Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 10 November 2014

Makhluk Perosak -- Siput Babi dan Lintah Bulan

Ada rakan yang mmengadu diserang siput babi hingga habis semua tanaman.

Dalam keadaan cuaca sekarang yang lembab, siput babi dan lintah bulan akan membiak dengan cepat.  Biasanya haiwan ini memakan tumbuhan yang mati yang sedang mereput.  Bagaimanapun bila bahan tersebut berkurang, siput babi dan lintah bulan mungkin akan menyerang tanaman.  Serangan mampu memusnahkan seluruh tanaman dalam masa yang singkat.  Biasanya siput babi dan lintah bulan menyerang di waktu malam.
Di waktu siang, ia menyorok di celah batu, kayu, dan di dalam sungkup untuk melindungi diri daripada terik matahari.

Serangan siput boleh dikenalpasti dengan memerhati tinggalan lendir cerah di tempat laluannya.

Cara paling mudah untuk melawan siput babi dan lintah bulan ialah dengan mengutipnya di waktu malam atau awal pagi atau selepas hujan.

Boleh juga pasang perangkap, iaitu isi air gula yang dicampur susu diisi hingga penuh di dalam cawan pakai buang atau tin susu pekat manis dan ditanam di dalam tanah hingga ke paras 2 cm dari paras tanah.  Anda perlu pasang banya perangkap untuk pastikan kaedah berkesan.

Anda juga boleh pasang penghalang, iaitu tabur kulit telur yang dilumatkan di sekeliling tanaman sebagai sempadan, atau tabur pellet racun siput (metaldehyde).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan