Halaman

Cari Blog Ini

Ahad, 23 November 2014

Rezeki Tanpa Waswas

Satu daripada keindahan berkebun tanpa menggunakan racun ialah kita boleh kutip apa-apa sahaja yang muncul yang boleh dimakan tanpa perasaan waswas.  Hari ini rasa nak makan masak lemak cili padi pucuk petal belalang (petang padang) dengan cendawan kulat telinga kera.
Di seberang jalan, pokok petai belalang telah ditebas 2 minggu yang lalu.  kini, pucuk baru mulai tumbuh melalui tunggul yang tinggal.  Pada mulanya saya risau, kerana terpaksa pastikan tiada yang tumbuh kembali.  Kemudian terlintas pula, pucuk petai belalang adalah makanan berkhasiat yang enak dimakan, jika tahu masak.  Di pasar kajang, segenggam 200g harganya RM2.  Bukan sayur yang murah dan saya risau nak membuangnya?  Amatlah tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Terlintas pula nak masak dengan kulat telinga kera.  Bila belek kayu reput yang berselerak dalam ruangan menanam, alhamdulillah.... Seperti orang mengantuk disorongkan bantal.

http://youtu.be/zI53qY-5494

http://youtu.be/LE0_dEJb6-A



Tuaian hari ini, pucuk petai belalang dan kulat telinga kera.

Tuaian hari ini, versi 3D.
Inilah hasilnya, masak lemak cili padi petai belalang dengan kulat telinga kera.

Masak lemak cili padi petai belalang dengan kulat telinga kera.






2 ulasan:

  1. alahai sedapnyer, dana tak penah pun tak tau blh msk pucuk petai belalang tuh huhuhu jakun betui... kulat telingga kera tu mmg sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan hari ni, rasa nak makan masak pucuk petai belalang, angkat kayu jumpa beberapa rumpun cendawan. Sebahagian cendawan dah kurang cantik seab terkena hujan malam sebelumnya.

      Padam