Halaman

Cari Blog Ini

Ahad, 7 Disember 2014

Setiap Haiwan Perosak Ada Pemangsanya

Setiap haiwan perosak ada pemangsanya. Tikus, contohnya diburu kucing. Tapi melepaskan kucing di laman kebun mengundang masalah baru. Lagipun kucing tidak lagi memakan tikus. Ia memburu hanya "for sport." Kucing bukan haiwan yang patuh pada tuannya. Ia tidak menganggap tuannya sebagai tuan, sebaliknya hanya sebagai rakan.
Jika ingin mengawal populasi tikus, burung hantu lebih sesuai. Jika jumlah tikus banyak, burung hantu akan bertelur dengan lebih banyak dan menangkap lebih banyak tikusuntuk memberi anaknya makanan yang secukupnya. Ia juga pemburu yang efisien. Soalan yang saya ingin ajukan, setakat manakah rakan-rakan sanggup lakukan untuk selesaikan masalah berkebun di rumah? Sanggupkah bela burung hantu untuk hapuskan tikus?


2 ulasan:

  1. En.Is bela burung hantu ke?:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah bela untuk kawal tikus. Masa tu area taman banyak tikus. Bukan tempat sekarang.

      Padam