Isnin, 29 Disember 2014

Bahan biasa dimakan yang ada racun -- Ubi Kentang (Apabila Kulit Berwarna Hijau atau Bertunas)

Perlu diingatkan bahawa tujuan posting berkait dengan makanan beracun bukanlah berniat jahat untuk menakut-nakutkan pengguna. Tujuan saya buat posting topik ini adalah supaya rakan-rakan berhati-hati ketika memilih dan menyediakan makanan untuk anak-anak.
Pernah anak saya pulang dari sekolah berpeluh, mengadu sakit kepala dan terasa mual. Tidak lama kemudian memulas perut dan muntah-muntah. Bila ditanya makan apa di sekolah, makan kentang goreng. Kentang goreng? Itu makanan biasa dan pasti pihak kantin juga tidak menyedari bahawa makanan yang mereka jual hari itu mengandungi racun.

Ubi kentang biasanya selamat dimakan dan tidak beracun setelah dimasak dengan sempurna, bagaimanapun ubi kentang yang kulitnya berwarna hijau atau yang telah bertunas adalah beracun. Ubi kentang yang kulitnya hijau biasanya menjadi sedemikian apabila bahagian ubinya terdedah kepada cahaya matahari ketika masih belum dituai. Warna hijau menandakan kulitnya mengandungi klorofil, iaitu bahan yang membantu pokok membuat makanan. Apabila ubi kentang mempunyai kulit yang hijau, ia menghasilkan racun untuk melindungi ubi tersebut daripada dimakan. Racun tersebut banyak terdapat dibawah kulit ubi kentang (yang berkulit hijau).

Racun di dalam ubi kentang mampu menyerang sistem saraf kita, menyebabkan pening kepala, rasa mual, sakit perut, memulas, penat, menjadi keliru, dan dalam sesetengah kes membawa maut. Kebiasaannya apabila ubi kentang dimasak pada suhu yang tinggi racun tersebut akan menjadi tawar. Bagaimanapun jika jumlah racun tersebut banyak, tidak semua racun menjadi tawar. Biasanya jika termakan oleh kanak-kanak kesannya lebih ketara kerana saiz badan mereka yang kecil.

Jarang kentang yang terdedah oleh matahari yang berkulit hijau dijual. Bagaimanapun adakalanya berlaku. Jika rakan-rakan tanam sendiri kentang, pastikan ubinya tidak terdedah kepada matahari. Jika ubi kentang terkeluar daripadapermukaan tanah, tambah tanah untuk pastikan ia tidak terdedah kepada cahaya matahari.

Jumlah racun juga menjadi banyak apabila kentang telah bertunas. Jadi ingat, jangan masak kentang yang mempunyai kulit yang hijau atau yang telah bertunas. Ia mengandungi racun dan amat berbahaya.

8 ulasan:

  1. kalau lepaas masak pun racun masih wujud lagi ka incik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. InysAllah racun akan pecah bila dimasak. Sebahagian daripada racun akan menjadi tawar apabila dimasak pada suhu 170 darjah Celsius. Kebiasaannya racun dalam kentang biasa akan menjadi tawar. Dalam kentang hijau masih ada baki. Orang dewasa mungkin tahan tapi kanak-kanak tidak tahan sebab saiz mereka kecil. Paling selamat, elakkan memakan kentang berkulit hijau. Simpan dulu dalam tempat gelap sepaya racun terurai sendiri sehingga kulit tidak lagi berwarna hijau.

      Padam
  2. Balasan
    1. You're welcome.
      Ya, diharapkan begitu. InysAllah.

      Padam
  3. info bermanfaat. memang kerap nampak kentang yg dijual di pasaraya ada sedikit hijau pada kulitnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika terbeli, simpan dalam gelap. Bila tiada lagi kulit hijau baru selamat di makan.

      Padam