Isnin, 22 Disember 2014

Bahan biasa dimakan yang ada racun -- Kulit Buah Naga

Bahan biasa  dimakan yang ada racun --
Sebagaimana yang saya janjikan terdahulu, saya akan mulakan thread bahan biasa yang disangka boleh dimakan tetapi beracun.

Rakan-rakan pasti biasa beli buah naga. Biasanya buah dijual bersama kulitnya. Tiada amaran racun pada buah naga.

Isi buah naga selamat dimakan dan enak rasanya. Bagaimana pun bahagian kulit serta pengantara antara kulit dan isi adalah beracun.

Jangan tersalah makan. Untuk tahu setakat mana kekuatan racun kulit buah naga, saya potong buah naga dan hanya buang bahagian kulit tetapi bahagian dalam kulit saya tak buang. Saya makan satu potong. Selepas 15 minit makan, perut mula memulas setiap 15 minit. Saya muntah muntah dan sakit seperti kerkena ceret beret.

Perut memulas dan muntah muntah selama satu hari. Hari kedua barulah berkurangan dan hari ke tiga sembuh.

Jadi ingat, buah naga selamat dimakan tetapi kulitnya beracun.

4 ulasan:

  1. Ish..tk tau plak sy.Sy pengemar buah naga. Kulitnya pd bahagian dlm sy buat masker..lps tu buat kompos..:-) Bagus info ni..

    BalasPadam
  2. Saya pernah membeli buah ini di ladangnya ditempat saya.Disitu saya noticed Cina tu peram buah naga muda dalam air. Saya tanya buat apa 'jeruk' tu. Dia cakap untuk cuci perut. Saya juga biasa buat jus air naga. Minum banyak. Effectnya saya cirit seharian keluar air merah saja..tapi perut tak sakit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isi tiada masalah. Yang beracun kulitnya.

      Padam
  3. maklumat yg berguna..terima kasih atas perkongsian.. ;-)

    BalasPadam