sendiri haslnya.  Berbaloi tanamsendiri di rumah.

Tuaian dari laman Sdr Hazmi, gambar milik Hazmi Hj Hamid

Ahad, 19 Januari 2014

Mengawet Herba Dengan Cara Dingin Beku

Biasanya herba diawet dengan cara mengering.  Bagaimanapun sebahagian besar molekul beraroma hilang dalam proses tersebut menyebabkan herba kering hilang sebahagian besar daripada aromanya.  Cara yang lebih elok ialah dengan membekukan herba.  Molekul aroma akan terperangakan di dalam ais dan dan akan dibebaskan apabila ais dicairkan.  Saiz yang palin sesuai ialah saiz ais kiub iaitu lebih kurang 1 inci persegi.

Bahan-bahan:
Herbal, air yang telah direbus atau ditapis (nyahklorin).
Alatan:
Bekas kiub ais.

Caranya:
1. Basuh herba dan celupkan dalam air beberapa kali untuk bersihkan daripada habuk dan serangga perosak.
2. Hiris herba supaya mempunyai saiz yang kecil.


Hiris herba.
3.  Masukkan hirisan kerba ke dalam sel dalam plastik kiub ais.
4.  Isikan kiub ais dengan air yag telah direbus atau ditapis.


Masukkan hirisan herba dan air ke dalam sel dalam plastik kiub ais.

5. Masukkan plastik kiub ais ke dalam beti sejuk (bahagian beku) dan biarkan sehingga air beku menghasilkan ketulan kiub ais.

Ketulan ais berherba. Aroma herba terperangkap di dalam ais.
6.  Setelah ketulan ais membeku, keluarkan ketulan ais tersebut daripada plastik kiub ais dan masukkan ke dalam plastik zip dan simpan dalam ruang beku di dalam peti sejuk.  Selagi ketulan ais herba tersebut tidak cair, herba tetap segar.  Ia tahan antara 6 bulan hingga 1 tahun.



Panduan Untuk Guna:
Keluarkan ketulan ais berheba dan masukkan dalam masakan seperti biasa.  Rasa herba dari ketulan ais tersebut tetap segar seperti baru saja lepas dipetik.  

Khamis, 16 Januari 2014

Resepi -- Nasi Moringa

Nasi Moringa, berkhasiat.

Semua bahagian pokok moringa berkhasiat. Daunnya mengandungi semua asid amino perlu yang diperlukan badan untuk membina pertumbuhan badan. Alangkah ruginya jika tidak dimanfaatkan. Nasi moringga elok dihidangkan bersama lauk. Ia mudah dimasak.




Bahan-bahan
3 cawan beras
3 cawan air (3 ¼ cawan jika sukakan nasi yang lebih lembut)
1∕3 cawan daun moringa
1 sudu teh garam

Cara-caranya
1. Basuh beras.
2. Basuh daun moringa dan kisar bersama 1 cawan air.
3. Masak nasi dengan air moringa dan lebihan air (2 cawan atau 2 ¼ cawan air untuk nasi yang lembut) bersama 1 sudu teh garam.
Campuran moringa dan beras sebelum dimasak.


-------------------------------------------
Posting asal 9 September 2013,
Posting semula 16 Januari 2014

Daun Sweet Basil Berkedut

Rupa daun sweet basil dalam keamatan cahaya yang berbeza.

Ada antara rakan yang menanam sweet basil baka tanamsendiri yang merasa runsing kerana daun sweet basil yang ditanam berkedut.

"Bimbang kalau-kalau daun dijangkiti virus."  Katanya.

Kebisaannya jika daun tersebut dijangkiti virus, selepas seketika pokok akan mati.   Jika pokok tumbuh dengan subur, daun berkedut kerana terdedah padapanas matahari yang keterlaluan.

Saya perhatikan, jika pokok terdedah pada cahaya matahari hingga suhu mencecah 35 darjah celsius, daun pokok akan berkedut.  Untuk kurangkan berkedut, alih pokok ke tempat teduh atau pasang sungkup untuk kurangkan keamatan cahaya terutamanya di sebelah petang.  Sebaiknya biar pokok mendapat cahaya pagi tanpa terhalang tetapi di sebelah petang teduh.

Rabu, 15 Januari 2014

Betik Sekaki Dalam Bekas

Beberapa tahun lalu pembekal benih ada tawarkan saya benih betik sekaki. Saya waswas untuk beli benih tersebut kerana harga yang ditawarkan terlalu mahal.  Katanya pkok renek.  Benih hermafrodit, buah lebat.  Dalam hati, kenana nak berbelanja hingga beratus ringgit untuk benih betik yang tak sampai seratus gram.

"Kenapa mahal sangat, apa special betik ni?"  saya soal pembekal.

"Aiya.... betik ni kan naik kapalterbang.  Lu ingat kapalterbang pakai minyak tanah ker, minyak tanah pun mahal tau.  Lagipun betik ni renek.  Kecil saya.  Tinggal kondo tingkat 80 pun boleh tanam.  Asal ada ruang letak pasu.  Tak ada cahaya, lampu ada!"

Macam-macam. Kapalterbang tak paai minyak tanah ker? Hmmmm.....
Nak ambil hati pembekal saya belilah satu pekel kecil.  Dah beli, mana nak jual benih ni.  Siapalah nak beli benih betik dengan harga yang tinggi.

Selepas diiklankan dalam blog tanamsendiri, ada beberapa orang rakan yang berminat dan membeli benih tersebut.  Antaranya, Puteri Purnama di blog dalamlingakaran ini, kini disinidalamlingkaranini.blogspot.com.  Ada juga beberapa kali saya buka cerita tentang betik sekaki.  Saya kata, betik ni kalau tanam dalam pasu pun boleh.  Ada yang senyum sinis.  Biasanya soalan yang saya terima ialah "Tak pecah ker tanam dalam simen?"  Itu cerita zaman jepun, zaman orang mandi di perigi.  Sekarang mana ada betik pecahka simen. Adusy.

Beberapa bulan lepas setelah baut promosi yang bertubi-tubi, barulah benih betik sekaki jalan.  Saya sendiripun ada ruang sedikit untuk buktikan betik sekaki sesuai ditanam dalam pasu.  Nah sekarang hampir bulan kemudian, betik sekaki dah megeluarkan putik bunga.  Tingginya dalam 90cm (3 kaki) lebih sedikit aja.  Barangkali, kalau tanam dalam pasu seramik yang besar pasti cantik kan?

Betik sekaki dalam bekas mula berbunga.

Keratan Untuk Dijual -- Moringa Oleifera

Keratan moringa dijual dalam tiga saiz.

Untuk saiz kecil (diameter 2.3cm/1 inci) dijual dengan harga RM10 untuk 3 keratan (1 set). Tambah RM10 untuk kendalian poslaju.
Keratan 5 cm hingga 8 cm (2 hingga 3 inci) dijual dengan harga RM10 satu keratan. Tambah RM10 untuk untuk kendalian poslaju, tambah RM5 untuk keratan setiap keratan seterusnya..
Keratan bersaiz 4 hingga 6 inci dijual dengan harga RM30 satu keratan.  Tambah RM15 setiap keratan untuk kendalian poslaju.
Keratan 15 jingga 20 cm (6 hingga 8 inci) dijual dengan harga RM50.  Tambah RM20 setiap keratan untuk kendalian poslaju.

Untuk buat pesanan sila hubungi 0175009364 melalui panggilan/SMS/WhatsApp.

Soalan Rakan Tanamsendiri -- Bawang Jadi Buruk

Kenapa bila saya tanam bawang yang telah bertunas, hanya dua tiga hari segar.
Lepas itu bawang jadi buruk?
-------------------------------------------------
Mungkin bawang telah disuntik lalat bawang. Rupanya seakan-akan lalat rumah tetapi bertelur dalam bulb bawang. Bila berengga (maggot) tetas, ia akan makan bawang dari dalam. Jika kawasan rumah ada diganggu lalat ini, selepas semai, tutup tanah dengan netting halus. Saya pernah hadapi masalah tersebut. Saya guna baby wipes untuk tutup sekeliling bawang yang disemai.

Gambar Hari Ini -- Tunas Moringa

Kelihatan tunas yang baru keluar dari keratan moringa yang ditanam.

Minggu lepas kami ada promotekan keratan moringa yang juga dikenali sebagai kacang kelor.  Alhamdulillah ramai yang memesan keratan tersebut.  Ada beberapa keratan yang kasar iaitu diameter keratan lebih daripada 15 cm (6 inci).  Bila disemai, sehari kemudian tunas baru ketah kelihatan.  Walaupun besar, keratan ini ditanam di dalam polibeg.  Manalah tahu ada rakan-rakan yang singgah untuk dapatkan anak pokok ini.

Pada pendapat saya, pokok moringa ni kira pokok yang mesti ditanam kerana ia berkhasiat dan cepat tumbuh semula bila dikerat.

Beat inflasi makanan dengan tanamsendiri di rumah.

Isnin, 13 Januari 2014

Anak Pokok Timun Mini

Anak pokok timun mini.

Pagi ini sempat alih beberapa anak pokok ke dalam bekas.  Niatnya timun mini nak di tanam di seberang jalan. Kena tunggu sebas sedikit sebab di seberang jalan ada banyak serangga perosak.  Bila anak pokok dah benar-benar kukuh baru nak alih. Mungkin dalam seminggu lagi.
Pokok timun mini cepat menghasilkan buah yang bersaiz kecil. Buahnya enak dijeruk, buat "pickle'.  Kalau serasi buahnya lebat. Anak pokok ni, saya anggarkan akan mula berbuah dalam sebulan lagi.
Ramai yang menolak untuk tanam timun mini di rumah. "Tiada tempat,"  adalah alasan yang biasa saya dengar.  Alasan ini berasas kerana pokok timun mini memanjat.
Bagaimanapun pokok ini kalau tak disediakan pancang akan merayap aja.
Benihnya pula cepat bercambah.  Mudah jaga timun mini dan pulangannya lumayan.  Timun segar enak, jauh bezanya dengan timun pasaraya.
Jika nak jimat belanja, tanamlah timun sebab bukan aja boleh dibuat acar.  Timun juga dimasak, dihiris jadikan ulam.  Kaum Hawa pula, hiris nipis, tempek kat mata.  Saya sendiri, suap ke dalam juicer, picit limau nipis sikit, tambah ais.  Fuh..... tiada kata dapat menjelaskan nikmatnya.
Oh ya, set timun yang terdiri daripada pelbagai jenis timun masih ada stok.  Jika berminat, SMS atau WhatsApp 0175009364.  Berbaloi.

Ahad, 12 Januari 2014

Cara Menanam Benih Dari Pek Rezeki Berterusan

Set ini diberikan secara percuma bersama pesanan yang melebihi RM50 dan kiriman melalui poslaju atau set buku tanamsendiri.com versi buku jilid 1, 2 dan 3  pada 6 hingga 10 Januari  2014.
Set Rezeki Berterusan mengandungi 5 jenis benih sayur yang apabila ditanam boleh dituai secara kerat dan tumbuh lagi atau pokok menghasilkan benih yang boleh disemai lagi.

Benih di dalam pek ini terdiri daripada benih:

1.  Kalian Tempatan (Tuai daun sahaja)
2.  Sawi Menang (Simpan benih untuk semai semula)
3.  Bayam (Simpan benih untuk semai semula)
4. Bendi tempatan (Simpan benih untuk semai semula )
5. Kangkung (Kerat dan tumbuh lagi)

----------------------------------------
Jika dibeli berasingan, harganya RM30, iaitu RM20 untuk benih dan RM10 untuk kendalian poslaju.
----------------------------------------
Menanam Kailan
Kailan dipilih kerana anda boleh tanam dan tuai daun sahaja dengan cara kerat tangkai daun.  Pokok akan terus tumbuh dan anda boleh terus tuas sehingga 2 atau 3 bulan.  Satu benih menghasilkan 1 pokok.  Tanam 2 pokok untuk setiap ahli keluarga yang makan sayur, jika gunakan kaedah kerat dan tumbuh lagi. 

Kailan adalah makanan berkalori rendah yang kaya dengan vitamin, antioksidan, serat dan mineral. Ia amat baik untuk kesihatan. Ahli sains juga telah membuktikan sayuran dari jenis ini (yang baru dipetik) kaya dengan fitonutrien seperti thiocyanate, indole, sulforaphae, isothiocyanate dan flavonoid seperti beta carotene cryptoxanthin, lutein dan zeaxanthin. Dari kajian yang mereka lakukan, sebatian ini mampu mengubah secara positif utusan molekul reseptor untuk melindungi diri anda dari barah prostat, kolon, pundi kencing, pankreas dan payu dara. Sayuran kailan yang segar kaya dengan Vitamin C yang baik untuk kulit dan melawan selesema. Vitamin A, juga sejenis antioksidan bercampur dengan pro-vitamins termasuk beta carotene, alpha carotene, zeaxanthin, mampu mengekalkan keremajaan kulit dan kesihatan mata. Ia mampu mengelakkan kerosakan mata pada warga emas.

Lokasi
Kailan boleh tumbuh sehingga paras pinggang, jadi tanam dalam tempat yang ada ruang dan mendapat cahaya matahari sepenuhnya.  Anda boleh tanam dalam bekas, misalnya pasu besar, pasu panjang atau kotak styrofoam.  Gunakan tanah kompos atau tanah yang mampu memegang air tetapi tidak menakung air.

Saya pernah gunakan tanah kompos yang dibuat daripada rumpai yang dipotong.  Pokok kalian tumbuh subur.  Sekarang saya gunakan tanah kompos yang digaul dengan baja organik iaitu pellet tinja ayam yang dibiarkan selama 2 minggu.


Bila nak tanam?
Negara kita panas sepanjang tahun, bila-bila pun boleh tanam.


Semai
Benih kailan amat kecil iaitu berbentuk bulat dengan jejari kira-kira 2mm. 
Semai di dalam bekas semaian atau modul semaian sedalam 2 cm. Benih akan bercambah dalam masa 2 hari.

Begini caranya. 

1. Isikan bekas semaian dengan tanah semaian atau tanah kompos sehingga 3/4 penuh atau sedalam 3 cm.  Sembur dengan air untuk lembapkan tanah. 
2. Tabur 2 atau 3 benih dalam satu bekas semaian.  Jika gunakan dulang, jarakkan 5cm antara benih.
3. Tabur tanah semaian untuk tutup benih.  Tabur kira-kira 1 cm tanah yang ringan.
4. Sembur dengan air yang letakkan di tempat yang tidak kena hujan.

Benih akan bercambah dalam masa 3 hari hingga 1 minggu.


Alih
Alih pokok selepas 6 hingga 8 hari bercambah, iaitu apabila ada 3 atau 4 helai daun atau setelah akar memenuhi ruang bekas semaian.  Hati hati ketika mengalih, jangan rosakkan akar.  Jarakkan kira-kira 45 hingga 60cm (18 hingga 24 inci).

Penjagaan
Buang rumpai jika ada.  Siram setiap hari tetapi jangan terlalu banyak. Jika anda gunakan tanah yang telah digaul dengan baja organik atau kompos, tidak perlu membaja. 

Tuai
Petik daun yang segar dan biarkan pokok terus tumbuh.  Biarkan daun paling bawah.  Hanya petik daun tengah sahaja.,

----------------------------------------------------------------------

Menanam Sawi
Sawi adalah sayur yang popular dalam masyarakat kita.  Sawi digemari oleh semua kaum di negara kita. Oleh kerana sawi mudah layu, untuk mendapatkan sawi yang segar elok ditanam sendiri.  Benih boleh diperolehi melalui blog ini.

Khasiat
Sawi kaya dengan Vitamin A, B dan C serta mineral seperti zat besi dan kalsium.

Persediaan Menanam
Sawi boleh ditanam di atas tanah (di atas batas) atau dalam bekas. Jika tanam di atas tanah, gemburkan tanah terlebih dahulu.   Tanam dalam bekas semaian dan alih kemudian.

Menyemai
Gaulkan biji benih dalam pasir dengan kadar 1:6 iaitu satu bahagian biji benih, 6 bahagian pasir untuk menjarangkannya.  Tabur campuran biji benih ke dalam alur di atas batas sedalam 5 mm.  Jarakkan antara alur kira-kira 20 cm di atas batas.  Tutup alur dengan tanah dan siram.

Menjarang
Selepas 2 minggu disemai, jarangkan semaian dengan jarak 15 cm antara cambahan.  Cambahan yang dicabut boleh disemai ditempat lain.  Jika anda ingin jadikan salad, potong cambahan yang ingin dimakan menggunakan gunting.  Jangan cabut pokok kerana ini akan menyebabkan anak sawi bercampur tanah, sukar dibersihkan dan kurang enak dimakan sebagai salad.

Menyiram
Sawi perlukan air yang banyak.  Siram dua kali sehari jika tiada hujan.

Membaja
Gunakan baja organik iaitu baja kandang atau baja tinja ayam, kambing atau lembu, atau baja kompos  sebelum anak sawi dialih.

Merumput
Merumput apabila perlu untuk mengelakkan persaingan antara anak sawi dengan rumpai.

Menuai
Pokok Sawi sesuai dituai selepas 28 hingga 35 hari selepas disemai.


------------------------------------------------------
Menanam Bendi
Bendi yang juga dikenali sebagai kacang lendir kerana ia mempunyai lendir apabila dipotong adalah tumbuhan yang berasal dari Sri Lanka.  Kini bendi ditanam di seluruh dunia terutamanya di kawasan tropika.  Bendi juga dikenali sebagai okra, gumbo, lady's finger.  Nama latinnya ialah Hibiscus ensculentus.

Kacang bendi mempunyai khasiat yang banyak iaitu tenaga, protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, besi, natrium, beta karotena, vitamin B1, B2, niasin, dan Vitamin C.  Kebiasaannya bendi tidak digemari kerana ia berlendir dan berserat.  Itu adalah bendi yang dijual di pasaraya.  Bendi berserat kerana ia dipetik apabila saiz telah besar dan lama disimpan sebelum tiba kepada pelanggan.  Jika anda tanam sendiri, anda akan dapati bendi sangat enak dimakan terutamanya apabila dipetik muda dan terus dimasak.

Bendi sesuai ditanam di atas tanah atau dalam bekas atau pasu yang besar.  Bendi perlukan banyak cahaya matahari.  ia tidak memerlukan banyak air.  Jadi, bendi mudah diselenggara jika anda menanam secara hobi dan sibuk dengan tugas harian.

Bunga bendi berwarna kuning dengan bahagian tengah berwarna hitam.  Bentuk bunga adalah sama dengan bunga raya.  Bunga bendi sangat cantik, oleh itu bendi juga sesuai ditanam sebagai pokok hiasan.


 Penyediaan Tanah
Tanam bendi di kawasan tanah gembur atau lom yang kaya dengan bahan organik dan mempunyai saliran yang baik.  Anda perlu bina batas.  Tambahkan baja organik kira-kira 2 minggu sebelum menyemai.  Jika tanam dalam bekas, gunakan tanah yang kaya dengan organik.

Benih
Benih bendi bewrna hitam atau kelabu tua.  saiz benih beni adalah kira-kira 0.5 cm dan berbentuk bulat.  Terdapat beberapa jenis bendi.  Semua mempunyai kelebihan yang tersendiri.


Menyemai
Rendam benih bermalam atau 1 hingga empat jam di dalam air suam untuk aktifkan benih dan cepatkan proses percambahan.  Benih bendi akan bercambah antara 5 hari hingga 2 minggu selepas disemai.Tanam 2 biji benih ke dalam lubang sedalam 3 cm dan jarakkan antara lubang kira-kira 40 hingga 60 cm (1.5 hingga 2 kaki).

Merumput
Anda perlu merumput jika perlu untuk pastikan tiada rumpai berdekatan pokok terutamanya ketika 2 bulan pertama.

Siram
Di musim kering, siram sekurang-kurangya sekali sehari terutamanya di waktu pagi.

Baja
Sekiranya anda tanam dalam tanah yang kaya dengan organik, anda tidak perlu menambah baja.  Jika pokok kelihatan terbantut, baja dengan baja organik (misalnya tinja ayam) kira-kira 2 minggu sekali.

Makhluk Perosak
Bendi kadang-kadang diserang ulat pengorek buah.  Kutip buah yang dijangkiti  dan bakar.  Bendi juga sering diserang ulat beluncas terutamanya pada daun.  Kutip ulat dan musnahkan jika ditemui.  Daun juga mungkin diserang kulat.  Jika ini berlaku, potong daun yang diajngkiti dan bakar.

Buah
Bendi akan mula berbunga dan berbuah kira-kira 8 hingga 12 minggu selepas disemai.  Pokok akan terus berbuah sekurang-kurangnya selama 2 bulan.

Menuai
Untuk rasa yang paling enak, petik buah apabila ia mencapai panjang 5 cm atau 2 inci.  Bendi saiz ini lembut dan enak dimakan.  Anda juga boleh makan bunga bendi sebagai salad atau ulam.  Jangan biarkan buah bendi matang di pokok kecuali jika anda ingin dapatkan benih.  Ini kerana jika buah matang di pokok, pokok tersebut tidak akan menghasilkan buah yang banyak.



----------------------------------------
Posting asal 6 Januari 2014

Tawaran Untuk Pembelian Dari 7 Hingga 14 Januari


Dapatkan Set Buku Tanamsendiri.com Versi Buku Jilid 1 hingga 3 dan terima Set Rezeki Berterusan yang bernilai RM20 secara percuma.

Cara memesan adalah sama seperti memesan benih.

Pesan 1 set, harganya RM87. Tambah RM10 untuk kendalian poslaju.  Jadi jumlah yang perlu dibayar ialah RM97.

Anda akan terima:
1. Buku Tanamsendiri.com Versi Buku Jilid 1,
2. Buku Tanamsendiri.com Versi Buku Jilid 2,
3. Buku Tanamsendiri.com Versi Buku Jilid 3, dan
4. Set Rezeki Berterusan (RM20, percuma)


Sila nyatakan jika ingin buku yang ditandatangan penulis.

1 Set hanya RM87.   Nyatakan jika ingin buku yang ditanda tangan pengarang.

Untuk membuat pesanan, sila buat bayaran (RM97, iaitu RM87 untuk set buku dan RM10 untuk kendalian poslaju) ke akaun berikut.


Iskandar Ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754

atau

Zaitun Ismail
CIMB
12750009113528

Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114

atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]

Kemudian emel [email protected] atau sms/WhatsApp 0175009364 dan nyatakan

a)  maklumat tentang bayaran,
b) nyatakan "Set Buku tanamsendiri.com Versi Buku)
c) nama dan alamat penerima buku.


--------------------------
Apa kata pembeli?





Tuaian Hari Ini

Tuaian hari ini; bayam, bendi dan sweet basil.

Tuaian hari ini untuk dijadikan ramuan dalam sarapan, iaitu sebagai rencah mee goreng.  Sweet basil atau selasih manis dicampur untuk haslkan aroma yang berempah dan enak.

Jumlah tuaian hari ini, 0.92 kg.  Berbaloi.

Beat inflasi makanan dengan tanam sendiri di rumah.

Bila Pokok Tomato Berbuah Ia perlukan Lebih Banyak Air

Mmmmm.... Buah tomato baka plum dah mula meranum.  Sebenarnya saya dah tuai beberapa tangkai.  Alhamdulillah, bunga baru ada tumbuh.  Saya perhatikan ada beberapa ekor koya (mealy bug) yang berwarna putih berdebu kelihatan pada batang pokok tomato tersebut. Itu tanda pokok mngalami stress. Mungkin tanda kekurangan air.

Pokok tomato plum berbuah lebat dan ada buah yang sedang ranum.  Namn begitu ada kora pada batang pokok.


Pagi ni perlu check kelembapan tanah kerana tindakan perlu dibuat segera sebelum keadaan pokok menjadi semakin kurang subur.  Saya gunakan moisture meter.  Jika tiada moisture meter, rakan-rakan boleh guna tapak tangan.  Korek tanah dengan sudu yang tidak digunakan lagi sedalam 2 inci dan letakkan tanah di tapak tangan.  Jika kering, siram tanah hingga lembap.

Kan betul jangkaan saya. Pokok kurang air. Sebab tu koya singgah. Walaupun hujan, kalau tanam dalam bekas, tanah yang terhad hanya mampu simpan air yang terhad. Pokok tomatu yang sedang berbuah perlu air lebih dari biasa.


Setelah diperiksa dengan moisture meter, didapati tanah kering.

Lepas siram, tanah lembap sedikit dah ok. Tak perlu sampai bertakung.  Kelembapan dalam 50% atau 5 pada skala moisyure dah mencukupi.  Jika tanah terlalu basah dan air bertakung tak elok juga.  Bimbang akar rosak dan gagal serap air.  Jika ini berlaku, pokok yang berbuah pasti akan mati kehausan walaupun tanah basah.

Selepas disiram dan tanah diperiksa, ia tidak lagi kering.

Jumaat, 10 Januari 2014

Tuaian Hari Ini

Tuaian pada 9/1/14 sebelah petang.


Tuaian hari ini, 1.046kg. Beat inflasi makanan dengan menanam di rumah. Sayur yang dituai termasuk sawi kailan jepun (collard), bayam, sweet basil, neem, dan bendi.

Bunga Tomato Tak Lekat

Bunga tomato luruh, ada sebabnya. 
Ramai antara rakan-rakan yang menyuarakan rasa kecewa kerana pokok tomato yang ditanam walaupun subur, apabila berbunga, ia gugur sebelum berputik. Jadi, pokok tidak menghasilkan buah yang diharapkan.

Kalau nak diceritakan secara terperinci, boleh dibuat buku tentang topik ini sahaja. Saya ringkaskan aja. Jika perlukan maklumat lebih lanjut, rakan-rakan boleh tanya.

Biasanya bunga pertama gugur. Orang dulu-dulu kata, baru belajar berbunga. Selepas tangkai pertama bunga sepatutnya lekat. Jika bunga tak lekat, mungkin kerana tanah terlalu subur, iaitu kaya dengan nitrogen, yang baik untuk pertubuhan daun. Untuk seesaikan masalah ini boleh tabur abu sisa pempakaran tumbuhan yang telah dibilas dengan air. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang nutrien yang diperlukan untuk pokok berbunga dan berbuah, baca posting tentang nutrien.

Satu lagi kemungkinan, ialah pokok tidak didebunga. Ini kerana tiada kehadiran serangga pendebunga. Bagaimanapun, kemungkinan masalah pendebungaan adalah tipis kerana lazimnya pokok tomato mendebunga sendiri (self-pollinate).

Dari pengalaman saya, kemungkinan yang lebih kukuh adalah pokok mengalami tekanan (stress) ketika bunga telah keluar. Ini berlaku bila tanah kering berpanjangan atau kerana berlaku perubahan pada persekitaran. Jadi bila pokok telah berbunga, pastikan pokok tidak mengalami waktu kering untuk kurangkan tekanan kepada pokok.
.
Oh ya, satu lagi, suhu optima untuk pokok berbuah ialah antara 21 hingga 27 darjah celsius. Lazimnya bunga akan luruh jika suhu melebih 30 darjah celsius.  Pada pendapat saya, suhu yang panas adalah punca utama bunga tidak lekat.

Walaupun tomato perlukan cahaya yang tak terhalang, ia tidak tahan suhu yang terlalu tinggi.
Seeloknya pastikan pokok tidak kena cahaya petang (sekitar pukul 4) yang terlalu panas. Pastikan sebelah petang ia berada dalam bayang. Ini boleh di atasi dengan memasang pelindung cahaya yang menghalang cahaya sebelah petang.

Jika belakang rumah anda mendapat cahaya pagi tetapi tedh di waktu pedang, elok tanam di belakang rumah. Jika bahagian depan rumah mendapat cahaya di sebelah pagi dan terlindung di sebelah petang, tanam tomato di depan rumah.

Soalan Pengunjung: Bilangan Pokok Tomato

Salam En. Is,
Berapakah bilangan pokok tomato yang sesuai untuk saya tanam?
--------------------------------------
Waalaikum salam,
Bilangan pokok tomato yang sesuai ditanam ikut ruang yang ada.
Katalah kita ada ruang yang cukup, tanam 10 pokok untuk setiap ahli keluarga yang makan tomato.
Jika satu keluarga ada 4 orang, tanam 40 pokok. Elok tanam pelbagai jenis.

Khamis, 9 Januari 2014

Keratan Mulberi untuk Dijual

Mulberi lebih mudah ditanam menggunakan keratan batang kerana benihnya terlalu halus. Kebisaannya selepas disemai keratan, tunas dan putik buah akan muncul. Anda akan dapat nikmati buah mulberi selepas 1 bulan disemai.
Macamana nak pesan?
Anda boleh pesan daripada page ini. 
1 set keratan mulberi (5 keratan) harganya RM10. Tambah RM10 untuk kendalian poslaju, jadi jumlah yang perlu dibayar ialah RM20 untuk satu set, RM30 untuk 2 set, RM30 untuk 3 set dan seterusnya....
Masih ada 20 set keratan mulberi untuk dijual.
Jika anda inginkan keratan yang istimewa, iaitu keratan yang kasar dengan diameter 1 inci ke atas, harganya RM30 satu keratan. Ada 3 keratan dalam stok.
Buat bayaran ke akaun Maybank Abdul Rahman Iskandar 162441150114
atau
CIMB, Zaitun Ismail
12750009113528
atau

BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
Iskandar Ab Rashid

Selepas buat bayaran, berikan nama, alamat, no hp, maklumat bayaran dan jumlah set atau keratan mulberi yang dipesan
melalui SMS atau WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected].com

Basil dan Tomato Memang Ngam Bila Memasak

Ramai yang bertanya, kalau tanam sweet basil, nak masak macamana?

Sweet basil serasi jika dimasak atau disediakan bersama tomato dan cili.  Sebab itu ia amat sesuai jika blend bersama cili dan tomato ketika membuat sambal cili.  Tabah sedikit bawang putih jika buat sambal cili untuk nasi ayam.

Jika goreng daging, semasa daging dah masak dan sebelum tutup api dapur, carik carikkan sedikit daun sweet basil dan gaulkan bersama daging.  Aromanya memang sangat enak.
Tentulah, kalau dicampur dalam sos untuk topping pizza atau dalam kuah spaghetti memang best.

Ingat, sweet basil serasi dengan tomato dan cili.

Tomato dan daun sweet basil segar sesuai dijadikan ramuan dalam kuah spaghetti.

Jom, Bantu Rakan-Rakan Yang Buat Kajiselidik

Untuk rakan-rakan yang berkebun di rumah di sekitar lembah Kelang yang melakukan aktiviti berkebun di rumah, anda dapat membantu rakan-rakan yang sedang membuat kajiselidik tentang self sustainability.

Jika sudi untuk ditemuramah sila hubungi Puan Noreena ([email protected]) atau Puan Nurul Aisyah ([email protected])

Gambar Hari Ini -- Buah Tomato Plum

Pokok tomato yang ditanam di belakang rumah sedang berbuah dengan lebat.
Buah tomato plum... saya petik setangkai, bila dah hampir ranum. Separuh merah, separuh lagi daripada buah masih kuning, pada buah yang sama. Rasanya masam manis. Kalau buat sos sedap ni. Kalau letak dalam salad bowl pun best.
Bila gigit... "Pop", isi tersembur ke dalam mulut. Nampak gayanya kena tanam lebih banyak. Puas hati tanam tomato.

Rabu, 8 Januari 2014

Soalan Pengunjung -- Pokok Tomato Subur Tapi Tidak Berbunga

Salam En Iskandar,
Pokok tomato yang saya tanam umbuh dengan subur.  Daun pun besar.  Malangnya pokok tersebut tidak berbunga.  Apa salah saya?

-------------------------------

Waalaikum salam,
Tiada salahnya.  Jika pokok tumbuh subur, dah kira ok tu.  Begini, jika pokok "happy" ia tidak terlintas untuk membiak.  Mengapa perlu membiak jika keadaan amat sesaui sekarang?

Itu kalau kita andaikan pokok tomato seperti manusia.  Kemungkinan apa yang berlaku ialah tanah tempat yang anda tanam tomato tersebut kaya dengan nitrogen.  Atau mungkin anda membaja dengan baja yang kaya dengan nitrogen.  Makronutrien tersebut elok untuk pertumbuhan daun, bukannya bunga.

Jika anda membaja dengan baja yang kaya dengan nitrogen, hentikan pembajaan.  Tabur tanah di pangkal pokok dengan abu daripada sisa pembakaran tumbuhan.  Sebelum tabur, bilas abu sekurang-kurangnya 3 kali untuk kurangkan garam.  Letakkan kira-kira 3 sudu besar abu di pangkal pokok.

Anda juga boleh sembur daun dengan larutan garam epsom iaitu magnesium sulfat.  larutkan 1 sudu teh magnesium sulfat dalam 1 liter air dan sempur pada daun di sebelah petang.  Amalkan selama 3 hari.

Anda juga boleh paksa pokok berbunga dengan kurangkan air.  Begini, Selama 3 hari perturut turut,jangan siram pokok sebelum tanah kering.  Bila pokok layu sedikit selepas tengahari, baru siram dengan air.  Amalkan selama 3 hingga 5 hari.  Selepas itu siram seperti biasa.  Bila pokok stress ia akan terlintas untuk membiak dan akan mula berbunga.  Bila pokok mula berbunga, pastikan tanah tidak kering.

Selasa, 7 Januari 2014

Soalan Pengunjung -- Daun Tomato Bergulung

Assalamualaikum En Iskandar,
Daun tomato saya bergulung mendedahkan permukaan atas daun.  Adakah pokok diserang penyakit?

-----------------------------
Waalaikum salam,
Kebisaannya pokok tomato bergulung melengkung ke bawah untuk maksimakan pendedahan lapisan atas daun.  Ini untuk memaksmakan kadar penyerapan cahaya untuk fotosintesis.  Ia bukan tanda pokok tomato diserang penyakit.

AIR TERPAKAI, dipetik daripada eBook "Menyiram"

Air terpakai atau gray water adalah air yang telah digunakan.  Misalnya air mandian, air dari mesin basuh, dan air dari singki.  Jika tinggal di kawasan yang kering, air terpakai elok dimanfaatkan.  Jika anda ingin terus amil air terpakai, mungkin anda boleh ubahsuai system paip untuk mengutip air terpakai dari ruang mandi atau dari mesin basuh.

Jika anda ingin gunakan air terpakai, elok teliti dulu air tersebut.  Misalnya detergen mungkin mengandungi bahan toksik.

Pada pendapat saya, air terpakai daripada sisa mandian elok digunakan dan tanpa waswas.  Jika air daripada mesin basuh, gunakan untuk tanaman bebuah seperti pisang dan rambutan..  Itu pun jangan secara berterusan.  Jika digunakan untuk menyiram pokok hiasan, rumput, atau tujuan membuat kompos, boleh gunakan secara berterusan.

Jika gunakan air terpakai dari singki, elok tapis dulu.  Jangan gunakan air sisa mencuci pinggan kerana mungkin mengandungi minyak dan gris.

Saya pernah gunakan air basuhan pakaian untuk menyiram pokok pisang dibelakang rumah.  Pokok tumbuh amat subur dan menghasilkan buah yang banyak.  Ini mungkin kerana detergen mengandungi elemen P (fosfat) yang diperlukan oleh tumbuhan.

Seeloknya jangan simpan air terpakai.  Ini kerana ia mungkin akan menjadi tempat bakteria membiak dan menghasilkan bau busuk melalui aktiviti anaerobik (tanpa udara).

Jika anda ada menanam tanaman kompos, elok siram dengan air terpakai.  

Ahad, 5 Januari 2014

Khasiat Kailan Yang Baru Dipetik

Kailan adalah makanan berkalori rendah yang kaya dengan vitamin, antioksidan, serat dan mineral. Ia amat baik untuk kesihatan. Ahli sains juga telah membuktikan sayuran dari jenis ini (yang baru dipetik) kaya dengan fitonutrien seperti thiocyanate, indole, sulforaphae, isothiocyanate dan flavonoid seperti beta carotene cryptoxanthin, lutein dan zeaxanthin. Dari kajian yang mereka lakukan, sebatian ini mampu mengubah secara positif utusan molekul reseptor untuk melindungi diri anda dari barah prostat, kolon, pundi kencing, pankreas dan payu dara. Sayuran kailan yang segar kaya dengan Vitamin C yang baik untuk kulit dan melawan selesema. Vitamin A, juga sejenis antioksidan bercampur dengan pro-vitamins termasuk beta carotene, alpha carotene, zeaxanthin, mampu mengekalkan keremajaan kulit dan kesihatan mata. Ia mampu mengelakkan kerosakan mata pada warga emas.

Tuaian kangkung dan kailan yang menggunakan kaedah kerat dan tumbuh lagi.

Sabtu, 4 Januari 2014

Benih Untuk Dijual -- Sawi Pak Choy Dwarf Green Baka F1, 402

Benih Untuk Dijual -- Sawi Pak Choy Dwarf Green baka F1,  402
Satu pek mengandungi secara purata 50 bennih.  5 pek RM10.00

Benih ini menghasilkan sawi saiz kecil dengan warna daun hijau terrang serta batang berwarna hijau muda.  Saya perhatikan sawi dari jenis ini banyak terjual di pasar malam dan popular di kalangan pembeli.  





Cara Memesan Benih

---------------------------------------------
Posting asal 13/5/13
Posting semula 1/4/14

Benih Untuk Dijual -- Sawi Fair Lady (Extra dwarf) Nai You Pak Choy, baka 330

Benih Sawi Nai You Pak Choy, baka F1, 330.
Satu pek mengandungi 50 benih secara purata.  5 pek RM10.00

Sawi kulit putih dengan saiz kecil kecil yang dapat dituai dalam masa yang singkat.

Sawi pendek dengan saiz yang sangat kecil.

Benih Sawi Fair Lady Nai You Pak Choy Extra Dwarf, Baka F1, 330

Cara Memesan Benih

------------------------------------------
Posting asal 13/5/13
Posting semula 4/1/14

Benih Untuk Dijual -- Sawi Hong Kong, F1 baka 007



Sawi Hong Kong yang ditanam dalam pasu.


Benih Sawi Hong Kong

Sawi hong kong matang dalam masa 1 bulan.  Ia menghasilkan sawi yang rangup serta berbunga.  Sesuai digoreng bersama bawang putih.  enak juga dijadikan ulam jika dituai terus makan.

Satu pek mengandungi 50 benih.  5 pek RM10.00


Cara Memesan Benih

--------------------------------------
Posting asal 12/5/13
Posting semula 4/1/13