Halaman

Cari Blog Ini

Ahad, 14 Disember 2014

Bagaimanakah caranya untuk kurangkan risiko kerosakan tanaman akibat serangan perosak?

Jika menanam secara organik tanpa menggunakan racun, menjadi lumrah tanaman diserang perosak.  Ini sebenarnya tanda yang baik kerana secara diam, serangga perosak mengesahkan tanaman kita bebas racun dan selamat diamakan.  Walaupun begitu, kita pasti inginkan tuaian yang bebas daripada cela akibat dimakan serangga perosak.



Bagaimanakah caranya untuk kurangkan risiko kerosakan tanaman akibat serangan perosak?
1. Pastikan pokok cukup air.  Cukup air, bukannya lebih air. :)
Siram sebelum pokok layu (tanda stress).  Jika biasanya pokok layu pukul 1 petang, siram dalam pukul 11 supaya pokok terima cukup air walau pun ketiika panas terik.  Siram setakat perlu sahaja, jangan lebih untuk elakkan akar rosak akibat kekurangan udara.
2.  Tanam pokok yang mampu menjaga pokok utama daripada serangan perosak, misalnya selasih wangi mampu menghalau lalat putih. Tanam selasih wangi bersama cili (yang lazimnya diserang lalat putih).
3.  Amalkan menanam pokok yang serasi supaya tiada persaingan di antara tanaman.  Pokok lebih subur dan kurang stress.
4. Amalkan mengubah jenis tanaman untuk kurangkan risiko penyakit dari pokok lama berjangkit ke pokok baru.
5. Kerat dan bakar buah yang berulat, pucuk atau daun yang diserang perosak untuk musnahkan kitar hidup perosak.
6. Elakkan penggunakan racun serangga untuk mengelakkan serangan bermanfaat mati terkena racun.
7.  Tuai tanaman yang matang.  Jika tidak dituai, tanaman yang matang mungkin menjadi habuan makhluk perosak.
8. Membaja menggunakan baja organik untuk elakkan kesinambungan hidupan dalam tanah terganggu atau terusik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan