Sabtu, 13 Disember 2014

Tuaian Hari Ini -- Timun, Sawi dan Kucai

Puteri sedang menuai timun baka juara.
Hari ini Puteri turut serta menuai buah timun yang ditanam 5 hingga 6 minggu yang lalu.  Kali ini kami tanam dua jenis, dalam patch no 1 timun baka juara dan patch no 2, tmun mini.  Sebelum bantu Puteri (anak bongsu) menuai, saya satu dulu kulit timun untuk tanggalkan duri halus yang terlekat pada kulit.
Alhamdulillah, hari ini dapat tuai 2 kg timun, iaitu 4 biji dari baka juara dan 2 biji dari baka mini.  InsyaAllah esok kami akan mula tambah sedikit kompos untuk pulihkan kandungan baja dalam ruang menanam.


Puteri memeriksa hasil tuaiannya.

Jika rakan-rakan tertanya samada kami menghadapi masalah makhluk perosak, sebenarnya seperti rakan-rakan yang lain, kami juga menghadapi masalah tersebut.  Walaupun begitu kami tidak jadikan itu sebagai alasan untuk berhenti berkebun di rumah.  Ia juga bukan alasa untuk kami menggunakan racun perosak.

Cara kami melawan perosak ialah begini, biarkan aja, tapi jaga tanaman supaya cukup kukuh dantahan serangan serangga perosak.  Jika kita meracun, kita bukan saja membunuh serangga perosak, malah pemangsanya sekali.  Secara langsung kita telah mengganggu keseimbangan komuniti ruang tersebut.  Ini membuka ruang kepada serangga perosak lain untuk singgah.  Akibatnya tanaman kita musnah.

Kami pastikan pokok kukuh dan tahan serangan perosak.  Walau pun diserang serangga perosak ia akan bertahan.  Biasanya serangan tidak lama.  Serangga perosak ada pemangsanya.  Bila pemangsa sedar akan kehadiran serangga perosak, ia akan mula memakan serangga perosak tersebut.  Jadi jumlah serangga perosak akan terkawal dan pokok akan terus dapat hidup dengan subur.

Kesan serangan kekabuh timun pada daun pokok timun.

Sawi yang dituai  Puteri hari ini baru saja dialih minggu lepas.  Inilah satu daripada sifat sawi.  Ia tumbuh dengan galak selepas dialih.  Ini kerana bila dialih akar baru akan tumbuh.  Akar yang muda mempunyai keupayaan untuk menyerap nutrien dengan lebih banyak.

Puteri dengan sawi yang baru dituainya.

Sawi tuaian hari ini adalah dari baka wang bujang.  Daunnya cela sedikit dimakan siput.  Puteri hanya tuai 2 pokok, mungkin kurang senang melihat keadaan tuaian yang telah dimakan perosak.  Mungkin selepas ini kami akan selesaikan masalah serangan siput.  Ternyata perangkap yang kampi pasang tidak mencukupi.

Sawi mudah ditanam.  Cuma semai dalam bekas dan letak di tempat yang cerah.  Pastikan tanah sentiasa lembap.  Apabila dah tumbuh 4 helai daun, alih ke ruang yang lebih luas.  InsyaAllah tuaian dapat dibuat 1 atau 2 minggu kemudian.  Jika pertumbuhan tidak sebagaimana yang diharapkan, baiki struktur tanah dan alih pokok sekali lagi.

Puteri juga tuai kucai, dari baka madu.  Pokok kucai ambil masa yang lama untuk dituai jika ditanam menggunakan benih.  Ia juga lambat bercambah.  Selepas bercambah, daunnya halus sahaja berbentuk selinder.  Bila mencapai 4 bulan barulah daun bertukar pipih dan sedia untuk dituai.
Kucai dituai daun sahaja.  Selepas beberapa hari, tunas baru akan tumbuh.  Pada pendapat saya, walaupun menunggu lama, berbaloi tanam kucai kerana ia menghasilkan tuaian yang beeterusan.


Puteri sedang bercerita tentang kucai yang baru dituainya.  "It smells garlicky," kata Puteri.
Memang berbaloi berkebun di rumah.   Kita boleh dapat banyak manfaat daripada aktiviti sebegini.

Tuaian hari ini.

2 ulasan:

  1. saya berminat untuk benih timun ni, kacang botor, ulam raja, lada dan mulberi. macam mana nak beli?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emel [email protected] atau sms/whatsapp/wechat/viber 0175009364 untuk buat pesanan.

      Padam