Selasa, 16 Disember 2014

Alamak, Patah!

Saya tak pandangserious tentang sistem sokongan pokok tomato.  Alasannya mudah, hanya satu batang tak kan nak bersungguh buat sistem sokongan.  Memadailah pasang pancang.  Apa yang saya tak sedar, semua buah yang terhasil pada pokok ini berpunca daripada satu sulur yang tumbuh keluar daripada batang utama. Satu batang sulur dengan ketebalan 1.5 cm terpaksa tampung 13 biji buah yang sedang membesar.



Akibatnya, pangkal sulur tersebut patah.  Bila saya periksa pokok pagi tadi, pokok rebah ke tanah bersama kayu pancang.  Bahagian bersambung hanya tinggal kira-kira 0.5 cm.
Dalam hati berbisik,

"Kalau macam ni mustahil dapat pulihkan."

Walaupun tak berharap sangat, saya ikat juga bahagian yang patah dengan pengikat plastik.  Harap-harap dapat diselamatkan.  Kemudian pokok disokong semula dengan kayu.  Saya tambah 3 pancang lagi, tapi tak tahulah setakat mana dapat bertahan.



Inilah hasilnya seepas diikat semula.  Jika bahagian yang patah mati, saya akan tuai buah dan jerukkan dalam cuka aja.  Macamana nak bertahan dengan pangkal yang patah dengan buah yang banya?


Untuk patch tomato, saya perlu bina sistem sokong yang lebih mantap.  Nampaknya terpaksa bina kabel regang.  Rugi kalau pokok sebanyak ini rosak kerana tak dapat menampung buah yang berat.




2 ulasan:

  1. salam singgah..

    wahh banyaknya info gardening kat sini..saya follow ye

    BalasPadam
  2. En iskandar,knp tak de update terbaru ni.busy ke...

    BalasPadam