Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 26 November 2014

Tanamsendiri Seleri/Saderi/Daun Sup Apium graveolens

Tanamsendiri Seleri/Saderi/Daun Sup
Apium graveolens

Asalnya seleri adalah tanaman kawasan dingin, kini telah ditanam di seluruh dunia, termasuk ngara kita.  Bila sebut seleri, sebenarnya ada tiga jenis iaitu jenis batang, jenis daun dan jenis akar.  Di negara kita, yang panas dan lembab, biasanya ditanam seleri daun, yang juga dikenali sebagai daun saderi atau daun sup.  Dalam Bahasa Inggeris, seleri daun dikenali sebagai Chinese Celery.
Kami di tanamsendiri.com hanya membekalkan benih seleri daun.  Rakan-rakan mungkin tertanya mengapa sebelum ini saya jarang promote benih seleri.  Sebenarnya kami ada tanam dan berjaya tuai.  Tapi bila dijual, kami terima banyak maklumbalas dari pembeli.  Ia agak sukar untuk rakan-rakan yang baru tanamsendiri di rumah.
Kini trend sudah berubah, dah banyak group berkebun muncul dan rakan-rakan mula gemarkan cabaran menanam.  Seleri perfect untuk mereka yang inginkan cabaran kerana menanam seleri boleh dikatakan pada tahap intermediate.

Ada yang mungkin bertanya, apakah khasiat seleri daun?
Jika nak disenaraikan nutrien yang ada di dalamnya, panjang cerita pula.  Bau daun seleri harum, sesuai dimasak sup.  Lazimnya daun seleri dimakan oleh mereka yang ingin kuruskan badan.  Nak pinggang ramping bagai kerengga, bentuk badan macam biola, makanlah seleri.
Ia juga kaya dengan bahan anti-kanser, elok untuk hindar barah.

Secara semulajadi seleri tumbuh di tepi paya.  Ini kerana seleri gemarkan tanah yang ringan, kaya dengan bahan organik serta sentiasa lembap.  Ia gemarkan tanah yang kaya dengan nitrogen, fosforus, dan kalium.  Jadi gunakan tanah yang dalam, lembap tetapi tidak basah serta kaya dengan bahan organik.

Jika sediakan tanah untuk menanam seleri, isikan 5cm baja organik, batu fosfat, abu kayu dan rumpai laut dan cangkul atau gaulkan hingga sebati.  Biarkan tanah selama 2 minggu supaya bahan organik mula mereput dan sebati dengan tanah.

 Seleri tidak gemarkan panas terik, jadi pilih kawasan yang teduh. Jika tanam di tanah, buat parit dengan lebar 30 cm dan dalam 30 cm.  Kemudian isikan tanah yang campuran disediakan tadi.

Sebelum menyemai, rendam benih di dalam air suam bermalam untuk aktifkannya.  Semai di dalam bekas semaian atau terus ke tanah.  Jika semai ditanah, tutu dengan pelepah kelapa atau plastik sungkup untuk yang beranyam untuk kurangkan panas dari terik matahari.

Jika semai dalam bekas semaian, kukuhkan dulu semaian dengan menjemur selama 2 jam di tempat panas seminggu sebelum mengalihkannya.  Alih setelah cambahan mempunyai 4 helai daun atau 2 minggu selepas benih bercambah.

Anda boleh semai rapat.  Dari waktu-kewaktu jarangkan sambil menuai.  Henti menjarang bila jarak antara pokok mencecah 10 cm.  Biasanya tuaian dibuat antara 75 hingga 120 hari, mengikut keadaan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan