Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 17 November 2014

Haiwan Ternakan Untuk Mengawal Perosak


Kebiasaannya kita akan cemas jika kompos dijangkiti anai-anai.  Ini kerana anai-anai mampu masuk ke dalam rumah dan memusnahkan apa sahaja bahan organik yang ada di dalam laluannya.  Ini termasuk perabot, buku dan pakaian.
Jika anai-anai ada di dalam kompos, saya biarkan aja kerana ia mencepatkan proses penguraian kompos. Bagaimana pun, saya lepaskan anak ayam untuk mengutip (memakan) anai-anai yang tersasar keluar dari timbunan kompos. Biasanya saya beli anak ayam dari kedai pet. Harganya RM2.50 hingga RM3.00 seekor. Tiga hingga lima ekor dah cukup untuk pastikan tiada anai-anai merebak ke tempat lain.
Bila anak ayam dah besar, kira kira satu bulan, saya akan sembelih. Ayam yang dibela memakan anai-anai cepat besar. Dagingnya tidak berlemak.
Extreme? Ya, tapi praktikal.

5 ulasan:

  1. bgs nyer idea nih yek... anai2 ni bahaya betul, dia membunuh dr dlm dengan senyap huhu

    BalasPadam
  2. En.Is..anai2 ni perosak tanaman kn? Sy dpti pokok serai sy ade yg mati btgnya..mula2 nmpk ade siput sy dh musnahkn. Yg terbaru ada busut msuk ke dlm pokok serai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai yang kata anai anai makan pokok hidup. Saya sendiri tak pernah alaminya. Yang ketara ia makan daun dan batang reput.

      Padam
  3. Assalamualaikum En. Is,

    Kat kedai pet mana En. Is beli anak ayam ni? Saya pun mencari..saya kat Kajang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam pekan Semenyih ada, berdekatan pasar. Saya lupa nama kedai.

      Padam