Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 31 Disember 2014

Tumbuhan Yang Melata Tapi Tak Ramai Yang Nak Makan -- Kacang Kelor

Jika tuan-tuan/puan-puan tanya saya, kalau berpeluang tanam satu pokok aja tepi rumah, tak kiralah atas tanah ker, dalam pasu ker, pokok apakah yang saya akan tanam?

Saya akan jawab pokok ni, mungga, atau kacang kelor, atau Moringa oleifera. Kalau nak dikatakan saya semacam lebih lebih pula mengangkat darjat pokok ni, memang pun, sebab ia benar. Pokok yang mudah ditanam dengan keratan batang atau dengan benih ini tidak cerewet dan tidak perlukan perhatian seperti pokok lain. Yang penting asalkan anda tuai selalu, ia akan menjadi pokok yang paling bahagia di laman rumah anda.

Pokok moringa yang ditanam di depan rumah yang sentiasa menambah khasiut ke dalam hidangan makan  kami.


Ya betul, anda akan kata, "Oh pokok ni, saya tahu ni. Apa hebat sangat? Pokok kacang kelor, ada kat tepi rumah tu...."

Tak kisahlah, tapi, soalannya, anda makan tak? Ada tak masakkan untuk anak-anak?

Jika tidak, alangkah ruginya.

Pokok ini sebenarnya mengandungi banyak khasiat. Ia mengandungi semua asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Asid amino adalah bahan asas yang diperlukan badan untuk membina sel dan tisu badan. Ia seperti batu blok dalam pembinaan rumah. Bukan itu sahaja, ia kaya dengan vitamin, zat galian dan macam-macam lagi. Ada yang tanya, ada toksik tak? Setakat yang saya tahu, tiada.

Kat kedai kopi, bila nak order, order kopi mungga. Kenapa? Faham faham jer larrr. Adakah khasiatnya benar? Ya, sebab bila badan sihat, nutrien cukup, keinginan bertambah. Orang perempuan pulak, beli kapsul, bayar ratus-ratus nak enhancekan hiasannya. Adakah berkesan? Ya, amat berkesan. Ibu yang menyusu beli serbuk moringa dalam kapsul, bayar ratus ratus dirham. kenapa? Lepas makan, susu melimpah limpah macam hujan di musim tengkujuh. Bapa yang bila ditegur kenapa anaknya kurus, angkat mobile tanya sana-sini, mana nak dapat daun moringa. Exaggerate sungguh Iskandar ni....

Walau apapun, yang saya perhatikan, orang yang makan moringa, secara menyeluruh adalah orang yang bahagia (high spirit) serta cergas. Kalau ada rakan sekerja yang selepas makan nasi lemak, seperti orang malas (tapi datang kerja), tarik muka bila ada isu dalam kerja, senyap-senya, bagi dia makan moringa. InsyaAllah si Grumpy akan berubah imej menjadi si Smiley.

Boleh tak senaraikan kegunaan pokok ni?

Kurang darah (anemia)
Sakit sendi (arthritis dan rheumatism)
semput (asthma)
mengurangkan risiko kanser
sembelit
kencing manis (diabetes)
ceret beret
sawan (epilepsy)
sakit perut serta ulser perut
perut memulas
sakit kepala
mengurang risiko serangan sakit jantung
tekanan darah tinggi
mengelakkan batu karang
sembap
masalah tiroid
jangkitan bakteria
kangkitan kulat
jangkitan virus
cacing
mengurangkan bengkak
menyembuhkan luka dengan cepat

Ish macam panacea (ibu penawar) pulak.

Selasa, 30 Disember 2014

Tuaian Hari Ini -- Kacang Buncis


Tuaian hari ini, kacang buncis dan terung telunjuk. Walaupun hanya secekak, berbaloi. Memang best kacang buncis segar. Petik, masak, makan. Semuanya dalam masa 15 minit. Mana lagi nak dapat sayur segar, kalau tak tanamsendiri?

Isnin, 29 Disember 2014

Tuaian Hari Ini -- Kemunting



Kemunting tuaian Puteri.
"Phew... Tastes peculiar!" kata Puteri.
Puteri tahu tak, that's my favourite berries?

Bahan biasa dimakan yang ada racun -- Ubi Kentang (Apabila Kulit Berwarna Hijau atau Bertunas)

Perlu diingatkan bahawa tujuan posting berkait dengan makanan beracun bukanlah berniat jahat untuk menakut-nakutkan pengguna. Tujuan saya buat posting topik ini adalah supaya rakan-rakan berhati-hati ketika memilih dan menyediakan makanan untuk anak-anak.
Pernah anak saya pulang dari sekolah berpeluh, mengadu sakit kepala dan terasa mual. Tidak lama kemudian memulas perut dan muntah-muntah. Bila ditanya makan apa di sekolah, makan kentang goreng. Kentang goreng? Itu makanan biasa dan pasti pihak kantin juga tidak menyedari bahawa makanan yang mereka jual hari itu mengandungi racun.

Ubi kentang biasanya selamat dimakan dan tidak beracun setelah dimasak dengan sempurna, bagaimanapun ubi kentang yang kulitnya berwarna hijau atau yang telah bertunas adalah beracun. Ubi kentang yang kulitnya hijau biasanya menjadi sedemikian apabila bahagian ubinya terdedah kepada cahaya matahari ketika masih belum dituai. Warna hijau menandakan kulitnya mengandungi klorofil, iaitu bahan yang membantu pokok membuat makanan. Apabila ubi kentang mempunyai kulit yang hijau, ia menghasilkan racun untuk melindungi ubi tersebut daripada dimakan. Racun tersebut banyak terdapat dibawah kulit ubi kentang (yang berkulit hijau).

Racun di dalam ubi kentang mampu menyerang sistem saraf kita, menyebabkan pening kepala, rasa mual, sakit perut, memulas, penat, menjadi keliru, dan dalam sesetengah kes membawa maut. Kebiasaannya apabila ubi kentang dimasak pada suhu yang tinggi racun tersebut akan menjadi tawar. Bagaimanapun jika jumlah racun tersebut banyak, tidak semua racun menjadi tawar. Biasanya jika termakan oleh kanak-kanak kesannya lebih ketara kerana saiz badan mereka yang kecil.

Jarang kentang yang terdedah oleh matahari yang berkulit hijau dijual. Bagaimanapun adakalanya berlaku. Jika rakan-rakan tanam sendiri kentang, pastikan ubinya tidak terdedah kepada matahari. Jika ubi kentang terkeluar daripadapermukaan tanah, tambah tanah untuk pastikan ia tidak terdedah kepada cahaya matahari.

Jumlah racun juga menjadi banyak apabila kentang telah bertunas. Jadi ingat, jangan masak kentang yang mempunyai kulit yang hijau atau yang telah bertunas. Ia mengandungi racun dan amat berbahaya.

Sabtu, 27 Disember 2014

Tuaian Hari ini -- Tomato dan Kobis Cina



Tuaian hari ini ringan sedikit, sebiji buah tomato baka determinate dan kobis cina dinasti tang.  Tuaian sebelum ini, kobis cina dinasti tang dipotong dan digaul bersama salad.  Memang special. Rasanya agak unik.  
Tomato baka determinate ni saya potong kepada 6 bahagian, kemudian seorang dapat sejuring. Memang enak rasanya.  Sukar nak dijelaskan.

Alhamdulillah.

 

Perkakas-- Transplanter

Transplanter, satu perkakas yang memudahkan kerja mengalih semaian. Dengan alat ini kita dapat kurangkan jumlah semaian yang rosak ketika mengalih. Alhamdulillah pagi ini cuaca cerah, dapat saya rakam cara menggunakan alat ini.

http://youtu.be/EFrjMfpSRAo 

Saya dah tambah stok. Harga satu unit, RM30. Kendalian poslaju fixed RM10, tak kira jumlah pesanan. SMS/Whatsapp 0175009364 atau emel [email protected] untuk buat pesanan. Jumlah perkakas terhad. Bertindak segera.

Rabu, 24 Disember 2014

Gambar Hari Ini -- Collard

Memang sukar nak percaya, tanamsendiri secara organik boleh dapat sayur sebesar ini. Alhamdulillah musim tengkujuh, tak perlu risau menyiram. Yang penting guna baja organik. Buat sendiri pun boleh guna keratan daun dan rumpai.

Oh ya, belum ada yang pesan Set Tawaran 23 Disember. Mungkin sebab sebahagian daripada kita sedang struggling dengan banjir. Banyak perkara yang mesti difikirkan sekarang ni. Rakan rakan yang tak terlibat dengan banjir, camana, jom menanam.

Benih timun 2 pek, tomato determinate 2 pek, collard (sawi kailan jepun) 2 pek, kailan 2 pek, jagung gergasi 2 pek, kangkung 2 pek. Cukup untuk penuhkan depan rumah di musim hujan. Hanya RM30. Dah jimat RM10. Masa pesan, nyatakan Tawaran 23 Disember.



Isnin, 22 Disember 2014

Gambar Hari Ini -- Buah Timun

Buah timun terakhir dalam patch no 1. Memang puas makan. Nak buat detox pun boleh. Tak risau kerana tanamsendiri tak guna racun. Pokok dah tua dan dah kurang mengeluarkan hasil. InsyaAllah, saya akan ganti ruang ini dengan pokok jagung dahulu. Lepas tuai jagung baru diganti dengan pokok yang lain.


Bahan biasa dimakan yang ada racun -- Kulit Buah Naga

Bahan biasa  dimakan yang ada racun --
Sebagaimana yang saya janjikan terdahulu, saya akan mulakan thread bahan biasa yang disangka boleh dimakan tetapi beracun.

Rakan-rakan pasti biasa beli buah naga. Biasanya buah dijual bersama kulitnya. Tiada amaran racun pada buah naga.

Isi buah naga selamat dimakan dan enak rasanya. Bagaimana pun bahagian kulit serta pengantara antara kulit dan isi adalah beracun.

Jangan tersalah makan. Untuk tahu setakat mana kekuatan racun kulit buah naga, saya potong buah naga dan hanya buang bahagian kulit tetapi bahagian dalam kulit saya tak buang. Saya makan satu potong. Selepas 15 minit makan, perut mula memulas setiap 15 minit. Saya muntah muntah dan sakit seperti kerkena ceret beret.

Perut memulas dan muntah muntah selama satu hari. Hari kedua barulah berkurangan dan hari ke tiga sembuh.

Jadi ingat, buah naga selamat dimakan tetapi kulitnya beracun.

Selasa, 16 Disember 2014

Alamak, Patah!

Saya tak pandangserious tentang sistem sokongan pokok tomato.  Alasannya mudah, hanya satu batang tak kan nak bersungguh buat sistem sokongan.  Memadailah pasang pancang.  Apa yang saya tak sedar, semua buah yang terhasil pada pokok ini berpunca daripada satu sulur yang tumbuh keluar daripada batang utama. Satu batang sulur dengan ketebalan 1.5 cm terpaksa tampung 13 biji buah yang sedang membesar.



Akibatnya, pangkal sulur tersebut patah.  Bila saya periksa pokok pagi tadi, pokok rebah ke tanah bersama kayu pancang.  Bahagian bersambung hanya tinggal kira-kira 0.5 cm.
Dalam hati berbisik,

"Kalau macam ni mustahil dapat pulihkan."

Walaupun tak berharap sangat, saya ikat juga bahagian yang patah dengan pengikat plastik.  Harap-harap dapat diselamatkan.  Kemudian pokok disokong semula dengan kayu.  Saya tambah 3 pancang lagi, tapi tak tahulah setakat mana dapat bertahan.



Inilah hasilnya seepas diikat semula.  Jika bahagian yang patah mati, saya akan tuai buah dan jerukkan dalam cuka aja.  Macamana nak bertahan dengan pangkal yang patah dengan buah yang banya?


Untuk patch tomato, saya perlu bina sistem sokong yang lebih mantap.  Nampaknya terpaksa bina kabel regang.  Rugi kalau pokok sebanyak ini rosak kerana tak dapat menampung buah yang berat.




Isnin, 15 Disember 2014

Gambar Hari Ini -- Patch No 3 Di Seberang Jalan Depan Rumah

Patch mengandungi pokok tomato baka determinate, kobis cina dinasti tang serta anak pokok salad merah fire red dan salad itali. 
Patch no 3 di seberang jalan depan rumah dah penuh.  Sebahagian daripada daun kobis cina telah dituai hari ini.  Pada permukaan tanah terdapat cambahan salad merah dan salad itali.

Tuaian Hari Ini



Hari ni pagi-pagi lagi dah kepingin nak makan salad.  Pokok salad masih halus jadi inilah habuan kami hari ni.  Timun dihiris, tomato dipotong kiub dan daun kobis cina baka dinasti tang dicarikkan, renjis cuka kurma, tabur secubit garam halus dan serbuk lada hitam dan kemudian renjiskan sedikit madu.  Yummy.
Tuaian hari ini.... Alhamdulillah.

Soalan pengunjung -- Tanam Kacang Panjang Tanpa Pancang

Soalan pengunjung --
Salam En Iskandar. Saya ingin tanam pokok kacang panjang tanpa memasang pancang. Apa cadangan En Iskandar?
----------------------------
Boleh aja, tanam selang seli dengan jagung. Biarkan kacang panjang panjat pokok jagung. Kedua-dua pokok ni serasi.

Ahad, 14 Disember 2014

Bagaimanakah caranya untuk kurangkan risiko kerosakan tanaman akibat serangan perosak?

Jika menanam secara organik tanpa menggunakan racun, menjadi lumrah tanaman diserang perosak.  Ini sebenarnya tanda yang baik kerana secara diam, serangga perosak mengesahkan tanaman kita bebas racun dan selamat diamakan.  Walaupun begitu, kita pasti inginkan tuaian yang bebas daripada cela akibat dimakan serangga perosak.



Bagaimanakah caranya untuk kurangkan risiko kerosakan tanaman akibat serangan perosak?
1. Pastikan pokok cukup air.  Cukup air, bukannya lebih air. :)
Siram sebelum pokok layu (tanda stress).  Jika biasanya pokok layu pukul 1 petang, siram dalam pukul 11 supaya pokok terima cukup air walau pun ketiika panas terik.  Siram setakat perlu sahaja, jangan lebih untuk elakkan akar rosak akibat kekurangan udara.
2.  Tanam pokok yang mampu menjaga pokok utama daripada serangan perosak, misalnya selasih wangi mampu menghalau lalat putih. Tanam selasih wangi bersama cili (yang lazimnya diserang lalat putih).
3.  Amalkan menanam pokok yang serasi supaya tiada persaingan di antara tanaman.  Pokok lebih subur dan kurang stress.
4. Amalkan mengubah jenis tanaman untuk kurangkan risiko penyakit dari pokok lama berjangkit ke pokok baru.
5. Kerat dan bakar buah yang berulat, pucuk atau daun yang diserang perosak untuk musnahkan kitar hidup perosak.
6. Elakkan penggunakan racun serangga untuk mengelakkan serangan bermanfaat mati terkena racun.
7.  Tuai tanaman yang matang.  Jika tidak dituai, tanaman yang matang mungkin menjadi habuan makhluk perosak.
8. Membaja menggunakan baja organik untuk elakkan kesinambungan hidupan dalam tanah terganggu atau terusik.

Sabtu, 13 Disember 2014

Tuaian Hari Ini -- Timun, Sawi dan Kucai

Puteri sedang menuai timun baka juara.
Hari ini Puteri turut serta menuai buah timun yang ditanam 5 hingga 6 minggu yang lalu.  Kali ini kami tanam dua jenis, dalam patch no 1 timun baka juara dan patch no 2, tmun mini.  Sebelum bantu Puteri (anak bongsu) menuai, saya satu dulu kulit timun untuk tanggalkan duri halus yang terlekat pada kulit.
Alhamdulillah, hari ini dapat tuai 2 kg timun, iaitu 4 biji dari baka juara dan 2 biji dari baka mini.  InsyaAllah esok kami akan mula tambah sedikit kompos untuk pulihkan kandungan baja dalam ruang menanam.


Puteri memeriksa hasil tuaiannya.

Jika rakan-rakan tertanya samada kami menghadapi masalah makhluk perosak, sebenarnya seperti rakan-rakan yang lain, kami juga menghadapi masalah tersebut.  Walaupun begitu kami tidak jadikan itu sebagai alasan untuk berhenti berkebun di rumah.  Ia juga bukan alasa untuk kami menggunakan racun perosak.

Cara kami melawan perosak ialah begini, biarkan aja, tapi jaga tanaman supaya cukup kukuh dantahan serangan serangga perosak.  Jika kita meracun, kita bukan saja membunuh serangga perosak, malah pemangsanya sekali.  Secara langsung kita telah mengganggu keseimbangan komuniti ruang tersebut.  Ini membuka ruang kepada serangga perosak lain untuk singgah.  Akibatnya tanaman kita musnah.

Kami pastikan pokok kukuh dan tahan serangan perosak.  Walau pun diserang serangga perosak ia akan bertahan.  Biasanya serangan tidak lama.  Serangga perosak ada pemangsanya.  Bila pemangsa sedar akan kehadiran serangga perosak, ia akan mula memakan serangga perosak tersebut.  Jadi jumlah serangga perosak akan terkawal dan pokok akan terus dapat hidup dengan subur.

Kesan serangan kekabuh timun pada daun pokok timun.

Sawi yang dituai  Puteri hari ini baru saja dialih minggu lepas.  Inilah satu daripada sifat sawi.  Ia tumbuh dengan galak selepas dialih.  Ini kerana bila dialih akar baru akan tumbuh.  Akar yang muda mempunyai keupayaan untuk menyerap nutrien dengan lebih banyak.

Puteri dengan sawi yang baru dituainya.

Sawi tuaian hari ini adalah dari baka wang bujang.  Daunnya cela sedikit dimakan siput.  Puteri hanya tuai 2 pokok, mungkin kurang senang melihat keadaan tuaian yang telah dimakan perosak.  Mungkin selepas ini kami akan selesaikan masalah serangan siput.  Ternyata perangkap yang kampi pasang tidak mencukupi.

Sawi mudah ditanam.  Cuma semai dalam bekas dan letak di tempat yang cerah.  Pastikan tanah sentiasa lembap.  Apabila dah tumbuh 4 helai daun, alih ke ruang yang lebih luas.  InsyaAllah tuaian dapat dibuat 1 atau 2 minggu kemudian.  Jika pertumbuhan tidak sebagaimana yang diharapkan, baiki struktur tanah dan alih pokok sekali lagi.

Puteri juga tuai kucai, dari baka madu.  Pokok kucai ambil masa yang lama untuk dituai jika ditanam menggunakan benih.  Ia juga lambat bercambah.  Selepas bercambah, daunnya halus sahaja berbentuk selinder.  Bila mencapai 4 bulan barulah daun bertukar pipih dan sedia untuk dituai.
Kucai dituai daun sahaja.  Selepas beberapa hari, tunas baru akan tumbuh.  Pada pendapat saya, walaupun menunggu lama, berbaloi tanam kucai kerana ia menghasilkan tuaian yang beeterusan.


Puteri sedang bercerita tentang kucai yang baru dituainya.  "It smells garlicky," kata Puteri.
Memang berbaloi berkebun di rumah.   Kita boleh dapat banyak manfaat daripada aktiviti sebegini.

Tuaian hari ini.

Jumaat, 12 Disember 2014

Soalan Pengunjung -- Kenapa Semaian Kobis Cina Lambat Besar?

Soalan pengunjung;
Assalamualaikum En. Iskandar,
Mengapa ya, bila saya tengok gambar kobis cina yang En. Is tanam, elok besar ajer, yang saya tanam tak naik naik?
-------------------------
Waalaikum salam,
Alih tak. Bila dah ada daun sebenar (4 helai daun), pokok perlu dialih. Tujuannya supaya ada pertumbuhan akar yang baru. Bila tumbuh akar baru, pokok boleh serap nutrien (baja) dengan lebih elok.
Gambar yang saya tunjukkan, pokok kobis cina. Bekas atas adalah bekas semaian, dan ada antara pokok yang saya tidak alih. Di sebelah bawah adalah pokok kobis cina dari bekas tersebut yang saya alih ke patch no 4 minggu lepas. Lihat sendiri pertumbuhannya selepas seminggu dialih. Ada beza tak dengan batch yang sama yang tidak dialih?


Kobis cina dari semaian yang sama.  Kobis cina dalam bakul hitam tidak dialih.  Kobis cina dalam raise-bed, dialih.

Rabu, 10 Disember 2014

Tomato Determinate

Video ni bercerita tetang tomato determinmate.

Isnin, 8 Disember 2014

Apa, Bela Ular Sebagai Kawalan Biologi?


Mengapa tiba-tiba berminat dengan kawalan biologi untuk mengawal jumlah makhluk perosak? Kami sememangnya selama ini gunakan kaedah ini, serta sistem buddy untuk mengawal makhluk perosak. Mengapa tiba-tiba timbulkan topik ini? Sebenarnya minggu lepas ketika seronok nak berkebun di seberang jalan depan rumah, tiba-tiba seekor tedung tersentap kerana kehadiran saya pada waktu yang ia sangka selamat. Saya tidak dalam bahaya kerana ular tersebut berada dalam jarak 2 meter. Ular sepanjang 2 meter mampu memtuk dengan jarak 1 meter. Ia pula tidak niat untuk menyerang.

Tedung tersebut dari jenis spitting cobra, yang mungkin akan menyumpit bisa jika terdesak tetapi ia bukan dalam keadaan terdesak. Ular tersebut menyusur ke arah bertentangan terjun ke dalam longkang banjir dan kemudiannya dikepung oleh sekumpulan bangau dari jenis pelican yang bermain di dalam longkang mencari ikan. Hari itu bangau dapat kenduri spitting cobra.

Spitting cobra, adalah reptilia yang biasa dilihat di kawasan ladang dan dibiarkan bergerak bebas atas tujuan untuk mengawal populasi tikus. Dalam keadaan yang normal, ia akan elak dari bertembung dengan manusia, jadi pekerja ladang sebenarnya tidak dalam keadaan bahaya.

Terlintas juga, bagaimana kalau bela ular dan dibiarkan bebas berkeliaran di laman kebun di rumah untuk mengawal populasi tikus, shrew dan tupai yang sering mencuri atau merosakkan tanaman. Jika bimbang dipatuk, bela jenis yang mencerut, misalnya ular sawa. Praktikal tak.... A little extreme, naaahhhhh forget about it. Lupakan saja idea yang extreme begini.

Kucing Untuk Kawal Makhluk Perosak


Apa yang saya ingin katakan dalam 2 posting terkini ini ialah, kita boleh kawal makhluk perosak menggunakan haiwan peliharaan. Misalnya, burung hantu untuk kawal populasi tikus yang memakan tanaman sebelum sempat dituai, atau kerengga untuk mengawal populasi ulat yang memakan daun sayur. Ada yang syorkan kucing, tapi saya tidak syorkan. Ini kerana kucing mengundang masalah baru. Ia memang thrill keluar memburu, tapi haiwan yang dibawa pulang bukannya perosak yang kita harapkan diburu. Kucing yang saya bela bawa pula mengkarung, chemeleon, ular lidi, dan entah apa lagi, yang sebenarnya sahabat pekebun.

Ada yang kata, mungkin saya bencikan kucing, sebab itu saya discredit kucing. Tak, saya tak benci kucing. Saya bela kucing, pernah dalam satu masa hingga 11 ekor dan jumlah kian bertambah bila jiran jadikan tempat tinggal kami sebagai sasaran membuang anak kucing. Apa yang ingin saya sampaikan ialah, kita harus fokus pada objektif kita. Objektif kitahari ini adalah membincangkan penggunaan haiwan pemangsa untuk mengawal populasi makhluk perosak.

Ok, mungkin lah boleh, jika kita tanam pokok yang hasilkan beri dan selalu dicuri burung.  Kucing boleh berfungsi membantu mengurangkan jumlah kerosakan akibat gangguan burung.

Ahad, 7 Disember 2014

Setiap Haiwan Perosak Ada Pemangsanya

Setiap haiwan perosak ada pemangsanya. Tikus, contohnya diburu kucing. Tapi melepaskan kucing di laman kebun mengundang masalah baru. Lagipun kucing tidak lagi memakan tikus. Ia memburu hanya "for sport." Kucing bukan haiwan yang patuh pada tuannya. Ia tidak menganggap tuannya sebagai tuan, sebaliknya hanya sebagai rakan.
Jika ingin mengawal populasi tikus, burung hantu lebih sesuai. Jika jumlah tikus banyak, burung hantu akan bertelur dengan lebih banyak dan menangkap lebih banyak tikusuntuk memberi anaknya makanan yang secukupnya. Ia juga pemburu yang efisien. Soalan yang saya ingin ajukan, setakat manakah rakan-rakan sanggup lakukan untuk selesaikan masalah berkebun di rumah? Sanggupkah bela burung hantu untuk hapuskan tikus?


Jumaat, 5 Disember 2014

Berkebun di Ruman, Aktiviti Cuti Sekolah

Aktiviti cuti sekolah. Berkebun (di rumah) elok untuk anak anak sebab di sini mereka berlatih untuk bekerjasama, peka pada alam sekitar, berusaha untuk mencapai sasaran yang nyata. Sebagai bonus dapat exercise, dan yang pasti sayur segar percuma.

Tak macam tab, melatih anak anak menjadi orang yang tak pedulikan sekeliling, pentingkan diri sendiri dan taksub dalam alam sendiri. Bukan tak bagus, tapi kurang elok.   Apa kata kalau pujuk anak letak tab tu dulu dan mulakan berkebun.

Berkebun mampu merapatkan ikatan adik beradik.  

Bila abang-abang sibuk berkebun, Puteri pun tak menang tangan turut membantu.

Akar

Akar – berserabut dan tersorok di dalam tanah.  Mungkin sebab di mata kita akar halimunan, jadi kita tidak memberikan perhatian yang sepatutnya.
Kata ompueh,
“They got no respect.”

Walaupun tersorok, akar amat penting.  Sebab itulah di tanamsendiri.com kami selalu tekankan, “Jaga tanah!”
Tanah akan membalas dengan mengurniakan pokok yang subur.  Jaga tanah, tanah akan jaga tanaman kita.

Orang yang menanam di tanah pasti akan sedar, akar merayap jauh, walaupun pokoknya kecil.  Kalau kita tanam di dalam bekas sekalipun akar akan cuba meraya keluar.  Pokok yang luarbiasa suburnya, biasanya akar terbebas meraya keluar menyerap nutirn di permukaan alas bekas serta tanah yang berdekatan.

Mengapa kami di tanamsendiri.com langsung tidak mengggunakan racun, walau ramai yang tuntut, racun itu selamat?  Sebenarnya inilah antara sebabnya – kami nak pastikan tanah hidup dan komuniti di dalamnya berinteraksi dengan harmoni.  Jika satu daripada elemen hidupan di dalam tanah mati terkena racun, kesimbangan komuniti di dalam tanah tersebut telah tergugat.  Bila keseimbangan tanah tergugat, kesuburan tanaman juga tergugat.

Jarang orang bercerita tentang akar.  Biasanya orang bercerita tentang baja, tentang racun, tentang menyiram.  Mungkin kerana cara didikan yang kami terima berbeza.  Kami orang kampung yang didik sebagai biologist.  Cara kami mungkin akan berbeza dengan orang yang terdidik sebabai horticulturalist.

Buka buku pertanian tahun 80an, bila bercerita tentang akar, mereka tunjuk gambar imej cermin ranting.  Cuba perhati betul betul.  Pasti kita akan perasan bahawa teoti ini tepat.  Tak percaya, perhatikan akar betik, bila menanam di kampung.  Akarnya merayap jauh mencari air.  Bagaimana pula akar kelapa, jauh terteumbu di kawasan perigi walaupun pokok induknya 100 meter daripada perigi.

Lihat  pula ilustrasi sayur, misalnya lobak.  Akar dilukis paling jauh sejengkal dari lobaknya.  Betul ker begitu?  Mana ada.  Kalau kita tanam hanya satu lobak dalam kotak polistirena, kita akan tahu, seluruh ruang tanah dalam kotak terbut ada tanda akar lobak yang halus merayap.

Jadi ingat, bila berkebun, jaga tanah.  Jangan cemas jika terjumpa pelbagai hidupan di dalamnya.  Itu semua bekerja membantu kita dengan menyuurkan tanaman.

Fakta hari ini – Akar yang menyerap baja tidak tumbuh ke bawah.  Ia tumbuh ke arah baja.  Ada yang tumbuh ke atas.

 

Khamis, 4 Disember 2014

Tuaian Hari Ini -- Pucuk Petai Belalang dan Ulam Raja

Tuaian.

Tuaian Versi 3D
Ada orang nak muda, tempek wajah dengan sayur, ada orang makan sayur. Muda, wajah berseri. Ceria.  Saya pula makan sayur dan ulam sebab ulam fresh enak. Tak jadi muda, tetap jadi tua, tapi gracefully.

Sistem Buddy

Dulu saya pernah kenalkan sistem buddy melalui blog ni. Pokok utama yang mudah diserang perosak ditanam dengan pokok sekunder yang bertindak menjaga pokok utama. Misalnya cili pablano ini ditanam dalam bekas pudina dengan harapan bau pudina menghalau lalat putih. Pudina masih tetap diserang perosak, terutamanya belalang dan leaf hopper. Tapi kerosakan tak banyak. Cili yang sempuna dapat dituai, pudina juga dapat dinikmati. Alhamdulillah.

Cili ditanam bersama pudina menggunakan sistem puddy.