Jumaat, 5 Disember 2014

Akar

Akar – berserabut dan tersorok di dalam tanah.  Mungkin sebab di mata kita akar halimunan, jadi kita tidak memberikan perhatian yang sepatutnya.
Kata ompueh,
“They got no respect.”

Walaupun tersorok, akar amat penting.  Sebab itulah di tanamsendiri.com kami selalu tekankan, “Jaga tanah!”
Tanah akan membalas dengan mengurniakan pokok yang subur.  Jaga tanah, tanah akan jaga tanaman kita.

Orang yang menanam di tanah pasti akan sedar, akar merayap jauh, walaupun pokoknya kecil.  Kalau kita tanam di dalam bekas sekalipun akar akan cuba meraya keluar.  Pokok yang luarbiasa suburnya, biasanya akar terbebas meraya keluar menyerap nutirn di permukaan alas bekas serta tanah yang berdekatan.

Mengapa kami di tanamsendiri.com langsung tidak mengggunakan racun, walau ramai yang tuntut, racun itu selamat?  Sebenarnya inilah antara sebabnya – kami nak pastikan tanah hidup dan komuniti di dalamnya berinteraksi dengan harmoni.  Jika satu daripada elemen hidupan di dalam tanah mati terkena racun, kesimbangan komuniti di dalam tanah tersebut telah tergugat.  Bila keseimbangan tanah tergugat, kesuburan tanaman juga tergugat.

Jarang orang bercerita tentang akar.  Biasanya orang bercerita tentang baja, tentang racun, tentang menyiram.  Mungkin kerana cara didikan yang kami terima berbeza.  Kami orang kampung yang didik sebagai biologist.  Cara kami mungkin akan berbeza dengan orang yang terdidik sebabai horticulturalist.

Buka buku pertanian tahun 80an, bila bercerita tentang akar, mereka tunjuk gambar imej cermin ranting.  Cuba perhati betul betul.  Pasti kita akan perasan bahawa teoti ini tepat.  Tak percaya, perhatikan akar betik, bila menanam di kampung.  Akarnya merayap jauh mencari air.  Bagaimana pula akar kelapa, jauh terteumbu di kawasan perigi walaupun pokok induknya 100 meter daripada perigi.

Lihat  pula ilustrasi sayur, misalnya lobak.  Akar dilukis paling jauh sejengkal dari lobaknya.  Betul ker begitu?  Mana ada.  Kalau kita tanam hanya satu lobak dalam kotak polistirena, kita akan tahu, seluruh ruang tanah dalam kotak terbut ada tanda akar lobak yang halus merayap.

Jadi ingat, bila berkebun, jaga tanah.  Jangan cemas jika terjumpa pelbagai hidupan di dalamnya.  Itu semua bekerja membantu kita dengan menyuurkan tanaman.

Fakta hari ini – Akar yang menyerap baja tidak tumbuh ke bawah.  Ia tumbuh ke arah baja.  Ada yang tumbuh ke atas.

 

1 ulasan: