Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 21 November 2014

Siput Babi Mula Menyerang Dengan Lebih Agresif

Hari ni dah 3 hari hujan tak turun. Semalam dah terlebih panas dan ada tanaman yang menunjukkan tanda stress kurang air, jadi disebabkan malam semalam tidak hujan, saya keluar awal pagi untuk menyiram.
Patch no 1 menunjukkan ada tanda diserang siput. Kerosakan lebih daripada biasa.
Bila dibelek bahagian bawah daun, masih ada beberapa ekor anak siput sebesar ibu jari sedang memakan daun. Siput tersebut dikutip dan dimusnahkan.

Daun collard rosak sedikit akibat dimakan siput babi.  Siput babi masih ada di permukaan bawah daun ketika gambar ini diambil.


Kemudian saya mula mencari tempat siput bersembunyi. Rupa-rupanya tak jauh. Oleh sebab kawasan baru aja dibersihkan, siput menyorok di dalam daun-daun reput di permukaan tanah. Daun reput sengaja dibiarkan untuk dijadikan sungkup untuk tambah bahan organik serta melindungi tanah daripada proses sejatan, tujuannya supaya kurang air hilang melalui sejatan.

Siput babi menyorok dalam lapisan organik bahagian tumbuhan yang mereput.

1 ulasan:

  1. Dah lama teringin nak tanam asparagus. Kalau ada benihnya mohon whatsapp ya... 012-6735569. Terima kasih.

    BalasPadam