Isnin, 24 November 2014

Patch No 1, Ruang Di Seberang Jalan

Timun dan collard tumbuh dengan subur.
Patch no 1 iaitu ruang di seberang jalan dah semakin penuh.  Dua hari lepas pokok collard diserang siput babi.  Alhamdulillah pokok collard dah kembali subur dengan daun yang besar dan pokok semakin mantap.  Pagi tadi saya ternampak beberapa ekok kekabuh timun (yang warna oren) muncul memakan daun timun.  Pokok timun ini subur, biasanya serangan tidak ketara kerana bila perosak kenyang ia akan beredar.  Tapi serangan kekabuh timun agak merisaukan kerana ada kalanya ia menyerang dalam kumpulan yang banyak dan memakan dengan kantiti yang banyak.  Tapi pokok subur, jadi saya berharap selepas makan sedikit kekabuh akan beredar.  Jika pagi esok ia masih kelihatan, saya akan pasang jaring halus di waktu maghrib kerana seranagn kekabuh ini dasyat di waktu maghrib.

1 ulasan:

  1. Mntk tlg En.Is tlg tunjukkn jenis perangkap & bagainama perangkap diletakkn.T.kasih. :-)

    BalasPadam