Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 11 November 2014

Belalang dan Semut

Gambar menunjukkan anak belalang dan semut menyerang pokok turi. Minggu lepas ada sehari walaupun mendung tidak hujan. Suhu pula tinggi dan saya tidak siram kerana menyangka hujan akan turun. Akibatnya pokok bermalam dalam keadaan layu dan lemah. Apabila pokok lmah perosak akan mula menyerang. Anak-anak belalang ini tlah memakan daun pokok turi dan semut pula mula mengangkut koya koya untuk diternak. Saya kutip anak belalang dan musnahkannya. Semut dan koya koya pula, saya sembur dengan air untuk tanggalkannya daripada pucuk. Saya akan ulangi selama beberapa hari hingga semua perosak tidak kelihatan lagi.

Cara paling mudah untuk menghalang tanaman daripada serangan perosak ialah pastikan ia subur dan menerima air, baja dan cahaya secukupnya.

Belalang dan semut di atas pokok turi.


3 ulasan:

  1. amboih anak2 belalang tuh... rakus sungguh...
    kt umah pun ada jgk pokok2 yg semut dh letak anak dia yg putih2 tuh.... makngah gunakan air bwh putih utk sembur kasi lari itu sumut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Air bawang putih akan panggil perosak yang makan bawang putih, iaitu jenis lalat. Jika tanya pendapat saya, jangan diamalkan. Ia penyelesaian sementara yang bakal mengundang pelbagai jenis perosak ke laman.

      Padam