Rabu, 31 Disember 2014

Tumbuhan Yang Melata Tapi Tak Ramai Yang Nak Makan -- Kacang Kelor

Jika tuan-tuan/puan-puan tanya saya, kalau berpeluang tanam satu pokok aja tepi rumah, tak kiralah atas tanah ker, dalam pasu ker, pokok apakah yang saya akan tanam?

Saya akan jawab pokok ni, mungga, atau kacang kelor, atau Moringa oleifera. Kalau nak dikatakan saya semacam lebih lebih pula mengangkat darjat pokok ni, memang pun, sebab ia benar. Pokok yang mudah ditanam dengan keratan batang atau dengan benih ini tidak cerewet dan tidak perlukan perhatian seperti pokok lain. Yang penting asalkan anda tuai selalu, ia akan menjadi pokok yang paling bahagia di laman rumah anda.

Pokok moringa yang ditanam di depan rumah yang sentiasa menambah khasiut ke dalam hidangan makan  kami.


Ya betul, anda akan kata, "Oh pokok ni, saya tahu ni. Apa hebat sangat? Pokok kacang kelor, ada kat tepi rumah tu...."

Tak kisahlah, tapi, soalannya, anda makan tak? Ada tak masakkan untuk anak-anak?

Jika tidak, alangkah ruginya.

Pokok ini sebenarnya mengandungi banyak khasiat. Ia mengandungi semua asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Asid amino adalah bahan asas yang diperlukan badan untuk membina sel dan tisu badan. Ia seperti batu blok dalam pembinaan rumah. Bukan itu sahaja, ia kaya dengan vitamin, zat galian dan macam-macam lagi. Ada yang tanya, ada toksik tak? Setakat yang saya tahu, tiada.

Kat kedai kopi, bila nak order, order kopi mungga. Kenapa? Faham faham jer larrr. Adakah khasiatnya benar? Ya, sebab bila badan sihat, nutrien cukup, keinginan bertambah. Orang perempuan pulak, beli kapsul, bayar ratus-ratus nak enhancekan hiasannya. Adakah berkesan? Ya, amat berkesan. Ibu yang menyusu beli serbuk moringa dalam kapsul, bayar ratus ratus dirham. kenapa? Lepas makan, susu melimpah limpah macam hujan di musim tengkujuh. Bapa yang bila ditegur kenapa anaknya kurus, angkat mobile tanya sana-sini, mana nak dapat daun moringa. Exaggerate sungguh Iskandar ni....

Walau apapun, yang saya perhatikan, orang yang makan moringa, secara menyeluruh adalah orang yang bahagia (high spirit) serta cergas. Kalau ada rakan sekerja yang selepas makan nasi lemak, seperti orang malas (tapi datang kerja), tarik muka bila ada isu dalam kerja, senyap-senya, bagi dia makan moringa. InsyaAllah si Grumpy akan berubah imej menjadi si Smiley.

Boleh tak senaraikan kegunaan pokok ni?

Kurang darah (anemia)
Sakit sendi (arthritis dan rheumatism)
semput (asthma)
mengurangkan risiko kanser
sembelit
kencing manis (diabetes)
ceret beret
sawan (epilepsy)
sakit perut serta ulser perut
perut memulas
sakit kepala
mengurang risiko serangan sakit jantung
tekanan darah tinggi
mengelakkan batu karang
sembap
masalah tiroid
jangkitan bakteria
kangkitan kulat
jangkitan virus
cacing
mengurangkan bengkak
menyembuhkan luka dengan cepat

Ish macam panacea (ibu penawar) pulak.

6 ulasan:

  1. owhh kacang kelor ke namanya..keluarga kami panggil pokok kemungga..kacang muda buat kari sedap..pucuknya buat sayur lemak hihi..

    BalasPadam
  2. saya biasa campur dalam telur dadar. tumbuh merimbun tepi rumah. cantas2 naik laig banyak. tak ramai tahu khasiat ni.

    BalasPadam
  3. nak benih/keratan boleh? farah 0133917199

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farah boleh WhatsApp 0175009364 atau email [email protected]

      Padam