TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Jumaat, 17 Oktober 2014
Tuaian hari ini -- Rencah Nasi Goreng
Inilah yang seronok tentang tanamsendiri. Bila ingin makan, boleh tuai sayur dpan atau belakang rumah sahaja. Bagai pasar yang dibuka 24 jam. Tengah malam rasa nak snek kacang panjang, keluar tepi pagar, petik kacang panjang yang muda. Pagi, rasa nak makan ulam dann salad, petik sawi renek, salad, bunga telang dan tuang aja salad dressing. Nak nakan nasi goreng, uai aja bawang putih, kucai, sawi, bendi, kangkung....
Tak perlu risau tentang racun. Bagaimana pula dengan menyiram? Kan susah, bila outstation atau balik kampung di musim perayaan? Tak susah. Boleh pasang sistem irigasi automatik, sistem titis, soaker, sistem garter dan macam-macam sistem lagi. Yang menjadi soalan, nak atau tak nak?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ya Allah...bestnyer...teringat dulu tanam sayur2n dkt belakang rumah. Duduk taman, tapi ada ruang dkt belakang tu, buat batas utk tanam kailan, kangkung, sawi dan bendi. Memang subur sampai boleh bagi pada jiran tetangga. Alhamdulillah.
BalasPadam