Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 4 November 2014

Soalan Pengunjung -- Semai Benih French Bean Tapi Gagal Bercambah

Soalan pengunjung;
Salam En. Iskandar,
Saya semai kacang buncis exactly macam yang Encik beritahu. Satu pun tak tumbuh. Bila saya check, kacang jadi lembik berbau busuk.
Apa puncanya? Dan bagaimana menyelesaikannya?
----------------------------------
Waalaikum salam,
Saya suspect embrio kacang mati ketika merendam akibat kandungan klorin yang tinggi. Kemungkinan juga benih mati dan dimakan bakteria atau fungus di dalam tanah.  Sebab itu ada mengeluarkan bau yang busuk.
Saya tidak syorkan dimatikan tanah kerana kita ingin menanam secara organik dan kita perlukan tanah yang hidup. Jika kita bunuh hidupan yang membunuh benih (patogen), kita mungkin juga akan membunuh sekali hidupan yang bermanfaat.
Saya syorkan diubah kaedah semaian kerana kaedah yang digunakan tidak serasi (dalam kes ini).
Adun tanah semaian. Boleh beli tanah semaian yang diadun khas, atau adun sendiri. Rumusan tanah semaian boleh didapati dari Ebook "Menyediakan Tanah Semaian."
Isikan dalam bekas semaian atau jika tidak mahu berlaku jangkitan antara bekas, isikan di dalam cawan pakai buang. Pastikan cawan ditebuk di bawahnya supaya air dapat mengalir dan tidak bertakung.
Lembapkan tanah semaian dengan menyembur air secara berkabut sahaja. Tanah biar lembap tapi tidak terlalu basah atau air bertakung.
Letakkan 2 benih di atas tanah tanpa menanamnya. Biarkan di tempat cerah. Pastikan tanah tidak kering walaupun terkena cahaya dan terdapat aliran udara.  Tujuan didedah pada cahaya terang dan aliran udara ialah supaya kulat tidak dapat membiak dan memakan benih.
Selepas sehari periksa bekas. Jika tanam kacang buncis atau french bean, mata tunas akar sepatutnya akan kelihatan selepas sehari. Sembur air di atas benih dan pastikan akar tumbuh ke arah tanah.
Selepas 2 atau 3 hari cambahan akan kelihatan.
Gambar menunjukkan cambahan french bean selepas 4 hari disemai menggunakan kaedah yang dibincangkan.
Gunakan kaedah ini hanya apabila kaedah semaian biasa gagal.

Cambahan french bean pada hari ke 4 selepas benih disemai.


4 ulasan:

  1. Tuan, ada tak filter atau dechlorinator di pasaran agar dapat kurangkan clorin air paip...saya menyiram menggunakan air paip kerana lebih cepat dan mudah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk siraman biasa tiada masalah. Hanya untuk benih tidak boleh digunakan.

      Padam
    2. maknanya masih tidak akan menjejaskan mikrob dalam tanah yee..itu mcm ok laa..hehe

      Padam
  2. Sy pn ada cuba tanam French Bean,Galaxy Mata Hitam..tp tk menjadi.Sy dh cuba tukr air.Mgkn kne cuba kaedah adunan semaian.Harap menjadi.

    BalasPadam